Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label PROGRAM PRAGMATIS. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM PRAGMATIS. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

BERITA PRAGMATIS NOVEMBER 2012

Salam 1Malaysia,

1. Menjelang hujung tahun 2012 dan ketibaan tahun 2013 ini PRAGMATIS sedang merancang untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM Kali Pertama yang akan dilaksanakan pada penghujung Disember 2012 atau selewatnya Januari 2013. 

Program ini dijangka akan diadakan di Restauran Berputar Seri Angkasa (KL Tower) yang menjanjikan panorama terbaik bandar KL. Program ini bakal diterajui saudara Marwan Tahir untuk itu sesiapa yang mempunyai cadangan dan berhasrat membantu menjayayakan program ini boleh menghubungi beliau nanti.



2. PRAGMATIS juga telah mendapat mandat dari Pengurusan Tertinggi USIM untuk melakukan semakan, kajian dan mengemukakan cadangan semula pelaksanaan Waktu Kerja Anjal di USIM

Untuk makluman perkara ini dibangkitkan Presiden PRAGMATIS sewaktu mesyuarat bersama jabatan (MBJ) hasil respon dan permintaan ahli bertujuan menjaga kebajikan semula. 

Kajian dan semakan semula ini diterajui Saudara Mazilan Rambli yang dijangka akan dikemukakan selewatnya pada awal tahun hadapan kepada Pengurusan Tertinggi USIM. Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan dan berhasrat membantu menjayayakan usaha ini boleh menghubungi beliau nanti.



3. Sewaktu mesyuarat bersama jabatan (MBJ) lalu juga beberapa cadangan PRAGMATIS telah diterima oleh pengurusan tertinggi seperti berikut:
  • Isu elaun telefon bimbit - hasil : semakan semula kemampuan memenuhi tuntutan ini oleh Bendahari USIM)
  • isu design, imej korporat dalam tempahan blazer USIM hasil : dipersetujui perbincangan PRAGMATIS dengan oleh jabatan Pendaftar
  • Isu pembiayaan business-card - hasil USIM bersetuju dan mengeluarkan pekeliling membiayai business card
Untuk itu semua ahli diminta agar dapat menyalurkan cadangan kepada PRAGMATIS berkaitan isu pentadbiran, kebajikan dan berkaitan kepentingan USIM agar dapat disuarakan dan disampai kepada Pihak Pengurusan secara terus menerusi mesyuarat bersama jabatan (MBJ). Untuk itu sahabat sekalian boleh mengirimkan e-mel kepada En. Salehudin Sukor atau En. Syafful Annuar Sarani cadangan/pandangan atau isu yang ingin dikemukakan.

4. Untuk pengetahuan semua PRAGMATIS kini merupakan "penggerak utama" MASTI dengan mendapat penghormatan dilantik sebagai Sekretariat Tetap Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI) dan Presiden MASTI telah dilantik sebagai Setiausaha MASTI.

PRAGMATIS menerusi MASTI kini "meneraju" gerakan memperkasa dan memartabatkan skim perkhidmatan pegawai tadbir dan ikhtisas di seluruh Universiti melalui pelbagai Platform dan yang terkini menerusi penglibatan dalam memberikan input mewujudkan Sistem Saraan Univesiti (SSU).

Untuk itu PRAGMATIS kini memiliki hubungan erat dengan pihak seperti Majlis Pendaftar IPTA, CUEPACS, KPT dan semua Persatuan Pegawai di IPTA/S. Asas isu yang di perjuangkan MASTI adalah KEBAJIKAN PEGAWAI Universiti seperti berikut :
  • Sistem perkhidmatan yang memberikan ruang kenaikan pangkat tanpa sekatan dan halangan yang mana kenaikan pangkat sekarang bergantung kepada kekosongan jawatan yang hanya berlaku jika penyandang BERHENTI, MENINGGAL DUNIA atau hanya bila MENDAPAT WARAN BARU DARI JPA. - Senario sekarang RAMAI PEGAWAI yang memiliki prestasi baik tidak dapat naik pangkat atas alasan tiada position atau kekosongan hingga ada yang kekal statik dengan jawatan 41 atau 44 bertahun lamanya hingga ada kes hingga mencapai 15 tahun.
  • Sistem perkhidmatan yang menggabungkan (hybrid) ciri Performance Base dan Time Base dalam kenaikan pangkat yang akhirnya dapat menjamin MENJAGA KEBAJIKAN dan MASA DEPAN pegawai di universiti menerusi laluan karier yang DIJAMIN.
  • Mengguna pakai model KUBAH dalam memposisikan perjawatan berbanding sistem PIRAMID sekarang ini.
  • Sistem perkhidmatan yang memberikan ganjaran/gaji yang setara dengan HDI-Human Development Index MALAYSIA agar dapat menampung kos seharian.
Untuk itu kami memohon sokongan semua bukan sahaja sahabat PRAGMATIS di USIM malah sahabat dan rakan pegawai di seluruh IPTA dalam usaha ini. Isu dan soal KEBAJIKAN kakitangan di Universiti telah lama TERPERAP dan TERPENDAM kini sudah tiba masanya kita bergandingan bersama memperbaiki sistem sedia ada dan membantu kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat. Moga dengan doa dan ingatan semua perkara ini akan berjaya dilaksanakan.

