Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"
QUOTES
Friday, July 13, 2012
DI MANA USIM DALAM RANKING UNIVERSITI ASIA DAN DUNIA
Saturday, January 1, 2011
7 IPTA terima status Pusat Kecemerlangan Sukan
KUALA KRAU 31 Dis. - Sebanyak tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberi status Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) bagi melahirkan atlet berkelas dunia menerusi acara sukan yang dipertandingkan di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah tersebut diambil dalam melatih dan mendidik mereka sebagai langkah awal menyediakan pelapis atlet negara.
"Mana-mana universiti yang tidak mendapat status PKS tersebut, mereka diberi status Pusat Tumpuan Sukan yang memainkan peranan sama dalam melahirkan atlet berwibawa di kalangan mahasiswa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Pengurusan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2010 di UiTM kampus Khazanah Alam Bandar Jengka di sini.
Saifuddin berkata, kementeriannya memberi sokongan dan bantuan melaksanakan program seperti itu supaya melahirkan siswazah yang unggul, tajam minda, berpersonaliti, cergas dan bersemangat patriotik tinggi terhadap negara.
Tambahnya, kerajaan telah membelanjakan RM10 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pembangunan sukan dan prasarana di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bertujuan menggalakkan mahasiswa aktif dalam pelbagai jenis sukan.
Jelasnya, universiti boleh menjadi landasan dan medan penting dalam menyedia dan membentuk barisan tenaga pakar bagi menggalas penyediaan pegawai, jurulatih dan atlet sukan berprestasi tinggi mewakili negara.
Dalam pada itu beliau memberitahu, Dasar Sukan di IPTA yang diwujudkan sejak dua tahun lalu terbukti berjaya berikutan kejayaan atlet universiti negara meraih 37 pingat emas dalam kejohanan sukan antara Universiti ASEAN di Chiangmai, Thailand baru-baru ini.
Jelasnya, langkah mewujudkan dasar itu bertujuan mengembangkan bakat mahasiswa dengan diberi latihan secara sistematik ketika melanjutkan pengajian di universiti tempatan.
''Atlet dari universiti tempatan diberi pelbagai keistimewaan seperti asrama, biasiswa serta jadual anjal kelas bagi membolehkan mereka mengadakan latihan atau mengikuti pertandingan dalam negara mahupun luar negara," katanya.
Katanya, bakat yang ada pada atlet terbabit perlu diasah walaupun melanjutkan pengajian ke universiti dan menolak persepsi negatif bakat sukan mereka terkubur di IPTA.
Saturday, December 11, 2010
Wajibkan pelajar IPT sertai aktiviti sukarela
|
ROSMAH Mansor melihat lukisan sambil diberi penerangan oleh Pengerusi MIA, Kerk Loong Sing pada perasmian Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran mewajibkan para pelajarnya menyertai aktiviti sukarela dalam usaha memupuk ciri-ciri kepimpinan, bekerjasama dengan masyarakat, berfikiran sivik dan cenderung membantu golongan kurang bernasib baik.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penglibatan dalam aktiviti sukarela akan membolehkan pelajar bekerja berpasukan selain mempunyai perasaan kekitaan.
Bagaimanapun jelasnya, pelajar digalak memilih bidang sukarela yang diminati supaya perkara yang dilakukan dapat memberi kesan dan memanfaatkan kelompok masyarakat yang menerima bantuan.
"Saya gembira dengan penglibatan pelajar Institut Seni Lukis Malaysia (MIA) yang terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti mengajar anak-anak yatim dengan kemahiran serta ilmu kreativiti di samping mengadakan konsert amal untuk dana mangsa gempa bumi," ujarnya.
Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA bagi mengumpul dana RM1 juta untuk membantu pelajar miskin yang berbakat dan memerlukan bantuan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah dan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor (ACCCIM), Ter Leong Yap.
Pameran lukisan yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 14 November ini mempamerkan 157 lukisan karya pelukis tempatan dan luar negara termasuk Singapura, Taiwan, China dan Myanmar.
Rosmah berkata, pendidikan seni lukis juga membantu mengembangkan daya inovasi dan idea kreatif selain memahami bahasa, geografi dan sains.
Tambahnya, sesetengah ahli falsafah, saintis dan penulis terkenal di dunia adalah pelukis.
Sebagai contoh ujarnya, Leo-Nardo Davinci, Michel Angelo, Albert Einstein dan Picasso selain menjadi pelukis mereka juga adalah tukang ukir, saintis, ahli falsafah, arkitek dan penyair.
Katanya, golongan tersebut tidak hanya menumpukan bidang tertentu malahan daya kreativiti mereka turut dimanfaatkan dalam bidang lain.
