Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label ARTIKEL BERKAITAN KERJA DAN PENGURUSAN. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL BERKAITAN KERJA DAN PENGURUSAN. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

ALLAH SENTIASA MENJAWAB KELUHAN HAMBANYA


Mari berkongsi sedikit mengenai ALASAN yang sentiasa kita dengar di sekeliling kita....

Semua orang dengan bermacam cara dan pelbagai dialog ALASAN seharian kita SUARAKAN sedangkan Tuhan Yang Maha Esa sudah lama menjawab setiap alasan yang kita suarakan itu :



Sahabat dan rakan semua... Apa lagi alasan kita???

~Ketika kita mengeluh : "Ah, tak mungkin kot... ".

Allah menjawab : "Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata "Jadi", maka jadilah " (QS 36 : 82).

~Ketika kita mengeluh : "Ee, aku penat sangat ... ".

Allah menjawab : " ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).



~Ketika kita mengeluh : "Beratnya dugaan ni, TIDAK sanggup aku ... "
.

Allah menjawab : "AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan" (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : "Serabutnyaa ... ".

Allah menjawab : " Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang " (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : "Pe aku buat ni semua sia-sia ... ".

Allah menjawab : "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya". (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : "Takde sorang pun nak tolong aku ... ".
Allah menjawab: " Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu " (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : "Aku sedihh sangat... ".

Allah menjawab : " La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40).


* Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hatimu. dan kuatkanlah hatimu kerana Allah. ♥

* Allah uji tanda Allah sayang.

Sunday, April 10, 2011

MORAL SEORANG PEMIMPIN


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.'' Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh Ahli Parlimen Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto ketika mengumumkan peletakan jawatannya selepas didapati menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia, Jumaat lalu.

Mungkin Arifinto telah melakukan kesilapan, namun dengan keinsafan yang beliau tunjukkan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua individu yang bergelar pemimpin. Tetapi malangnya tidak semua pemimpin mahu mencontohi Arifinto atau mana-mana pemimpin di dunia terutamanya di Jepun dan Korea yang bersedia meletakkan jawatan apabila dikaitkan dengan satu skandal atau dakwaan. Ada di kalangan pemimpin yang lebih bersedia berkonfrantasi dan bermati-matian mempertahankan dirinya.

Dia menjelajah ke seluruh negara mendakwa dirinya dianiaya, menjadi mangsa fitnah dan kezaliman politik pihak tertentu. Namun apa yang menjadi persoalan segala pintu yang dibuka bagi membolehkan dia membersihkan namanya ditolak mentah-mentah.

Sebaliknya, dia lebih cenderung hendak menyeret rakyat untuk bersama-sama menyokongnya atas alasan dia dizalimi, kesudahannya negara boleh menjadi kucar-kacir dan tidak tenteram.

Rasulullah SAW bersabda: ''Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya." (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

Mungkin bagi pemimpin yang berkenaan, dia berasa berhak untuk mempertahankan diri tetapi dalam masa yang sama dia juga perlu faham bahawa rakyat juga berhak mempunyai penilaian yang betul sama ada seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin. Dalam soal ini, kita perlu memahami bahawa moral memainkan peranan yang cukup penting sebelum seseorang itu disanjung sebagai pemimpin.

Sebab itulah rakyat tidak harus terpedaya dengan 'lakonan' oleh mana-mana juga individu bergelar pemimpin yang dilihat sering sahaja berdolak-dalik dalam menjawab sesuatu dakwaan melibatkan dirinya. Jika rakyat merasakan apa yang mereka ketahui itu satu kebenaran maka mereka perlu mengakuinya dengan membuang segala sifat taksub apatah lagi simpati.

Ia bersesuaian dengan pesanan Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud ''Rasa takut (segan) terhadap manusia jangan sampai menghalangi kamu untuk menyatakan apa yang sebenarnya jika memang benar kamu melihatnya, menyaksikannya atau mendengarnya."

Kita juga perlu berfikir dengan bijak apabila ada pihak berhujah bahawa Islam melarang membuka aib sesama Islam. Sudah tentulah sebagai orang Islam kita mengakuinya kerana perkara itu sudah dinyatakan di dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah SAW. Tetapi dalam Islam juga membenarkan kemungkaran yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin itu didedahkan.

Ini bagi mengelakkan mereka terpedaya dengan sandiwara mana-mana pemimpin yang zahirnya dilihat begitu baik dan bersih berikutan kebijaksanaannya berkata-kata dan memutar belit fakta. Penyelewengan oleh seseorang pemimpin dalam apa juga perkara termasuk moral perlu didedahkan kepada masyarakat. Langkah itu akan membolehkan orang ramai menghindari pemimpin tersebut daripada dipilih dan digantikan dengan pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan pemimpin itu adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa kejahatan akibat perbuatan pemimpin berkenaan. Renungkanlah sejarah Islam dahulu bagaimana ketika zaman Khalifah Islamiah, seseorang boleh mendedahkan kepada khalifah keburukan para menteri yang berada di bawah pimpinannya.

Melalui cara sedemikian menteri atau pemimpin yang terlibat boleh ditegur atau digantikan dengan orang lebih baik. Begitulah juga kedudukan kita sekarang, moral perlu menjadi perhitungan paling penting dalam kita menentukan siapa yang harus kita ikuti sebagai pemimpin. Jangan sampai kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin itu, kita menolak segala fakta yang menjurus kepada kebenaran dan menegakkan keadilan.