Untuk itu kepada rakan dan sahabat bukan sahaja sahabat PRAGMATIS di USIM malah sahabat dan rakan pegawai di seluruh IPTA boleh mengemukan cadangan, pendapat dan sokongan menerusi emel ini : pragmatis.usim@gmail.com

5. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dari sahabat semua untuk kita sama-sama merancang Program PRAGMATIS 2013. Untuk itu diharapkan rakan dan sahabat ahli PRAGMATIS semua dapat menghantarkan cadangan menerusi e-mel kepada En. Salehudin Sukor atau En. Syafful Annuar Sarani untuk disenarai dan diperbincangkan.

KITA TELAH MERANCANG
NAMUN SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MAHA MERANCANG 
DAN PERANCANG ALLAH JUALAH YANG SEBAIK-BAIKNYA

Wednesday, May 23, 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN PRAGMATIS USIM MENEWASKAN KELAB VETERAN USIM

.
  "KAN TERUS MEMBELA MARUAH KITA"

Sejarah telah tercipta apabila Kelab Pragmatis FC yang diketuai oleh Sdr. Marwan (kapten) telah memperolehi kemenangan sulung dengan penuh bergaya mengatasi Kelab Veteran USIM dengan kemenangan penuh bergaya 5 - 1.

Thursday, April 19, 2012

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PTM FC MENENTANG PRAGMATIS FC



Perlawanan Persahabatan Bola sepak Pragmatis FC menentang PTM FC pada 3 April lalu bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihan menyaksikan satu perlawanan sengit yang mana penguasaan keseluruhan perlawanan didominasi secara seimbang di antara kedua-dua pasukan. 

Walaupun Pragmatis FC baru sahaja ditubuhkan dan baru berbanding PTM FC yang sudah bertaraf kelab "veteran" dalam liga profesional USIM, pemain Pragmatis USIM dilihat mampu menyaingi PTM FC dengan dikemudi oleh kapten pasukan Sdr Marwan serta digerakkan menerusi midfielder (MC) berpengalaman Sdr Hammad Farhi... manakala jentera serangan di pertajamkan dengan pemain kelahiran US (kelantan) Mr. Shah "Drogba" yang mendominasi larian-larian licik lagi mengelirukan melepasi pertahanan lawan.

Namun begitu Pragmatis agak goyah dengan ketiadaan penyerang veteran berbisa iaitu Tuan Haizuan (Pendaftar USIM) menyebabkan Pragmatis FC gagal memecah kebuntuan gol.

Pelawanan berkesudahan PTM FC menang ke atas Pragmatis FC dengan jaringan 5-0

Apapun kepada semua pemain, rakan, sahabat dan keluarga serta penyokong yang hadir terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Walau tewas Pragmatis tetap menang dengan kejayaan mengumpul rakan-rakan untuk hadir dan menyertai perlawanan persahabatan ini seterusnya mengaktifkan budaya hidup sihat menerusi sukan.

Akhir kalam, Majulah Sukan Untuk Negara!
Pantang Menyerah! Kita Teruskan Perjuangan !



Monday, March 26, 2012

PROGRAM SUMBANGSARAN INTELEKTUAL IPTA MENDAPAT LIPUTAN MELUAS



Program Sumbangsaran Intelektual IPTA yang telah berlansung pada 23 Mac 2012 telah mendapat liputan meluas Media Massa. Berita dipetik daripada Bernama dan sehingga kini antara akhbar lain yang turut memetik berita yang sama adalah Berita Harian dan juga The Star Online.