Wednesday, December 1, 2010
IPT laksana program kemasyarakatan dapat insentif tunai
SHAH ALAM 30 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pemberian insentif wang tunai kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang berjaya melaksanakan program jalinan bersama masyarakat mulai tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insentif berkenaan akan disalurkan kepada IPT awam dan swasta yang terpilih berdasarkan kesan pelaksanaan program yang dilaksanakan kepada masyarakat dan negara.
Beliau berkata, pemberian insentif berkenaan merupakan antara usaha kementerian untuk menggalakkan lagi penglibatan IPT tempatan dalam program seumpama itu.
Bagaimanapun, Mohamed Khaled tidak menyatakan jumlah insentif yang akan diberikan itu.
"Kepelbagaian program jalinan dengan penduduk setempat membolehkan penuntut daripada pelbagai jurusan pengajian dan IPT merapatkan hubungan dengan masyarakat.
"Menerusi program kemasyarakatan ini, satu kajian boleh dilakukan oleh IPT untuk mencari jalan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program jalinan masyarakat, MSU U-Komuniti yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Pengurusan (MSU) di kampusnya di Seksyen 13 di sini hari ini.
Hadir sama Pro-Canselor dan Pengerusi MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin dan Presiden MSU, Prof. Datuk Mohd. Shukri Ab. Yajid.
Program MSU U-Komuniti melibatkan kira-kira 2,000 penuntut daripada pelbagai program pengajian dengan memberi tumpuan kepada lima kumpulan sasar iaitu masyarakat Orang Asli, golongan miskin bandar, anak yatim, isu alam sekitar dan kesihatan.
Dalam masa sama, majlis pelancaran itu turut menyaksikan MSU menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Maritim Korea (KMU) melibatkan program pertukaran pelajar serta program pengajian dan kajian dalam pelbagai bidang.
Tuesday, November 16, 2010
KPT tubuh MyACE galak penerokaan angkasa
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan penubuhan Persatuan Pengembara Angkasa Muda Malaysia (MyACE) dalam usaha meningkatkan minat belia terhadap penerokaan angkasa lepas.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keahlian MyACE yang bakal melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu akan ditubuhkan di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut beliau, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akan bertindak selaku Penasihat MyACE dan ia menjadi platform bagi golongan muda menceburi bidang berkaitan aeroangkasa yang mampu memacu pendapatan.
"Justeru, melalui MyACE, kementerian yakin ia dapat memperkasakan penuntut kita dalam bersama memajukan bidang berkenaan.
"Sebagai contoh, kita lihat perlumbaan Formula One (F1). Ia bukan sekadar pelumba dan kereta sahaja tetapi kejuruteraannya termasuk reka bentuk, pakaian dan mereka yang bertugas di belakang sebagai profesional," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Sesi Teknikal Kongres Kajian Planet Ke-23 di Dewan Tuanku Canselor, UKM, Bangi dekat sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) UKM, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri; Dr. Sheikh Muszaphar; Presiden Persatuan Penerokaan Angkasa (ASE), Chris A. Hadfield serta 65 angkasawan dari 17 negara.
Kongres selama lima hari itu dianjurkan ASE dengan kerjasama kementerian itu selain Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, UKM dan Universiti Multimedia (MMU).
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, MyACE akan dilancarkan tidak lama lagi dan kementerian berharap ia akan menjadi sebuah persatuan bertaraf profesional.
"Kita juga akan meminta pandangan dan tunjuk ajar ASE dalam melaksanakan pelbagai program," katanya.
Sementara itu, Dr. Sheikh Muszaphar ketika ditemui berkata, pihaknya amat berbesar hati dan gembira dengan pengumuman kementerian dalam menubuhkan MyACE.
Katanya, melalui MyACE, pelbagai program akan dirangka dan keahliannya juga bakal dibuka kepada golongan pelajar sekolah serta profesional tidak lama lagi.
"Banyak program telah dirangka dan saya sememangnya tidak mampu untuk melaksanakannya seorang diri. Antara program yang dirancang ialah Kem Angkasa Lepas selain sesi ceramah.
"Sebagai bekas angkasawan, saya pasti akan menggunakan rangkaian-rangkaian agensi angkasa lepas negara luar untuk berkongsi idea dan kerjasama," ujarnya.
Mengenai perjalanan kongres berkenaan, beliau menjelaskan, kehadiran angkasawan negara luar adalah untuk mempromosikan penerokaan angkasa lepas kepada golongan penuntut universiti dan pelajar.
"Impak daripada kongres ini sudah tentu akan mendedahkan golongan sasaran agar mengubah minda selain bertukar-tukar pandangan terhadap diskusi perubahan iklim dan bidang sains lain," tambahnya.