Pada masa ini, kita sudah lihat ada sekelompok manusia yang begitu taksub. Mereka membutakan mata dan menutup telinga bagi mendengar kebenaran. Mereka membuat andaian segala yang berlaku adalah satu konspirasi dan bermotifkan politik tetapi dalam masa yang sama enggan memberi ruang kepada usaha mencari kebenaran itu.

Jika benar mereka mahukan pemimpin yang mereka sayangi itu diangkat sebagai pemimpin tertinggi dan percaya bahawa dia tidak melakukan perbuatan keji, maka sokonglah usaha bagi membersihkan namanya. Kita harus ingat dalam Islam amanah memilih pemimpin bukanlah satu perkara yang ringan. Jika kita tersilap memilih pemimpin, kita boleh dikategorikan melakukan khianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin.

Sebab itulah, Rasulullah SAW memberikan peringatan melalui sabda baginda bermaksud: "Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredai Allah daripada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman."

Atas sebab itulah, apabila pemimpin yang kita sanjung berhadapan dengan sesuatu dakwaan, kita janganlah mudah melatah sehingga menutup pintu kebenaran dengan ketaksuban.

Berpeganglah kepada peringatan Rasulullah SAW bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan. Mereka juga tidak harus lupa bahawa Allah SWT mengingatkan kita bahawa manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Justeru sejauh mana pun manusia merancang menjatuhkan seseorang pemimpin tetapi selagi pemimpin itu berada di jalan yang benar, dia tidak akan takut kepada usaha berkenaan kerana sesungguhnya orang yang benar itu sentiasa diberkati dan dilindungi Allah SWT. Tetapi apa yang kita saksikan sekarang ada pemimpin yang terus bersandiwara di pentas alam fana ini dan mungkin mereka mampu memperdayakan manusia tetapi hanya Allah SWT yang maha mengetahui apa yang terjadi di langit dan di bumi.

Saturday, April 9, 2011

MENILAI JENIS PEMIMPIN


MEMINJAM kerangka analisis kepimpinan yang dirumuskan oleh Dr. Azizan Bahari, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia memberikan kita ilham bagi memilih jenis pemimpin yang bakal memimpin kita.

Dalam bukunya, Menjadi Pemimpin (2008), Dr. Azizan memberikan pengukuhan konsep pemimpin kepada empat jenis utama iaitu pemimpin karismatik, pemimpin transaksi, pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah memenangkan dirinya sendiri dan pemimpin transformasi.

Seorang pemimpin karismatik merupakan pemimpin yang popular dan menjadi pujaan pengikutnya. Pemimpin jenis ini, walaupun adakalanya membuat kesilapan, kesilapan yang dilakukan itu tidak dinilai sebagai satu kesilapan. Malah, setiap kali percubaan untuk mendedahkan keburukannya akan dianggap sebagai satu helah, kemudiannya akan dirumuskan sebagai konspirasi. Penyokong setianya tidak boleh menerima kesalahan tersebut, dan sebarang percubaan menjatuhkan pemimpin itu akan ditentang kerana mereka sanggup "mati dan berjuang" mempertahankannya.

Menjadi lebih keutamaan ialah pemimpin karismatik bukan sahaja mampu menghimpunkan ramai pengikut bahkan orang sanggup mendengar ucapannya dengan tekun tanpa menilainya sebagai sesuatu yang bertentangan. Pemimpin jenis ini amat bijak menggunakan lisan dan bahasa badan sehingga ia dilihat hebat, mampu menyelesaikan masalah masyarakat dan gaya retoriknya mempunyai ritma "mega mendung." Pemimpin jenis ini tahu membangkitkan resah melalui kata-kata dan mampu pula memberikan solusi walaupun secara rasionalnya ia adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Pemimpin transaksi tidak mempunyai kehebatan berpidato, tetapi ia merupakan pemimpin yang sanggup bekerja keras untuk memenuhi tanggungjawabnya. Pemimpin jenis ini mempunyai idea yang praktikal dan tidak akan membuat janji seandainya tidak mampu dilaksanakan. Pemimpin transaksi mengamalkan gaya kepimpinan sederhana, tidak meninggi diri dan sentiasa berkorban untuk mensejahterakan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin ketiga ialah pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah untuk menang sendiri. Pemimpin ini akan menggunakan apa sahaja kaedah dan cara yang difikirkan sesuai asal sahaja kedudukannya dapat dipertahankan. Sifat ini amat bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Nicollo Micheavelli dan bagi Dr. Azizan ia dikenali sebagai pemimpin ‘Halsca’ (halal segala cara). Fitnah bukan dilihat sebagai kaedah jijik, malah dianggap sebagai satu strategi politik.

Pemimpin keempat ialah pemimpin transformasi. Pemimpin jenis ini bukan sahaja memberikan ilmu kepada pengikutnya malah turut berusaha membentuk budaya berfikir secara rasional. Ia ikut membudayakan percambahan ilmu dan tidak mudah berjanji untuk menempatkan dirinya sebagai populis.