Liputan berita mengenai program ini turut disiarkan di Berita jam 8 TV ALHIJRAH pada 24 Mac 2012

PETIKAN BERITA BERNAMA
Cuepacs Mahu JPA Keluarkan Segera Pekeliling Pelarasan Gaji
NILAI, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.


"Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.


"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini.


Pada 8 Mac lepas , Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.


Omar berkata jika JPA lambat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru selain perlu membayar tunggakan gaji yang lebih tinggi pada masa hadapan.


Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja dari 23 kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs.


"Kita sudah ada semua kertas kerja dan memorandum yang diberikan kepada kita dari 23 agensi termasuk tentera dan polis. Kita sedang menunggu penubuhan suruhanjaya itu sahaja, kita mahu tahu siapa pengerusinya dan kita mahu dalam bulan ini ia sudah terbentuk.


"Jadi kita minta pejabat Ketua Setiausaha Negara mempercepatkan penubuhan suruhanjaya tersebut sebelum 31 Mac ini sebab April depan kita mahu bersidang," katanya.


Omar berkata Cuepacs berharap perbincangan bersama suruhanjaya itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dan satu skim baru dapat diperkenalkan bagi menggantikan SSM yang kini hanya bersifat sementara.


Program Sumbangsaran Intelektual IPTA tersebut dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA dengan kerjasama Cuepacs bertujuan menambah baik sistem tadbir urus IPTA selain mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA.


Sebanyak 20 IPTA menghantar perwakilan persatuan dan kumpulan pegawai tadbir masing-masing pada program yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia di sini.


Pada majlis itu Omar menerima memorandum daripada Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA yang mengandungi saranan dan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas seluruh IPTA.


-- BERNAMA

http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuepacs-mahu-jpa-cepatkan-pekeliling-pelarasan-gaji-1.34732

Friday, March 23, 2012

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM SUMBANGSARAN INTELEKTUAL KEBANGSAAN IPTA

Sidang Media
















Perbincangan Memorandum














Penyampaian Cenderamata
















Penyampaian Memorandum MASTI kepada CUEPACS














Gambar delegasi Persidangan















Penelitian Memorandum oleh Presiden CUEPACS
















Perdebatan Hangat Oleh Wakil dari UMS













Sebahagian dari peserta program















Sebahagian dari peserta program














Dewan Senat USIM sesak dengan peserta
















Ucapan Perasmian YBhg Tuan Pendaftar USIM













Sambutan AMAT BAIK dari rakan-rakan pemimpin persatuan pegawai IPTA














Montaj














Sambutan kehadiran Presiden CUEPACS













Wajah-wajah delegasi

100 PERWAKILAN PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS

NILAI 23 Mac – Seramai 100 perwakilan Persatuan dan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun di Universiti Sains Islam Malaysia hari ini bersempena dengan Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA “Transformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA”. Turut hadir pada program ini Presiden CUEPACS, Y.Bhg. Dato’ Hj. Omar Osman.

Program anjuran Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Institusi Pengajian Tinggi Awam (MASTI) dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ini adalah bertujuan untuk menambah baik sistem tadbir urus dan governan serta menyelaras sistem penyampaian (delivery system) IPTA.

Selain itu juga, objektif penganjuran program ini adalah bagi mengukuhkan dan menyebarluaskan jaringan kerjasama (networking) di kalangan Pegawai Tadbir Sektor Pengurusan & Profesional serta Ikhtisas IPTA disamping menyeragamkan prosedur dan proses kerja dalam pengurusan dan pentadbiran.

Dalam pada itu, satu memorandum mengandungi saranan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Seluruh IPTA turut diserahkan kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Omar Osman untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan.

Memorandum yang mempunyai sembilan cadangan penambahbaikan ini antara lain adalah bertujuan untuk mentransformasikan Skim Perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Oleh:
Khairul Azizi Elias

Monday, March 19, 2012

JEMPUTAN PROGRAM SUMBANGSARAN INTELEKTUAL PERINGKAT IPTA


Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) akan menganjurkan Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA bertajuk ”Transformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA”.