Saturday, November 13, 2010
Wajibkan pelajar IPT sertai aktiviti sukarela
|
ROSMAH Mansor melihat lukisan sambil diberi penerangan oleh Pengerusi MIA, Kerk Loong Sing pada perasmian Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran mewajibkan para pelajarnya menyertai aktiviti sukarela dalam usaha memupuk ciri-ciri kepimpinan, bekerjasama dengan masyarakat, berfikiran sivik dan cenderung membantu golongan kurang bernasib baik.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penglibatan dalam aktiviti sukarela akan membolehkan pelajar bekerja berpasukan selain mempunyai perasaan kekitaan.
Bagaimanapun jelasnya, pelajar digalak memilih bidang sukarela yang diminati supaya perkara yang dilakukan dapat memberi kesan dan memanfaatkan kelompok masyarakat yang menerima bantuan.
"Saya gembira dengan penglibatan pelajar Institut Seni Lukis Malaysia (MIA) yang terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti mengajar anak-anak yatim dengan kemahiran serta ilmu kreativiti di samping mengadakan konsert amal untuk dana mangsa gempa bumi," ujarnya.
Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA bagi mengumpul dana RM1 juta untuk membantu pelajar miskin yang berbakat dan memerlukan bantuan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah dan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor (ACCCIM), Ter Leong Yap.
Pameran lukisan yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 14 November ini mempamerkan 157 lukisan karya pelukis tempatan dan luar negara termasuk Singapura, Taiwan, China dan Myanmar.
Rosmah berkata, pendidikan seni lukis juga membantu mengembangkan daya inovasi dan idea kreatif selain memahami bahasa, geografi dan sains.
Tambahnya, sesetengah ahli falsafah, saintis dan penulis terkenal di dunia adalah pelukis.
Sebagai contoh ujarnya, Leo-Nardo Davinci, Michel Angelo, Albert Einstein dan Picasso selain menjadi pelukis mereka juga adalah tukang ukir, saintis, ahli falsafah, arkitek dan penyair.
Katanya, golongan tersebut tidak hanya menumpukan bidang tertentu malahan daya kreativiti mereka turut dimanfaatkan dalam bidang lain.
Thursday, November 11, 2010
KPT rumus rangka tindakan pembelajaran sepanjang hayat
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.
Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang, katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.
Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand. - Bernama
KPT rumus rangka tindakan pembelajaran sepanjang hayat
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.
Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang, katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.
Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand. - Bernama
Monday, November 8, 2010
Wajibkan kepujian Sejarah bagi pengambilan pelajar di semua IPTA
Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ia penting bagi memastikan penuntut baru yang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti lebih memahami sejarah negara.
Menurutnya, mungkin langkah itu dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu drastik, namun jika diteliti ia memberi kesan positif malah menyokong usaha menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
"Gagasan menyokong penuh syarat baru UiTM yang diumumkan Naib Canselor (Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar) untuk kemasukan penuntut pada pengambilan Julai tahun depan.
"Usaha ini perlu dicontohi IPTA lain. Kita minta Kementerian Pengajian Tinggi menjadikannya syarat untuk kemasukan pelajar ke IPTA di seluruh negara tahun depan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sahol Hamid bahawa kepujian subjek Sejarah akan menjadi salah satu syarat yang perlu ada sekiranya mahu mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan UiTM mulai pengambilan Julai tahun depan.
Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad juga bersetuju dengan langkah tersebut, tetapi berasakan ia perlu diperhalusi kerana bimbang timbulnya kesan negatif terhadap pengambilan penuntut ke UiTM.
''Kita bercakap tentang kepujian subjek Sejarah, bukannya lulus subjek tersebut dan saya berasakan ini akan mengambil sedikit masa.
''Mungkin pihak UiTM boleh memanjangkan masa pelaksanaan tersebut ke 2013 berbanding Julai tahun depan kerana tempoh itu terlalu singkat untuk sebarang perubahan,'' jelasnya.
Bagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula, langkah UiTM itu wajar diikuti oleh IPTA lain kerana sudah tiba masanya generasi muda memahami sejarah negara.
Katanya, langkah tersebut membolehkan semua pelajar di setiap peringkat sekolah memberi perhatian yang lebih kepada subjek Sejarah kerana khuatir tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA sekiranya tidak mendapat kepujian.
Sementara itu pensyarah Sejarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa beranggapan langkah UiTM itu terlalu terburu-buru.
Katanya, perkara yang membabitkan perubahan perlu mengambil masa serta tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana ia akan memberi beban kepada para pelajar.
Saturday, November 6, 2010
KPT tubuh bilik gerakan pantau banjir
UTUSAN : 05/11/2010
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah menubuhkan Bilik Gerakan Maklumat Banjir berikutan kejadian banjir yang semakin buruk di Kedah dan Perlis.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bilik gerakan tersebut akan memantau perkembangan banjir yang melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.