Pemimpin transformasi adakalanya dilihat mempunyai gaya karismatik, tetapi bukan dengan tujuan untuk menunjukkan kehebatan secara peribadi. Pemimpin transformasi tidak berusaha membentuk kelompok penyokong yang fanatik, tetapi lebih menjurus kepada pembentukan pemikiran penyokongnya secara rasional agar mampu membuat keputusan dengan bijak dan berkesan. Pemimpin jenis ini bercakap dengan menggunakan fakta dan bukannya gemar membuat kesimpulan secara tergesa-gesa.

Seorang pemimpin transformasi sentiasa memberikan fokus selaras dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Pemimpin jenis ini meletakkan amanah sebagai pemandu arah dan berusaha sepenuh daya untuk memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Pemimpin transformasi tidak menjadikan kedudukannya sebagai keistimewaan, sebaliknya mengutamakan setiap peluang dan fikirannya untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

Perspektif kepimpinan transformasi merupakan sifat kepimpinan yang banyak diberikan penekanan dalam al-Quran. Pemimpin jenis ini akan sentiasa berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan bila membuat sesuatu keputusan, ia berdasarkan kepada prinsip keadilan.

Konsep keadilan tidak dicampuradukkan dengan konsep sama rata. Konsep keadilan ialah meletakkan hak ditempat yang sepatutnya, maka dalam memenuhi tuntutan tersebut, ia tetap bersandarkan kepada peraturan dan etika yang telah melembagakan sesuatu perkara. Bagi perkara-perkara yang belum dilembagakan sebagai satu bentuk peraturan dan etika, akan dicari pula satu rumusan yang boleh diterima secara umum.

Dalam konteks ini, pemimpin transformasi tidak akan meminggirkan kelompok minoriti walaupun dalam konteks demokrasi, majoriti menjadi kuasa penentu. Kepentingan minoriti akan dilihat secara saksama, kerana mereka juga mempunyai hak selagi hak tersebut tidak melanggar hak orang lain.

Dalam konteks kepimpinan Islam, menunaikan tanggungjawab, menjaga amanah dan menegakkan keadilan adalah beban yang disandarkan ke atas bahu seseorang pemimpin. Sebagai pemerintah (ulil amri), setiap pengikut pula diwajibkan mentaatinya selagi setiap tingkah laku dan kaedah pemerintahan tersebut tidak menjurus kepada kebongkakan, menolak keyakinan dan melanggar perintah Allah SWT serta mendusta Rasulullah (Surah al-Nisa' ayat 48).

Kekuasaan yang diperoleh seseorang pemimpin adalah atas keizinan-Nya. Seseorang itu tidak boleh menganggap kuasa yang ada padanya adalah hak mutlaknya, kerana sehebat mana manusia cuba mendapatkannya, melalui apa cara sekalipun, jika tanpa restu Allah SWT ia tidak akan memperolehnya. Sejarah manusia yang lupa mengenai kekuasaan Allah SWT banyak berlaku meskipun seseorang itu dilihat hebat – dari jenis pemimpin karismatik – tapi akhirnya kecundang dan jika sempat menjadi pemimpin, di akhir pemerintahannya diselubungi tragedi.

Kita mungkin boleh mengambil contoh Muammar Gadafi sewaktu permulaannya dilihat sebagai wira. Setelah lebih 40 tahun memimpin Libya, Gadafi menjadi musuh dan rakyatnya sedang berjuang untuk menyingkirkannya secara tidak terhormat. Begitu juga dengan nasib yang diterima oleh Hosni Mubarak, terpaksa hidup dalam buangan dan menjadi umpatan.

Di dalam kitab Musnad (jilid 3 halaman 154), Imam Ahmad bin Hanbal memetik hadis Rasullullah SAW yang bermaksud: Tidak ada iman (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak ada kepercayaan (beramanah) baginya. Dan tidak ada agama (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak menepati janji baginya. (Riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Berdasarkan prinsip tersebut, menjadi pemimpin bukanlah bermakna mendapatkan jawatan yang tertinggi. Kedudukan jawatan itu perlu disusuli dengan usaha memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ingatan itu perlu sentiasa menjadi gagasan yang wahid bagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin sebagai mana maksud hadis: Tidak ada seorang pemimpin yang menjaga urusan umat Islam sekiranya dia mati sedangkan dia ada mengkhianati mereka melainkan Allah SWT haramkan ke atasnya syurga. (Riwayat Syaikhan).

Berdasarkan kerangka analisis kepimpinan jelaslah bahawa pemimpin transformasi amat diperlukan berbanding lain-lain jenis pemimpin. Rasulullah saw diakui dunia sebagai seorang pemimpin yang jujur. Bila berjanji kepada masyarakat yang dipimpinnya, ia tunaikan janji sesuai dengan tuntutan Allah SWT.

Rakyat Malaysia semakin matang menilai pemimpin. Rakyat sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk pemimpin kerana rakyat Malaysia semakin sedar, berilmu dan dapat membaca tingkah laku seseorang pemimpin. Rakyat semakin bijak, tetapi dalam kecerdikan itu jangan tersalah pilih, terlalu banyak musang berbulu ayam yang hanya mencari peluang dengan berlakon dan bersandiwara. Hakikatnya, ayam sereban habis, reban bersepah dengan bulu-bulu ayam, musang hilang setelah kekenyangan.


DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiyah Malaysia (Yadim)

Thursday, February 24, 2011

HOW TO LEAD CHANGE







One of the key skills of effective leaders is the ability to create and lead change. When change is completed effectively the organization adapts and learns, and achieves its goals. However all too often change efforts fail as they are met with resistance and fear. Change can be as minor as relocation to a different office or as major as rapid growth or downsizing. This checklist details the steps to take to prepare for and lead effective change.

1. Create a clear vision. Define where you want to be. Do the work necessary to fully believe in and commit to the change.

2. Build a case for change. State where are you now. State where you need to be. Present the facts as a clear compelling reason for change. You must build excitement for the future in order to overcome the discomfort created by change. Build commitment and awareness of the need for change, and gain agreement for your vision of the future.

3. Build a powerful guiding coalition. Identify who you need as sponsors of your plan and gain commitment to the change effort by communicating your compelling case for change. Think together about alternative strategies to achieve the change, create transition plans, think about how you will overcome barriers. Assemble groups with enough power to lead the change effort, working together as a team.

4. Communicate and Operationalize. With your sponsors communicate the progress you have made and the ongoing transition plans, widely. Make sure that each person fully understands their role in the change process and feels appreciated for their contribution.


5. Make sure you have the right players. Hire people that are open to learning. Support them with the training and resources that are needed.

6. Encourage constant open communication. Regular communication is vital to the change process. Feedback needs to be ongoing in all directions - up, down and across.

7. Encourage risk taking and brainstorming. Respect differences and test out new ideas and methods. Keep what works and let go of what doesn't.

8. Sustain your belief in the change effort. Believe in the change effort and communicate that belief with your actions and words.

9. Be prepared for the normal emotional reactions to change. Change can create instability, anxiety, conflict, nostalgia for the past, and fear of the unknown. Help people move through these responses by expressing empathy and using a coaching leadership style.

10. Celebrate success. Acknowledge short term gains and communicate the connection between new behaviors and corporate success.

By Doris Kovic, Business and Executive Coach of Leading Insight.

Thursday, February 17, 2011

HOW TO BE GOOD LEADER

* Remember: leadership skills and techniques can be learned. You don't have to be a natural leader. Very few people are.

* Care for your team. That means knowing what matters to each member: their health, their partner, their children, their relatives, their interests, their hopes, their fears.

* Stay close to your team. At some point, every day, walk around the office and say "Hi" to everyone who works for you. If you're not in the office that day, call and see how people are. This gives you a chance to enquire or encourage and gives them an opportunity to raise issues or make suggestions.

* Meet your team. Regularly - daily, weekly or monthly, depending on your place and type of work - have meetings of all the members of the team. Keep these meetings short, focused and action-orientated. Make sure every member of the team contributes in some way and acknowledge that.

* Train your team. Every team member should have at least two days training a year. Newer and more senior colleagues should have more. If they don't ask to go on training sessions, suggest some suitable courses.

* Grow your team. Through varied experience and regular training, you should be developing each team member to be more and more confident and more skilled.

* Inspire your team. Consider making available a motivational quote or story every week or month [for lots of good quotes click here].

* Celebrate with your team. This might be a personal event, such as a member's birthday or anniversary, or a professional occasion, such as completing a project or winning oa contract.

* Socialise with your team. Have lunch or an after-work drink with them, especially when a member has a birthday or there's another reason to celebrate.

* Set objectives for each team member. As far as possible, these objective such be SMART - Specific Measurable Achievable Resourced Timed.

* Review the performance of each team member. At least once a year - at least quarterly for the first year of a new team member - have a review session where you assess performance, give feed-back and agree future objectives and training.

* Thank constantly. The words "Thank you" take seconds to say, but mean so much.

* Praise constantly. The words "Well done" take seconds to say, but will be long remembered and appreciated.

* Communicate constantly. Don't assume that people know what you're doing, still less what you are planning or thinking. Tell them, using all the communication tools to hand: team briefings, electronic newsletters, organisational newspapers.

* Eliminate. Too often we do things because they've always been done. Life changes. Consider whether you could stop doing certain things altogether.

* Delegate. You don't have to do everything. Develop your team members by training them to do more and trusting them to take over some of the things you've been doing.

* Empower. A really effective leader sets clear objectives for his team members, but leaves detailed implementation of these objectives to the discretion and judgement of individual members of the team. As Second World War U.S. General George S. Patton put it: "Don't tell people how to do things. Tell them what to do and let them surprise you with their results”.

* Facilitate. A confident leader does not try to micro-manage his team, but makes it clear that, if team members need advice or assistance, he is always there to facilitate and support.

* Be on time. Always start meetings on time and finish them on time. Natural breaks keep people fresh. Short meetings concentrate the mind.

* Be seen. Don't just talk the talk, but walk the walk. So visit each unit or department for which you are responsible on a regular basis. Don't do this unannounced - you are not out to undermine other leaders or catch out staff. So arrange with the unit leader or departmental head when you'll visit and ask him or her to walk round with you.

* Make time. Managers are often very busy and this can deter people from approaching you, so make time for people and be approachable. People will appreciate you taking five minutes out of your busy schedule, especially if you act on/listen to what they say.

* Really listen. Many of us - especially those who think they are important - don't really listen, but instead think about what they're going to say next. Give the person speaking to you your full attention and really take on board what they are saying. [For more detailed advice on listening click here]

* Accept honest criticism. Criticism is hard to take, particularly from a relative, a friend, an acquaintance or a stranger - but it's a powerful tool of learning. Above all, assess criticism on merit, without regard to its originator.