Sehubungan itu, sukacitanya pihak kami menjemput 5 orang wakil Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas dari setia IPTA untuk HADIR dan menjayakan program ini seperti berikut:

Tarikh : 23 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Mohd Akashah Abd Rashid (06-798 8039 : akashah@usim.edu.my) atau Encik Zulfadhli Hamzah (06-798 8026 : zulfadhli@usim.edu.my).

Monday, February 7, 2011

USIM PRIHATIN - MISI SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR GEMAS

Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan misi sukarelawan bantuan banjir ke Gemas, Negeri Sembilan pada 13 Februari 2011 (Ahad) ini dengan melibatkan anggota SISPA, Smart Team USIM dan penglibatan Kakitangan serta pelajar USIM.

Dijangkakan dengan kekuatan seramai 120 sukarelawan, misi utama adalah untuk memberikan bantuan pasca bencana banjir yang melanda kawasan Gemas, Negeri Sembilan.

PRAGMATIS akan turut menghantar sukarelawan terdiri dari Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM dalam misi ini sebagai salah satu cara memberikan semula sumbangan dan jasa bakti terhadap masyarakat Negeri Sembilan yang begitu erat ikatan bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM.

Sesungguhnya usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini harus diberikan sokongan yang terbaik terutama bagi melestarikan penglibatan Universiti & masyarakat terutama di Negeri Sembilan.

Sehubungan itu PRAGMATIS menyeru kepada rakan dan sahabat warga USIM untuk mendaftarkan diri bagi menyertai program ini seterusnya mempamerkan citra USIM yang sememangnya prihatin dan hampir dengan masyarakat.

Berikut antara gambar bencana banjir di Gemas:-







"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"

Tuesday, November 9, 2010

UCAPAN TAKZIAH

PRAGMATIS USIM MENGUCAPKAN TAKZIAH

KEPADA SAHABAT KITA SAUDARA MOHD SYAIFOOL EIDZZWAN BIN A HALIM YANG MANA BAPA BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA MINGGU LALU.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEPADA ROH ALLAHYARHAM DAN DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN. AMIN

AL-FATIHAH...

Saturday, September 4, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PRAGMATIS BERSAMA PENDAFTAR BERJAYA


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia.

Pada 2 September 2010 (khamis) lalu bertempat di bilik latihan dataran selera bermula jam 6.30 petang telah diadakan Program Berbuka Puasa PRAGMATIS 1431H bersama Pendaftar USIM.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah SWT kerana Program Berbuka Puasa PRAGMATIS 1431H bersama Pendaftar USIM telah berjaya dilaksanakan. lebih 60 Pegawai & Keluarga telah hadir memeriahkan majlis ini.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua Pegawai dan keluarga yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan seterusnya hadir bersama-sama bagi menjayakan majlis ini.

Semoga kita terus dapat memberikan sokongan terhadap program PRAGMATIS pada masa hadapan. Selamat berpuasa dan salam lebaran.

Terima Kasih

"PRAGMATIS Memimpin & meneraju Kecemerlangan"


Thursday, August 19, 2010

JEMPUTAN PENYERTAAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS USIM


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia.

Adalah dimaklumkan PRAGMATIS akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 September 2010 (Khamis)
Masa : 6.30 petang - 8.15 malam
Tempat : Bilik Latihan Dataran Selera USIM.
Tetamu Kehormat : Pendaftar USIM

Seluruh Kakitangan USIM yang terdiri dari Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM dan keluarga dijemput menyertai majlis ini.

Bagaimana ingin sertai mudah sahaja... Cetak dan isikan borang penyertaan yang diedarkan menerusi webmail USIM, kemudian menyerahkan borang dan membuat bayaran kepada wakil memungut bayaran PRAGMATIS. Anda akan menerima keratan kupon untuk dibawa semasa majlis.


Tujuan Utama Program adalah seperti berikut :-
1. Merapatkan hubungan ukhwah dikalangan Pegawai Pentadbir dan Keluarga Kakitangan Pengurusan & Profesional USIM.
2. Berbuka puasa bersama-sama dalam suasana muhibbah dan silaturrahim.
3. Sebagai platform penyatuan wadah dan pemikiran serta pembentukan semangat keserakanan dikalangan Pegawai Pengurusan & Profesional USIM.