"Bilik gerakan ini akan bertindak menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar dan kakitangan institusi yang menjadi mangsa banjir.
"Kami juga akan memaklumkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar yang terjejas akibat banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kolej Damansara Utama sebagai KDU Universiti Kolej.
Turut hadir, tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Canselor KDU Universiti Kolej, Datuk Teo Chiang Quan.
Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005 dengan lebih 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.
Thursday, November 4, 2010
Timbang kurangkan yuran PhD
PUTRAJAYA 2 Nov. - Kerajaan bersedia menimbang untuk mengecuali atau mengurangkan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada rakyat berumur 50 tahun ke atas yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, pertimbangan itu berdasarkan syarat-syarat tertentu dan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.
"Ini selaras dengan hasrat negara melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang 2023," menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, kementerian melalui Bajet 2011 akan membelanjakan RM483.9 juta bagi program MyBrain15.
Jumlah itu adalah bagi membiayai 7,610 pelajar sedia ada dan juga menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD.
Bagi memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di IPT, RM741 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun pertama (2011-2012).
Menurut kenyataan itu, peruntukan tersebut merupakan satu peningkatan yang besar berbanding peruntukan dana R&D bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang hanya RM315 juta.
"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Dengan jumlah sedemikian, IPT akan melaksanakan R&D yang berfokus kepada penyelidikan asas, penyelidikan eksploratori/eksperimen, penyelidikan jangka panjang dan penyelidikan prototaip," katanya.
Timbang kurangkan yuran PhD
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, pertimbangan itu berdasarkan syarat-syarat tertentu dan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.
"Ini selaras dengan hasrat negara melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang 2023," menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, kementerian melalui Bajet 2011 akan membelanjakan RM483.9 juta bagi program MyBrain15.
Jumlah itu adalah bagi membiayai 7,610 pelajar sedia ada dan juga menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD.
Bagi memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di IPT, RM741 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun pertama (2011-2012).
Menurut kenyataan itu, peruntukan tersebut merupakan satu peningkatan yang besar berbanding peruntukan dana R&D bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang hanya RM315 juta.
"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Dengan jumlah sedemikian, IPT akan melaksanakan R&D yang berfokus kepada penyelidikan asas, penyelidikan eksploratori/eksperimen, penyelidikan jangka panjang dan penyelidikan prototaip," katanya.
Wednesday, November 3, 2010
IPT digesa libatkan diri secara aktif dalam pelbagai program
MELAKA 2 Nov. - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) digesa untuk melibatkan diri secara aktif dalam penganjuran mana-mana program atau karnival berkaitan bagi membantu meningkatkan pergaulan dengan masyarakat.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Madya Kamarudin Kasim berkata, penglibatan pelajar secara aktif dalam program sedemikian dilihat mampu membantu mereka meningkatkan skil interaksi dengan orang awam.
Menurutnya, keyakinan diri yang dijana hasil program seperti itu akan membantu pelajar meningkatkan kualiti diri dan melengkapkan diri mereka menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian di IPT nanti.
''Pelajar akan lebih tertarik dengan pengajian praktikal berbanding teori dalam kelas. Oleh itu, jika mereka diberi peluang mengendalikan sendiri program atau karnival, ia mampu mendekatkan diri mereka dengan realiti pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Karnival Kerjaya Membimbing Rakan Sebaya 2k Fasa II 2010 (PRS2K) di Kolej Komuniti Bukit Beruang, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Perhubungan Pengesahan Graduan dan Alumni Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Izmi Rashidi Wan Mohd. Razali dan Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka, Roslee Yahya.
Seramai 700 pelajar daripada 12 buah Kolej Komuniti di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menyertai penganjuran PRS2K 2010 yang menawarkan pelbagai acara menarik dan gerai pameran kendalian pelajar.
Karnival itu turut disertai beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pertahanan Awam.
Menurut Kamarudin, melalui usaha itu, pihaknya percaya tahap keyakinan diri setiap pelajar IPT dapat dipertingkatkan seterusnya diperbaiki dari semasa ke semasa.
"Oleh itu, sesebuah institusi pengajian perlu mengambil inisiatif sendiri dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan apa-apa program atau karnival," katanya.
Katanya, inisiatif JPKK menganjurkan Karnival Kerjaya PRS2K 2010 menyediakan peluang kepada pelajar khususnya warga kolej komuniti untuk membantu mereka mengaplikasikan ilmu masing-masing.
Ujar beliau, program itu yang dijayakan bersama Bahagian Perhubungan Industri dan Pengesahan Graduan dan Bahagian Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang kepada pelajar kolej komuniti mendapatkan pekerjaan berkualiti demi menjamin masa depan mereka.