* Think strategically. The doers cut a path through the jungle; the managers are behind them sharpening the machetes; the leaders find time to think, climb the nearest tree, and shout "Wrong jungle!" Find time to climb the trees.

* Have a mentor or buddy, someone doing similar work in the same or a similar organisation with whom you can regularly and frankly discuss your progress and your problems as a leader.

* Have a role model, someone who can inspire you to be a truly great leader. If you can't find one, study Jed Bartlet as the American President in any episode of the television series "The West Wing".

* Constantly revisit and review these tips. In his seminal work, "The Seven Habits Of Highly Effective People", Stephen Covey puts it this way: "Sharpen the saw".

* Plan your succession. You won't be there forever and you may not be in control of the timing and circumstances of your departure. So start now to mentor and train at least one colleague who could take over from you.


http://www.rogerdarlington.me.uk/Leader.html

SEVEN PERSONAL QUALITIES FOUND IN A GOOD LEADER


How often have you heard the comment, "He or she is a born leader?" There are certain characteristics found in some people that seem to naturally put them in a position where they're looked up to as a leader.

Whether in fact a person is born a leader or develops skills and abilities to become a leader is open for debate. There are some clear characteristics that are found in good leaders. These qualities can be developed or may be naturally part of their personality. Let us explore them further.

SEVEN PERSONAL QUALITIES FOUND IN A GOOD LEADER

1. A good leader has an exemplary character. It is of utmost importance that a leader is trustworthy to lead others. A leader needs to be trusted and be known to live their life with honestly and integrity. A good leader "walks the talk" and in doing so earns the right to have responsibility for others. True authority is born from respect for the good character and trustworthiness of the person who leads.

2. A good leader is enthusiastic about their work or cause and also about their role as leader. People will respond more openly to a person of passion and dedication. Leaders need to be able to be a source of inspiration, and be a motivator towards the required action or cause. Although the responsibilities and roles of a leader may be different, the leader needs to be seen to be part of the team working towards the goal. This kind of leader will not be afraid to roll up their sleeves and get dirty.

3. A good leader is confident. In order to lead and set direction a leader needs to appear confident as a person and in the leadership role. Such a person inspires confidence in others and draws out the trust and best efforts of the team to complete the task well. A leader who conveys confidence towards the proposed objective inspires the best effort from team members.

4. A leader also needs to function in an orderly and purposeful manner in situations of uncertainty. People look to the leader during times of uncertainty and unfamiliarity and find reassurance and security when the leader portrays confidence and a positive demeanor.

5. Good leaders are tolerant of ambiguity and remain calm, composed and steadfast to the main purpose. Storms, emotions, and crises come and go and a good leader takes these as part of the journey and keeps a cool head.

6. A good leader, as well as keeping the main goal in focus, is able to think analytically. Not only does a good leader view a situation as a whole, but is able to break it down into sub parts for closer inspection. While keeping the goal in view, a good leader can break it down into manageable steps and make progress towards it.

7. A good leader is committed to excellence. Second best does not lead to success. The good leader not only maintains high standards, but also is proactive in raising the bar in order to achieve excellence in all areas.

These seven personal characteristics are foundational to good leadership. Some characteristics may be more naturally present in the personality of a leader. However, each of these characteristics can also be developed and strengthened. A good leader whether they naturally possess these qualities or not, will be diligent to consistently develop and strengthen them in their leadership role.

Thursday, September 30, 2010

LEADERSHIP QUOTES - KATA HIKMAH MOTIVASI BERKAITAN KEPIMPINAN


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah bagi memotivasikan diri kita sebagai pemimpin.

Kepimpinan harus dilihat sebagai satu konsep yang lebih besar lagi bukan sahaja sebagai pemimpin di pejabat malahan sebagai pemimpin masyarakat, rumah dan keluarga dan sebagainya.

Poster ini mungkin boleh dijadikan wallpaper atau tatapan kita seharian sebagai motivasi diri dalam mengharungi tugasan kehidupan seharian.


Kalau rakan-rakan ada link lain sebagai sumber poster motivasi imungkin boleh dikongsikan dalam link komen pada post kali ini.

Terima Kasih


"PRAGMATIS Meneraju Dan Memimpin Kecemerlangan"

SAS - epul















Wednesday, September 29, 2010

TAZKIRAH : KEPIMPINAN



Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.” Riwayat Muslim

Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.

ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.

iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.

iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pautan : http://www.islam.gov.my/

"PRAGMATIS Meneraju Dan Memimpin Kecemerlangan"



And so, my fellows Americans " Ask not what your country can do for you
Ask what you can do for your country"

Credit: Creative Commons

Friday, April 9, 2010

KEPIMPINAN, KEPEMIMPINAN & TRANSFORMASI


Salam Ukhwah,

Salam 1 Malaysia.

Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ruangan komen oleh salah seorang sahabat kita yang bertanyakan soalan berikut:

’Apa beza kepimpinan dan kepemimpinan? Dan apa tu transformasi?’