Nasi Arab

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia berikut :-
Encik Salehudin - 8055
Encik Zulfadli - 6463
Encik Akashah - 8039
Encik Syafful - 6204

Maklumat lanjut Program adalah seperti berikut:-

A) Bayaran Penyertaan
1. Pegawai & Pasangan (sahaja) - RM 28.00
2. Kanak-Kanak 6 sehingga 15 tahun - RM 8.00
3. Individu (per pax) - RM 15.00
4. Kanak-Kanak 5 tahun dan kebawah - PERCUMA


Assorted Fruit ... sweet & fresh!

B) Menu Cadangan (tertakluk kepada perubahan akhir)
1. Nasi Arab Special
2. Kuih 3 Jenis
3. Murtabak
4. Mee Goreng
5. Air Sejuk & Panas (kopi & Tea)
6. Kurma
7. Buah-Buahan
8. Agar-Agar
9. Air Kosong

C) Wakil Memungut Bayaran Penyertaan
1. Encik Akashah (Jab Canselori) - P&P Bangunan Canselori
2. Encik Mohd Helmi Mansor (Library) - P&P Perpustakaan
3. Encik Shahrol Nizam (Pembangunan) - P&P JPPF & Keselamatan
4. Encik Hazrol Fareza (HEP) - P&P HEP & Pusat Sukan
5. Encik Syafaat Shapawi - P&P Fakulti
6. Encik Razman (INFAD) - P&P Pusat-Pusat & COE
7. Encik Amirul Falanie (PPITM) - P&P PPITM & Penerbitan
8. Cik Hanan Ismail (FPg) - P&P Kampus Pandan Indah

* pegawai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan yang diedarkan menerusi web mail. Seterusnya menyerahkan borang dan melakukan pembayaran kepada wakil pemungut bayaran.


D) Aturcara Majlis
6.30 petang - Ketibaan Jemputan & Tetamu
6.45 petang - Ketibaan Pendaftar USIM
6.50 petang - Aluan Majlis oleh MC
6.55 petang - Ucapan Presiden Penaja PRAGMATIS
7.05 petang - Ucapan Pandaftar USIM
7.20 petang - Persiapan berbuka
7.21 petang - Azan & Bacaan Doa Berbuka Puasa
- Berbuka Puasa / Solat Maghrib / Jamuan
8.30 Malam - Bersurai


Thursday, August 5, 2010

SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR


LATAR BELAKANG & SEJARAH PENUBUHAN USIM

Penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) adalah kemuncak kejayaan kepada impian dan aspirasi untuk menubuhan sebuah Universiti Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.

Cadangan penubuhan Universiti ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada awal Jun 1997 dan telah diwartakan pada bulan Mac 1998 melalui sebuah pasukan khas yang terdiri daripada Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin bagi menggerakkan idea penubuhan USIM ini kepada realiti.

Kini, USIM adalah satu-satunya IPTA yang memberi peluang kesinambungan pengajian tinggi kepada lepasan sekolah menengah agama sejak 10 tahun yang lepas.

Bermula dengan jumlah pelajar sulung seramai 255 orang pelajar, kini jumlah enrolmen pelajar USIM telah melebihi 7000 orang yang akan terus bertekad mengorak langkah ke abad seterusnya. Sehingga kini, USIM telah melahirkan lebih daripada 4000 graduan.

TUJUAN PROGRAM

Oleh yang demikian, majlis syarahan ini diadakan dengan tujuan untuk mengingati hasrat dan perjuangan pembukaan USIM

Mendapatkan buah fikiran serta cetusan idea daripada tokoh yang berpengalaman untuk memandu USIM dalam mengorak langkah seterusnya dengan mengambil kira realiti dan cabaran Institusi Pengajian Tinggi berteraskan Islam dalam era globalisasi masakini.


ATURCARA MAJLIS SYARAHAN PERDANA SEMPENA 10 TAHUN USIM
OLEH YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

TAJUK : “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam: Antara Realiti & Cabaran Masa Depan”

8.00 pagi : Ketibaan tetamu
8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
8.45 pagi : Ketibaan tetamu kehormat & dif jemputan
9.00 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda
Naib Canselor USIM
9.15 pagi : Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
: Nyanyian lagu Negaraku dan USIM Terus Maju
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda,
Naib Canselor USIM
9.30 pagi : Syarahan Perdana oleh :YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
: Penyampaian Cenderamata
: Jamuan
10.30 pagi : Bersurai

Sehubungan itu kesemua rakan-rakan pegawai USIM adalah dijemput hadir bagi mendengar amanat dari tokoh yang begitu disegani ini agar tutur kata, nasihat dan buah fikiran beliau dapat kita ambil sebagai panduan kita dalam usaha memperkasakan USIM.