"Karnival ini diadakan pada setiap tahun dan ia diharap memberi semangat kepada pelajar untuk berusaha menghasilkan idea atau kreativiti dalam apa jua tugasan yang diberi bagi pameran umum," kata beliau.
Kamarudin berkata, melalui penganjuran karnival ini sekali gus dapat melahirkan kerjasama erat dengan pihak industri yang ada di negara ini dan ia mampu mengukuhkan hubungan serta memberi ruang kepada pelajar untuk merebut peluang pekerjaan yang disediakan.
"Kita mahu pelajar sentiasa peka akan kehendak industri di pasaran sekali gus merebut peluang yang ada untuk diisi bersama.
"Malah pihak institusi sentiasa membantu pelajar untuk berusaha dan menyelami bidang yang diceburi tidak kira semasa sesi pembelajaran atau ketika menjalani praktikal dengan pihak industri bagi menambah kemahiran yang ada," katanya.
Beliau berharap melalui sokongan dan dorongan yang diberikan oleh pelbagai pihak sempena penganjuran Karnival Kerjaya PRS2K mampu meningkatkan usaha pelajar mencapai matlamat lebih cemerlang.
Memupuk jati diri, patriotisme
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat tepat pada masanya. Dalam gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir kini sememangnya amat mendambakan rakyat yang patuh dan taat kepada negara serta bangsa Malaysia. Ini hanya mampu dicerna serta diterapkan melalui pendidikan sejarah.
Kurikulum dan sukatan pelajaran sejarah sedia ada sudah cukup menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sejarah ialah melahirkan insan yang mantap jati diri serta keutuhan kesetiaan kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan matlamat utama subjek Sejarah sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Penekanan juga diberikan kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional. Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara, akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta.
Namun, daripada aspek pelaksanaanya masih lagi di tahap yang kurang memberangsangkan. Ini disebabkan pelajar kurang mempunyai kesedaran, malah menganggap subjek Sejarah tidak penting lantaran dianggap tiada nilai-nilai komersial yang mampu memberi kesenangan dan kemewahan hidup.
Terdapat banyak kajian ilmiah yang dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tidak berminat untuk mempelajari sejarah.
Justeru keputusan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM dianggap memberi nafas baru kepada hasrat dan aspirasi negara melahirkan generasi yang perkasa jati diri, mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air.
Rasional kepada keputusan tersebut juga adalah selaras dengan Wawasan 2020 yang menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan sejarah negara serta hubung kaitnya dengan perkembangan dunia luar bagi mempersiapkan diri untuk berhadapan dan berdaya saing dengan dunia luar.
Pendidikan sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rujukan kesedaran kebangsaan serta persefahaman kalangan pelbagai bangsa, seterusnya persefahaman antara bangsa. Ini diterjemahkan melalui objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah iaitu menyusur galur sejarah diri dan keluarga, memahami asal-usul dan perkembangan masyarakat dan negara, pembangunan ekonomi,sistem pentadbiran dan hubungan dengan negara luar.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah yang berkesan dan mencapai matlamat yang dinyatakan. Antaranya ialah pihak Kementerian Pelajaran perlu menambah bilangan waktu P&P subjek Sejarah dari tiga waktu kepada lima waktu seminggu. Peruntukan waktu sedia ada tidak cukup dan sukar untuk melaksanakan P&P Sejarah dengan berkesan. Waktu yang terhad inilah yang mengekang guru-guru Sejarah melaksanakan pengajaran dengan baik, lebih-lebih lagi apabila hendak membimbing pelajar menjalani pembelajaran bersifat inkuiri atau penyiasatan.
Saya juga cadangkan supaya guru-guru sejarah ditambah bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah dapat dilaksanakan secara berkesan di samping akan mengurangkan beban tugas guru-guru Sejarah. Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan drastik dengan menambah bilangan pengambilan guru-guru pelatih opsyen sejarah di institusi pengajian tinggi dengan segera.
Saya juga amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudara Ahmad Fadzil Mat Min melalui rencana dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2010 dengan tajuk 'Mahu subjek Sejarah syarat wajib kemasukan ke IPTA. Malah saya mencadangkan supaya diwajibkan bagi Kemasukan ke IPTS juga.
Pihak kementerian Pengajian Tinggi juga perlu menetapkan elemen pengajian Sejarah diwajibkan sebagai syarat wajib untuk mendapat ijazah di IPTA dan IPTS.
Kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk memupuk generasi akan datang yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang mendalam terhadap Malaysia tergalas di bahu guru-guru Sejarah. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran sejarah akan menjadi asas penting ke arah mewujudkan dan memperkasa perpaduan kaum di Malaysia, seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia idaman Perdana Menteri.