Soalan ini begitu bertepatan dengan situasi semasa kerana USIM baru sahaja melalui fasa perubahan ’kepimpinan’ dan seluruh organisasinya sedang mengadaptasi proses ’kepemimpinan’ yang baru ini. Malahan seluruh warga kerja USIM begitu teruja dan bersemangat untuk menjayakan ’transformasi’ yang dibawa oleh barisan kepimpinan baru yang dilihat akan membolehkan USIM lebih fokus dalam merealisasikan matlamat penubuhannya. Lihatlah betapa eratnya perkaitan serta penggunaan perkataan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ itu dalam menggambarkan hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan kejayaan.

.

Konsep Kepimpinan

.

Pertamanya molek kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis. Berikut adalah definisi kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :

.

· “Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama” (Hemphill & Coons)

.

· “Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau matlamat-matlamat khusus.” (Tannenbaum, Weshler & Massarik)

.

· “Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan interaksi.” (Stogdill, 1974)

.

· “Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.” (Fiedler, 1967)

.

Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu:

.

· “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’am : 165)

.

· “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Surah Yunus : 14)

.

· Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)

.

Apa yang dapat disimpulkan setelah meneliti teori dari barat dan juga konsep Islam adalah apabila kita menterjemahkan maksud ’Kepimpinan’, mahu atau tidak kita tidak dapat lari untuk mengaitkan ’kepimpinan’ dengan individu yang dipanggil pemimpin. Apa yang pasti tingkah laku, kaedah serta pergerakan yang di bawa pemimpin dalam membawa organisasi menggambarkan corak ’kepimpinan’ beliau.

.

Gaya Kepimpinan

Berikut adalah gaya kepimpinan yang sering dikaitkan dengan seseorang pemimpin :-

.

Gaya Kepimpinan autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

.

Gaya Kepimpinan demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan kekitaan.

.

Gaya Kepimpinan laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat keputusan. Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.

.

Gaya Kepimpinan Islamik : Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menekankan pendekatan yang lebih Islamik dalam segenap aspek.

.

Gaya Kepimpinan berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut.

.

Gaya Kepimpinan berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam melaksanakan kepimpinannya.

.

Rumusan Kepimpinan

.

Penghayatan berkaitan konsep kepimpinan membawa kita kepada rumusan yang boleh kita ketengahkan seperti berikut :

.

“Corak Kepimpinan yang terbaik oleh Pemimpin akan menjamin seseorang Pemimpin itu dapat menunaikan tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya seterusnya membawa kumpulan/organisasi ke arah kejayaan”

.

Definisi Kepemimpinan

.

Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan? Pelbagai definisi telah disusun oleh para cendiakawan dan ahli fikir sama ada dari barat maupun dunia Islam. Namun pada umumnya definasi Kepimpinan itu hanya terbahagi kepada 2 (dua) bahagian sahaja iaitu yang memandang kepemimpinan sebagai satu PROSES dan kepemimpinan sebagai SENI/KEMAHIRAN.

Kepemimpinan sebagai PROSES

1. Kepemimpinan adalah “suatu proses yang kompleks di mana seseorang mempengaruhi orang-orang lain untuk menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan organisasi yang membuatnya lebih kohesif dan koheren."

Mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin akan mempergunakan dan menerapkan proses kepemimpinan (keyakinan, nilai-nilai, etika, karakter, pengetahuan, dan ketrampilan). Oleh yang demikinan kita lihat setiap seorang pemimpin akan membawa pendekatan berbeza sepertimana dibandingkan pengurus dengan pemimpin.

Seorang pemimpin akan berusaha menjadikan kumpulan yang dipimpin ingin mencapai tujuan dan sasaran yang tinggi, sedangkan seorang pengurus akan mengarahkan orang-orang untuk melaksanakan kerja/tugasan atau mencapai sesuatu tujuan. Seorang pemimpin melakukan perkara yang betul, manakala pengurus melakukan semua perkara dengan betul (Leaders do right things, managers do everything right).

2. Kepemimpinan adalah "suatu proses terancang yang dinamik melalui suatu tempoh waktu dalam situasi yang di dalamnya pemimpin menggunakan perilaku (pola/gaya) kepemimpinan yang khusus serta prasarana kepemimpinan (sumber-sumber) untuk memimpin (menggerakkan/mempengaruhi) bawahan (pengikut-pengikut) bagi melaksanakan tugas/ pekerjaan (menyelesaikan tugas) ke arah (dalam upaya pencapaian) tujuan yang menguntungkan (membawa keuntungan timbal balik) bagi pemimpin dan bawahan serta lingkungan sosial di mana mereka ada/hidup.” Definisi ini dikemukakan oleh J. Robert Clinton dalam bukunya, The Making of A Leader dan dimodifikasi oleh Y. Tomatala, dalam bukunya, Kepemimpinan Yang Dinamis.

Kepemimpinan sebagai SENI

(a) Kepemimpinan ialah "seni bekerja (tahu, mau, dan aktif bekerja) bersama dan melalui orang lain."

(b) Kepemimpinan ialah "seni memenuhi permintaan orang yang dipimpin dalam melaksanakan pekerjaan bagi mencapai tujuan bersama.”

(c) Kepemimpinan ialah "seni untuk menyepadukan yang diwujudkan melalui kemampuan memadukan gagasan, orang, benda, waktu, dan iman, untuk (melaksanakan pekerjaan/tugas) mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya."