"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"
.

Thursday, July 22, 2010

KONSERT DEMIMU AL-AQSA BERJAYA



Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izinnya Konsert Demi Mu Al-Aqsa telah dianjurkan dnegan jayanya. Lebih 3,500 ummat Muhammad telah hadir ke konsert ini yang mana telah berjaya menzahirkan kesedaran Ummah bahawa isu Palestin terutamanya bagi membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tangan rejim Zionis Israel.

Konsert ini merupakan projek kerjasama sulung PRAGMATIS USIM dengan badan di luar USIM yang mana PRAGMATIS telah mengusahakan penjaan CELCOM dan tajaan penggunaan Stadium Tertutup Nilai oleh USIM bagi penganjuran Konsert ini serta bantuan logistik dan persiapan tempat.


Sesungguhnya benarlah janji Allah SWT bahawa Allah akan mempermudah dan membantu usaha baik yang kita lakukan terutama usaha yang mendokong dan memartabatkan syiar Islam. Bermula dengan mesyuarat tergempar PRAGMATIS akibat insiden serangan Rejim Zionis Israel atas insiden keatas kapal Mavi Marmara, PRAGMATIS terus mengorak langkah dengan usaha membawa kertas cadangan kepada pengurusan Universiti untuk PRAGMATIS menggerakkan usaha kesedaran berkaitan isu Kemanusiaan di Palestin.



Dimulakan dengan tindakan penyebaran Risalah mengutuk serangan Rejim Zionis Israel atas insiden keatas kapal Mavi Marmara, diikuti Kejayaan penganjuran Forum Perdana Palestin dan dengan kemuncak kejayaan penganjuran konsert Demi Mu Al-Aqsa telah membuka lembaran baru untuk PRAGMATIS bukan sahaja bergerak aktif di dalam USIM malahan dapat menyumbang bakti serta mengharumkan nama USIM diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Segalanya dipermudahkan Allah dengan hadirnya rakan dan sahabat NGO dan pihak Korporat bagi membantu usaha murni ini.

Konsert ini telah dimulakan dengan gabungan persembahan lakonan dan nyanyian Kumpulan Nasyid Interacksee (Pelajar USIM) dan kumpulan teater kakitangan USIM. Diteruskan dengan persembahan mantap Kumpulan MESTICA, DAIE dan Bacaan Sajak Oleh Saudari Nisah Haron. Disemarakkan kemudiaanya oleh persembahan bersemangat Kumpulan Shaoutul Harokah yang didatangkan khas dari indonesia yang kemudiannya diserikan oleh bacaan sajak oleh Dr Lim Siew Tim serta diakhiri sesi penyampaian sumbangan.



PRAGMATIS mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan dari AMAN Palestin, PEMBINA, ISMA, KRISS, CELCOM dan rakan-rakan dari pelbagai agensi dan pertubuhan lain atas kejayaan penganjuran konsert ini.


Kepada hadirin yang hadir ke konsert ini terima kasih diucapkan dan sesungguhnya kehadiran saudara/saudari sedikut sebanyak telah menyumbang kearah gerakan kemanusiaan di Palestin dan usaha pembebasan Al-Aqsa masjid suci ummat Islam.

Kepada rakan-rakan PRAGMATIS USIM jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong kepada kita untuk lebih gigih berusaha disamping merapatkan uhkwah dan melebarkan lagi jaringan yang ada serta memandang potensi lebih besar yang boleh kita capai menerusi PRAGMATIS ini.

Semoga rakan dan sahabat akan dapat terus bersama-sama memberikan sokongan ke atas usaha dan program yang dilaksanakan PRAGMATIS pada masa hadapan.

Terima Kasih

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"


.

Saturday, July 17, 2010

FORUM PERDANA PALESTIN BERJAYA


Salam ukhwah,
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah... ForumPerdana Palestin "Cabaran & Peranan Kita" yang berlangsung tadi telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya... Lebih 600 Kakitangan dan Pelajar telah menghadirkan diri bagi mendengar dan berkongsi pandangan bersama panel forum berkaitan Isu Palestin ini.