Norrizan Seman
Tanjung Malim, Perak
Friday, October 29, 2010
IPT perlu sensitif kehendak pasaran - Khaled
PETALING JAYA 27 Okt. - Para pemimpin institusi pengajian tinggi (IPT) perlu sensitif dengan perubahan kehendak pasaran dalam usaha melahirkan graduan lebih berkualiti.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, atas dasar itu mereka perlu menjalin lebih banyak usahasama dengan pihak industri dan IPT di dalam serta luar negara agar IPT tempatan menjadi pilihan pelajar asing.
Bagaimanapun tegasnya, pihak IPT juga tidak boleh mengenepikan nilai-nilai kebangsaan dalam mencapai kehendak dan taraf antarabangsa.
"Kualiti dan nilai kemajuan negara amat bergantung kepada kekuatan dan kepimpinan yang dihasilkan oleh IPT.
"Oleh yang demikian, para graduan perlu berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai pengetahuan luas dan berkemahiran untuk menjadi usahawan dan pemimpin dalam industri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam syarahannya bertajuk 'Peranan Pendidikan Tinggi dalam Pembangunan Negara' sempena sambutan ulang tahun ke-60 Kolej Stamford di sini hari ini.
Teks syarahannya dibacakan oleh Penasihat Khasnya, Prof. Dr. Zakaria Abas.
Mohamed Khaled berkata, dalam memenuhi aspirasi itu, kementerian komited memacu transformasi demi mencapai matlamat pembangunan negara dan modal insan.
Menurutnya, kementerian akan berperanan sebagai fasilitator dan rakan kongsi utama dalam menambah baik ekosistem IPT.
Justeru, katanya, adalah menjadi harapan agar pemimpin IPT bersama memainkan peranan mereka secara efektif.
Katanya, IPT juga perlu melakukan perubahan kepada kandungan kurikulum dan mod penyampaian mereka bagi melahirkan graduan yang boleh merangsang ekonomi negara selari dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berpacukan inovasi.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, IPT swasta tidak hanya menyediakan peluang pengajian malah kos yang lebih murah menjadi faktor utama Malaysia menjadi pilihan bangsa asing.
Namun katanya, dalam memenuhi misi dan aspirasi negara, institusi swasta seharusnya mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan kepada penuntut tempatan tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris.
"Graduan kita seharusnya memahami kehendak global dan perlu menjadi proaktif, produktif serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.
Tuesday, October 26, 2010
KPT azam lahirkan pemenang Hadiah Nobel
UTUSAN : 25/10/2010
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berazam melahirkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia yang memenangi Hadiah nobel, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sasaran itu hanya mampu dicapai jika kementerian memenuhi Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI).
"Kita (kementerian) ada meletakkan matlamat itu, tetapi tak mudah untuk kita anggarkan bila. Kita perlu capai dulu KPI, iaitu meningkatkan akses kepada seramai mungkin rakyat negara ini mendapat pendidikan tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Beliau menjawab soalan tambahan Nga Kor Meng (DAP-Taiping) yang mahu tahu sama ada KPT ada meletakkan sasaran untuk melahirkan seorang pemenang Hadiah nobel di kalangan rakyat Malaysia menjelang 2020. - Bernama
Saturday, October 23, 2010
Jangan terperangkap permainan ranking universiti – Khaled
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem ranking itu dibuat oleh sekumpulan orang luar untuk tujuan komersial dan bukannya warga akademik atau gabungan pihak universiti sendiri.
“Pihak universiti perlu memenuhi sasaran penubuhannya serta lebih menumpukan perhatian kepada keperluan pelajar, rakyat dan kerajaan.
“Kita jangan terperangkap dengan masuk bertanding dalam persaingan ini semata-mata untuk mengikut kehendak mereka yang membuat sistem yang tidak menepati keperluan negara kita itu.
“Kerana itu pihak kementerian sering menekankan supaya kita tidak taksub kepada sistem ranking tetapi hanya sebagai satu bentuk rujukan untuk mengetahui kedudukan semasa (universiti) kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Sains Republik Guinea, Georges Gandhi Faraquet Tounkara dan Menteri Pendidikan Tinggi, Menengah dan Penyelidikan Sains Republik Yemen, Profesor Dr. Salleh Ali Ba-Sorah.
Kunjungan hormat tersebut dibuat sempena Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Kelima (ICMHESR) yang bermula pada 19 Oktober lalu dan berakhir hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, negara-negara Islam telah membuat keputusan yang tepat dalam menetapkan belum sampai masanya untuk dunia Islam bertumpu kepada sistem ranking sebelum asas kerangka yang kukuh dan berkualiti disediakan untuk semua negara anggota.
“Asas mengukuhkan pendidikan bermula dengan penetapan indeks prestasi utama (KPI) yang diperlukan negara-negara Islam dan bukannya pihak luar.