(d) Kepemimpinan ialah "seni mempengaruhi dan menggerakkan orang untuk bekerja secara terkoordinasi di mana setiap orang tergerak mengerjakan pekerjaannya serta menyelesaikan tugasnya dengan baik berdasarkan program yang telah dicanangkan dalam kinerja keorganisasian secara menyeluruh."

(e) Kepemimpinan ialah "seni merangkum dan menyampaikan perintah, yang olehnya orang yang dipimpin tergerak dan bergerak melaksanakan tanggung jawab yang dipercayakan kepadanya."

(f) Kepemimpinan ialah "seni membuat peta keinginan tentang masa depan organisasi, dan kemampuan menerjemahkan peta tersebut menjadi suatu kerangka keinginan yang nyata, serta kekuatan atau kuasa menggunakan segala sumber untuk melaksanakan peta tersebut menjadi produk yang berdaya-guna.

(g) Kepemimpinan ialah "seni mendaya-gunakan sumber-sumber daya: manusia, alam, teknologi, infrastruktur, dan sebagainya dalam upaya mempertahankan optimalisasi kerja yang tinggi sehingga menciptakan hasil yang bernilai lebih yang semakin besar yang membawa sukses kerja dalam organisasi.

Makna Transformasi

Transformasi merupakan perkataan yang diambil dari perkataan ’Transformation’ (kata benda). Bagi saya ’transformasi’ lebih molek diterjemah dengan perkaitan kepada kata kerja iaitu ’transform’ bagi mengambarkan proses perubahan.

’Transform’ yang mengandung tiga erti iaitu Mengubah bentuk; Menjelmakan, mengubah penampilan; Merubah (Tenaga potensi menjadi Tenaga kerja : panas menjadi tenaga) yang mana kesemua perubahan ini terarah kepada bentuk perubahan yang positif/lebih baik.

Sebagai contoh apabila perkataaan terasformasi ini apabila diguna pakai dengan kata lain misalnya transformasi masyarakat, maka perkataan tersebut memberikan makna perubahan bentuk (fizikal, struktur, sistem sosial) masyarakat, perubahan penampilan (sikap, paradigma, tingkah laku, kebiasaan), berubah dalam erti yang memanfaatkan/ menonjolkan potensi (energi potensial) masyarakat untuk lebih berdayaguna atau berhasilguna (terampil, mandiri, dapat menyelesaikan permasalahannya sendiri).

.

KESIMPULAN

.

Faktor kejayaan sesebuah ’Kepimpinan’ dipengaruhi oleh cara/kaedah ’kepemimpinan’ yang dijelmakan pemimpin dan proses ’trasformasi’ yang ingin dilakukan kearah menjayakan kumpulan/organisasi yang dipimpin.

.

Kita boleh disimpulkan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ adalah kombinasi yang mempengaruhi kejayaan untuk sesebuah organisasi meliputi pengaruh oleh faktor seperti berikut :-

.

1. keperibadian, kualiti dan sifat terpuji yang dimiliki Pemimpin.

2. Ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki Pemimpin

3. Gaya kepimpinan yang dibawa oleh Pemimpin.

4. Kebijaksanaan Pemimpin menggunakan kuasa dalam memimpin

5. Kebijaksanaan Pemimpin mengembleng sumber manusia serta fizikal.

6. Komunikasi terbaik pemimpin dan kumpulan/organisasi.

7. Kebolehan pemimpin mempengaruh dan mendapatkan kepercayaan kumpulan/organisasi.

Konteks Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sebagai sebuah universiti yang telah menempuh ulang tahun ke 10 penubuhannya, USIM telah berjaya mendepani pelbagai rintangan dan cabaran dalam proses pematangan warganya yang mana perubahan 'Kepimpinan', pemerkasaan 'Kepemimpinan' dan juga proses 'trasformasi' bagi mengurus kejayaan telah dilalui dan berjalan dengan begitu baik sekali.

Pemahaman konsep yang dibincangkan membolehkan kita selaku 'pengurus' menggunakan kaedah atau 'tools' terbaik bagi menguruskan perjalanan seterusnya bagi membantu pemimpin kita mengemudi USIM melayari perjalanan menempuh gelombang dan halangan bagi memastikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya merealisasikan harapan serta tanggungjawab Negara, Agama dan Bangsa.

Selaku warga USIM kita harus sentiasa berusaha menempatkan diri serta memainkan peranan yang aktif dalam menyokong usaha dan transformasi yang diketengahkan Kepimpinan USIM. Bak kata pepatah 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'. Hanya dengan usaha dan kerjasama berpasukan dengan diiringi tekad yang jitu matlamat memartabatkan USIM selaku universiti terbaik akan terlaksana.