Mungkin tiada ungkapan kata atau penulisan tinta yang dapat menggambarkan ilmu serta penghayatan yang diperolehi menerusi forum ini... hanya yang hadir sahaja dapat merasakan betapa hati naluri ini terpanggil untuk menyumbang demi Palestin dan betapa semangat tersemai bahawa isu Palestin bukan isu terpencil bahkan isu ummah yang harus kita perjuangkan bersama.

Betapa perasaan bercampur baur antara hiba, sedih, marah dan simpati atas penganiayaan yang dilakukan Israel laknatullah terhadap saudara kita di Palestin... gambar-gambar menyayat hati... gambar yang memaparkan kekejaman Rejim Zionis Israel... gambar anak-anak yatim piatu... serta segala kesedihan, penderitaan, ketabahan dan semangat serta kisah rakyat Palestin disampaikan begitu baik oleh panelis forum ini... betapa hati-hati ini tersentuh dan dan menginsafi bahawa kerdilnya ujian Allah buat kita jika dibandingkan ujian yang sedang dihadapi ummah di Palestin.

Betapa anak-anak Palestin menderita dan zaman kanak-kanak mereka musnah akibat kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga... Betapa anak-anak ini telah menjadi lebih dewasa dan matang berbanding usia mereka demi untuk terus 'survived' dalam situasi genting sebegitu... betapa akhlak mereka dipelihara Allah walau kehilangan didikan ibu serta ayah dan keluarga mereka...


Ditambahkan pula dengan penceritaan pengalaman sendiri oleh 2 panelis yang merupakan sukarelawan yang terlibat dalam insiden Mavi Marvara diserang tentera komando Israel... mendedahkan segala kekejaman dan taktik keji Israel laknatullah demi menjajah dan memusnahkan negara Palestin. Segala pendedahan ini membuatkan penghayatan hadirin terhadap isu ini begitu mendalam sekali...

PRAGMATIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada panels forum ini iaitu Tuan Haji Jamuluddin Elias (yayasan Amal), Encik Mustafa Mansor (MAPIM) dan Puan Hashimah Salleh (AMAN Palestin) serta moderator forum ini Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin (Aman Palestin) kerana menjayakan forum ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas sumbangan besar kalian dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dibumi Anbiya' ini.

PRAGMATIS turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan dan para pelajar yang telah hadir memberikan sokongan terhadap program ini. Semoga manfaat dan ilmu yang diperolehi dapat disebarkan agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita seharian. Semoga anda terus dapat memberikan sokongan terhadap program yang bakal dianjurkan lagi oleh PRAGMATIS.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan buat sahabat seperjuangan dari urusetia AMAN Palestin, PEMBINA dan PRAGMATIS atas sumbangan dan jasa bakti semua bagi menjayakan forum ini.

Temu janji kita yang seterusnya adalah pada Konsert Demi Mu Al-Aqsa yang akan berlangsung esok (17 Julai 2010) jam 8.00 malam di stadium tertutup nilai. Tiket berharga RM 10.00 sahaja dan boleh didapati di agen tiket di LINK INI (sila Klik). Kesemua kutipan akan disalurkan kepada kerja-kerja kemanusiaan Palestin dan anggaplah kehadiran menerusi pembelian tiket itu merupakan sumbangan saudara/saudari semua demi perasaan cinta terhadap bumi Palestin.

Sesungguhnya segala kebaikan dan kejayaan penganjuran Program Forum ini adalah dari Allah SWT... segala kekurangan dan kelemahan penganjuran forum ini adalah dari kami. Urusetia PRAGMATIS USIM memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan ini. InsyaAllah dengan izin Allah... murahnya rezeki, umur yang panjang dan pertemuan yang ditakdirkan kita akan bertemu lagi pada program yang akan datang... Wassalam.

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"
.
.

Tuesday, July 13, 2010

KONSERT DEMIMU AL-AQSA

Salam 1 Malaysia,
Salam Ukhwah.


SEMUA ADALAH DI JEMPUT HADIR KE KONSERT DEMI MU AL-AQSA...
SEBAGAI MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN TERHADAP ISU PALESTIN DISAMPING MENIKMATI PERSEMBAHAN...


MAKLUMAT KONSERT

Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat Stadium Tertutup Nilai
Anjuran Bersama : ISMA, PEMBINA, AMAN PALESTIN, KRISS dan PRAGMATIS

* Hadirin boleh bersolat Maghrib di Surau dibahagian dalam Stadium Tertutup Nilai.