“Negara-negara Islam juga telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Agensi-Agensi Kelayakan yang akan dipengerusikan oleh Malaysia untuk membentuk kerangka kualiti bagi semua universiti negara anggota,” jelasnya.
Beliau menegaskan, universiti tempatan terbukti mampu memenuhi tanggungjawab melahirkan modal insan negara dan tidak sepatutnya diletakkan di kedudukan yang corot disebabkan kita taksub dan terperangkap dengan permainan ranking pihak luar.
Wednesday, October 20, 2010
Tenaga pengajar perlu anjakan paradigma
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu, golongan profesional seperti tenaga pengajar di universiti dan kolej turut memerlukan anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurutnya, kaedah baru itu diperlukan memandangkan cabaran yang dihadapi sektor pendidikan tinggi ketika ini juga semakin berubah.
"Pelajar generasi hari ini terdedah kepada rujukan yang berbeza, seterusnya turut mempengaruhi kemahiran komunikasi mereka dan penggunaan maklumat.
"Justeru, kaedah pengajaran yang digunakan juga haruslah fleksibel dan kreatif untuk memenuhi keperluan mereka," katanya sempena Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi, Datin Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.
Turut hadir, Pengetua Kolej Tunku Abdul Rahman, Dr. Tan Chik Heok.
Persidangan bertemakan Trend Baru Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Pendidikan Tinggi anjuran kolej itu merupakan yang kedua selepas persidangan pertama pada 2008.
Khalid berkata, mereka perlu membezakan dan berfikir kembali tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana kedua-duanya berada di dalam dan luar sistem pendidikan.
"Ia dapat meningkatkan perhatian di kalangan penyelidik, pembuat dasar dan orang yang mempraktikkannya," katanya.
Persidangan itu turut dihadiri pensyarah beberapa universiti dari United Kingdom seperti Ediburgh Napier University, Liverpool John Moores University, Queens University of Belfast, Teesside University dan Sheffield Hallam University.
Antara tokoh akademik berkongsi pandangan pada persidangan itu ialah Prof. Philip Jones yang merupakan Naib Canselor Sheffield Hallam dan Prof. Graham Henderson dari Teesside University.
Sistem pendidikan berkualiti bukan berdasarkan bajet - TPM
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Pembudayaan sistem pendidikan bukan hanya mengenai perkara peruntukan bajet, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pendidikan berkualiti pada hakikatnya mengenai pembangunan minda, peribadi meningkatkan potensi setiap individu untuk kemajuan masyarakat pembelajaran yang mengiktiraf kepelbagaian budaya, demokrasi, hak asasi manusia, nilai-nilai, kesaksamaan kepada pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat.
"Ia mengenai bagaimana kita menerusi usaha bersama meningkatkan imej Islam sebagai agama aman, meningkatkan persepsi Muslim sebagai manusia berintegriti, memperbaiki persepsi ke arah peranan isteri dan anak kita dalam pembinaan bangunan dan pembangunan modal insan dan bagaimana kita mungkin perbaiki pembabitan belia kita dalam pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Islam dan Penyelidikan Saintifik di sini hari ini. - Bernama
Tuesday, October 19, 2010
Membudaya kualiti akademik
rohana.man@utusan.com.my
PERSIDANGAN Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Isesco Kelima yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Oktober ini akan digunakan oleh Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan negara peserta bagi mempertingkatkan kualiti pengajian tinggi negara-negara Islam.
Ia sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi global dan tema persidangan iaitu "Pembudayaan Kualiti dalam Akademia, Penyelidikan dan Inovasi ke Arah Kesejahteraan Ummah."
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persidangan kali kelima ini akan memberi penekanan kepada soal meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan ia akan dilakukan melalui perkongsian pengalaman dan idea negara-negara peserta.
Menurutnya, persidangan seperti itu akan membolehkan setiap negara berkongsi pengalaman sekali gus membolehkan mana-mana negara peserta menggunakan peluang bersidang untuk menunjukkan pencapaian yang mereka telah capai.
"Kita juga akan menggunakan peluang ini untuk menunjukkan apa yang kita ada terutama pencapaian kita dalam pendidikan tinggi. Kesemua ini akan dikongsi bersama mereka (negara peserta)," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau memberitahu sebanyak 43 daripada 57 buah negara dari Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) telah mengesahkan kehadiran untuk menjayakan persidangan tersebut.
Selain itu, sebanyak 31 perwakilan bertaraf menteri dan 19 organisasi antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.
Persidangan Isesco diadakan dua tahun sekali dan sebelumnya iaitu pada 2008, ia diadakan di Baku, Azerbaijan. Jumlah penyertaan kali ini adalah yang terbesar pernah diterima. Antara negara yang mengesahkan kehadiran ialah Jordan, Arab Saudi, Iran, Brunei, Sudan, Senegal, Oman, Gambia, Palestin, Kuwait, Lebanon, Maldives, Mesir, Yemen dan Nigeria. Manakala antara organisasi antarabangsa yang dijangka hadir adalah OIC, Islamic World Academic of Sciences (IWAS), Federation of Arab Scientific Research Council dan United Nations Industrial Development Organization.