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"

Artikel Sumbangan :

Saudara Syafful Annuar Sarani
Penolong Pendaftar, Perpustakaan USIM
8 April 2010



Wednesday, February 17, 2010

ETIKA KERJA DALAM ISLAM


Salam Ukhwah,
Salam 1Malaysia,

Mengikut pendapat Ustaz Razali bin Abd Rahim dari Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiTM), etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budi pekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan. Seperti juga, pandangan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, etika kerja dalam islam meliputi

dua jenis fungsi yang manusia kerjakan iaitu bertindak atas dunia di sekelilingnya dan menggunakan apa yang terdapat di dalam dunia untuk menghasilkan sesuatu. Dan umumnya, kerja yang dilaksanakan menurut Syariah ialah suatu bentuk jihad dan tidak boleh diasingkan daripada keagamaan atau spiritual. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Janji yang dimaksudkan ini termasuklah segala jenis kerja yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh lari dari kehendak syariah dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Etika kerja Islam hendaklah menggabungkan antara kerja, sembahyang dan waktu lapang. Justeru itu, setiap yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi oleh syariah. Maka

Kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah

  • bersifat sederhana atau qanaah
  • wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-benarhalal
  • tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan perkarayang haram
  • harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika
  • semua aspek kerja harus selaras dengan syariah

Dan sesungguhnya, etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat kerana Islam menganggap kerja itu sebagai satu ibadah. Dan tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah. Ini bermakna agama dan kehidupan tidak terpisah. Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian akal mereka semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.

Lihat pula dari Perlembagaan Malaysia – Bahagian 1, perkara 3 (I) – tercatat:

“Ugama Islam ialah Ugama persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”.

Oleh kerana agama adalah suatu ciri penting bagi negara ini maka sewajarnyalah kita berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada tatacara perkhidmatan kita, ini selaras dengan peruntukan perlembagaan seperti yang tertera di atas. Sebagai permulaan, hendaklah disedari bahawa Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara dirinya, keluarganya dan juga bagi ibubapanya yang telah tua. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “KERJA” yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan.

Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Dengan kata-kata lain hamba Allah itu beribadat. Maka menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat.

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari)

Selain dari itu Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda yang bermaksud:

“Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”. (Riwayat Al- Baihaqi)

Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah : 286)

Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat itu jua menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya. Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al- Muddaththir : 38)

Ini bererti iaitu sekira kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya, seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengahlengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinyalah kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini.

Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam. Daripada semua yang diutarakan di atas ini jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam benci kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan

tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Seterusnya setiap kegiatan pekerja itu akan menerima ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti.

Berasaskan semuanya ini maka etika kerja dalam Islam adalah seperti :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran
5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat


Etika Kerja 1: Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya selaras dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah : 21)

Selanjutnya, dikemukakan satu lagi firman Allah yang maksudnya adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.” (An-Nisaa’ : 59)

Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah S.A.W. dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan ‘‘orang yang berkuasa dari kalangan kamu’’.

Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W. maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita ini hamba Allah, melakukan pecah amanah kepada Allah ?

Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Bahkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan". (Riwayat Al-Bukhari)

Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Etika Kerja 2:
Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara dirinya dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara kita yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya:

“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan” (Saba’: 15)

Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya Allah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat Al-Quda’)

Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu kerja atau jawatan itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini adalah hamba Allah yang dijadikan-Nya, sewajarnyalah kita menunaikan amanah tersebut sedaya upaya kerana Allah telah berfirman dan maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (An-Nisaa’ : 58)

Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya maka pekerja tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya. Dengan sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya :

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Hadith Rasulullah S.A.W. juga menegaskan dengan maksud:

“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”. (Riwayat Muslim)

Pepatah melayu pula mengatakan : “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.

Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripada kerbau. Dengan hujah-hujah yang dikemukakan itu sanggupkah lagi kita mengabaikan kerja atau tugas masing-masing? Sanggupkah kita mengkhianati amanah Allah, Allah yang telah mengurniakan kita dengan akal dan fikiran?Tepuklah dada tanyalah selera.


Etika Kerja 3: Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insya Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi)

Pepatah Melayu pula mengatakan : “Belakang parang pun kalaulah diasah, nescaya menjadi tajam”. Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi insya Allah dan dengan sendirinya meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan:

“Tuntutan ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu. Selain dari itu hadith Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja dengan maksud seperti berikut:

“Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran.”

Hadis ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian ataupun kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.


Etika Kerja 4:
Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran

Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing.

Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah juga menegaskan dengan maksud:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… (Al-Ma’idah : 2)

Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. Bagai kata pepatah kita :

“Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.

Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul.

Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan. Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka dengan pepatah:

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Cara berpadu fikiran ini jualah yang sekarang selalu dibincangkan dengan nama“kumpulan kawalan mutu’ (KMK) (quality control circle), dan sekarang telah dipanggilnama “innovative and creative circle” (ICC). Allah juga memerintahkan manusia menyelesaikan sekalian masalah mereka dengan perbincangan atau bermesyuarat seperti firman-Nya:

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”. (Asy-Syuraa :38)


Etika Kerja 5:
Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah yang bermaksud :

'Tiada ada paksaan dalam agama (Islam)’. (Al-Baqarah : 256)

Juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan". (Al-Maidah : 8)

Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat

tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam. Di samping itu, sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia." (Riwayat Al-Baihaqi)


Kesimpulan

Sebagai sebuah negara yang mengakui di dalam perlembagaan bahawa Islam itu ialah agama rasminya, Malaysia sudah semestinya terus menerus meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap bidang kegiatan kerajaan. Namun demikian oleh kerana segala kegiatan kerajaan itu melibatkan manusia maka sewajarnya setiap

pekerja (termasuk pekerja lain-lain) diberi bimbingan khusus dari semasa ke semasa untuk melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam.

Dari pihak pekerja sendiri, mereka hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat. Wajarlah bagi setiap pekerja

menghayati firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’. (Al-An’am : 153)


"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011