Mengulas apakah topik baru yang akan dibincangkan dalam persidangan kali ini, Mohamed Khaled berkata, ia berkaitan profesionalisme wanita dalam bidang-bidang sosial dan ekonomi di negara-negara Islam.
Katanya, pencapaian wanita Malaysia yang jauh ke depan berbanding negara-negara Islam lain akan dijadikan asas perbincangan terutama dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang melibatkan saintis wanita Islam.
"Sesi perbincangan mengenai topik wanita ini akan diadakan pada hari kedua persidangan dan dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sharifah Hapsah Shahabudin," katanya.
Selain itu, katanya, persidangan kali ini juga akan melihat bidang-bidang baru yang terdapat di dunia, selain memberi fokus kepada perkembangan sains dan teknologi global.
"Bidang-bidang nanoteknologi turut disentuh dan usaha negara-negara Islam dalam mengukuhkan bidang inovasi turut dibincangkan," katanya.
Beliau menegaskan perwakilan juga mahu melihat pada aspek kualiti khususnya dari segi modal insan yang bakal dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT).
Mohamed Khaled berkata, kualiti itu mampu dihasilkan jika setiap modal insan ada asas yang kukuh dalam sains dan matematik.
"Kita kena letak asas yang kukuh dalam sains dan matematik dan ia sejajar dengan matlamat persidangan yang mahu melihat wujudnya kerjasama dalam bidang R&D.
"Saya harap kerjasama ini dapat menjadi asas kepada kewujudan penerokaan ilmu sains dan teknologi di peringkat global," ujarnya.
Antara cabaran yang mahu dihadapi bersama adalah yang menyentuh mengenai pengukuhan bidang baru, kemiskinan, perubahan cuaca, hakisan sumber tenaga, bekalan air dan makanan.
Kesemua cabaran itu katanya akan dihadapi dan ditangani di pusat-pusat kecemerlangan yang terdapat di IPT di negara-negara Islam.
Dalam konteks negara ini, kementeriannya juga telah melaksanakan penarafan di pusat-pusat kecemerlangan di IPT untuk layak menerima status Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau Higher Institutions' Centres of Excellence (HICoE).
Melalui penarafan itu, sebanyak enam pusat kecemerlangan telah diisytiharkan sebagai HICoE oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu. Antaranya ialah Institut Perubatan Molekul, Institut Biosains dan Institut Penyelidikan Perakaunan.
"Ia adalah jentera bagi IPT untuk memangkinkan pembangunan penyelidikan dan inovasi secara holistik. Ini kerana R&D merupakan enjin utama bagi menggerakkan negara dalam era baru innovation-led economy dan knowledge-based economy di mana bagi kebanyakan negara maju, kejayaan ekonomi bergantung pada hasil penyelidikan yang menentukan tahap daya saing sesebuah negara.
Berikutnya, persidangan itu juga diharap akan melahirkan satu kesepakatan melalui matlamat, objektif dan pendekatan dalam kualiti pendidikan mengenai bagaimana mengupayakan negara-negara Islam, saling berinteraksi dan bersaing dengan negara-negara lain khususnya negara maju.
"Selepas persidangan di Baku, apa yang kita lakukan adalah kita bantu dan berusaha melahirkan kerangka kualiti dalam pengajian tinggi di negara-negara Islam," kata Mohamed Khaled.
Sementara itu, katanya, Malaysia juga telah dipilih untuk membentuk sebuah jawatankuasa sementara bagi membangunkan kerangka kualiti pengajian tinggi yang sesuai dan mampu diterima oleh negara-negara Islam.
"Antara anggota jawatankuasa sementara itu adalah dari negara Arab, Syria, Mesir dan Indonesia. Kerjasama yang dibentuk akan mewujudkan persatuan di kalangan agensi-agensi yang berkelayakan dalam menentukan agenda ke arah meningkatkan kualiti pendidikan tinggi," tambahnya.
Beliau juga menjelaskan, kerangka kualiti itu berperanan untuk memberi input terhadap apa saja yang kita buat dalam menentukan tahap kualiti pendidikan tinggi.
Di samping itu, katanya, persidangan itu akan membuka peluang kepada Malaysia untuk memasarkan dan mempromosikan pendidikan tinggi negara di peringkat antarabangsa.
BELAIAN JIWA
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Alhamdulillah bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan lafaz terima kasih kepada kerajaan yang ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ukhwah, Salam 1Malaysia, Mengikut pendapat Ustaz Razali bin Abd Rahim dari Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiT...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011