HARGA TIKET

Tempat Duduk VIP - RM 30.00
Tiket Dewasa dan Pelajar IPT - RM 10.00
Pelajar Menengah - RM 8.00
Kanak-Kanak - Percuma

AGEN TIKET

Seremban
1. Klinik Iman, Taman Pinggiran Golf (06-679 7907)
2. Klinik Amal, Senawang
3. Omar Kassim (019-3091820)

Kuala Pilah
1. Pilah Perdana Store, Sdr. Rusdi (019-3718974)

Port Dickson
1. Yakin Mart, Lukut, Sdr Nik (013-6806687)
2. UNITI, Ust Umair -019-6343470

Nilai
1. USIM – Sdr Adzim – 019-6107108
2. UIA – Sdr Muntaziri – 019-36632893
3. PRAGMATIS - Sdr Salehudin - 012-2009493

Gombak
1. Ust Khairul Shazwan – 019-3649941

Melaka
1. Mohd Aizat – 0132197270

KUMPULAN NASYID TERLIBAT
Dari Indonesia kumpulan yang sememangnya terkenal dengan nasyid berkonsepkan semangat dan perjuangan serta isu-isu Palestin - KUMPULAN SHOUTUL HAROKAHDari Malaysia kumpulan yang tidak asing lagi seperti MESTICA & DAIE serta dari pada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kumpulan INTRACKSEE.


DEKLAMASI SAJAK DAN PUISI

Tokoh yang tidak asing lagi Dr. Lim Swee Tin (Pensyarah UPM) dan Saudari Nisah Haron (penulis bebas)

PIDATO PALESTIN
Pidato ringkas menyentuh isu Palestin ini akan disampaikan oleh saudara Zaizul Azizi Zaman selaku Presiden PEMBINA - Persatuan Belia Islam Nasional.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Tayangan multimedia keadaan dan isu serta cabaran penduduk Palestin akan dipaparkan sebagai maklumat terkini realiti sebanar dari Palestin.

KUTIPAN DERMA
Aman Palestin akan menganjurkan kempen & kutipan derma 'demi mu Palestin' dan hadirin boleh menyumbang seikhlas-nya demi membela nasib saudara kita di Palestin.

PAMERAN
Aman Palestin akan mempamerkan sejarah, fakta dan gambar penting berkaitan peristiwa Palestin ini sebagai usaha meningkatkan kefahaman tentang Isu sebanar yang dihadapai ummat Islam berkaitan Palestin dan Al-Aqsa sebenarnya.

JUALAN

Terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan makan minum disediakan dan bagi yang berminat mendapatkan cenderamata berkaitan Palestin boleh mendapatkannya dalam jualan pada konsert ini.

ATURCARA KONSERT

7.20 mlm Solat Maghrib
7.45 mlm Kehadiran penonton.
8.00 mlm Nasyid Perjuangan – Intracksee dan Daie
8.15 mlm Ucapan Pengerusi Aman Palestin
8.25 mlm Nasyid Perjuangan – Kumpulan Mestica
8.45 mlm Tayangan multimedia
8.55 mlm Sajak – Puan Nisah Haron
9.05 mlm Nasyid Perjuangan Shoutul Harokah
9.25 mlm Pidato Palestin
9.35 mlm Tayangan Multimedia
9.45 mlm Sajak & lagu latar– Dr Lim Swee Tin
10.00 mlm Kutipan Dana & Sumbangan Cek
10.10 mlm Tayangan Multimedia
10.30 mlm Nasyid Shoutul Harokah
Shoutul Harokah + Mestica + Daie
11.05 mlm Bersurai.


FORUM PERDANA PALESTIN - "CABARAN DAN PERANAN KITA"

JEMPUT HADIR SEMUA KE FORUM PERDANA PALESTIN - CABARAN DAN PERANAN KITA ANJURAN PRAGMATIS USIM DENGAN KERJASAMA AMAN PALESTIN

MAKLUMAT FORUM SEPERTI DIBAWAH INI :-

Sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi "flotilla Pembebasan Palestin" dan peristiwa berdarah serangan Israel keatas kapal Mavi Marmara bergambar bersama TPM selepas selamat tiba di KLIA

Sukarelawan malaysia bergambar dihadapan kapal Mavi Marmara

Sukarelawan Malaysia selepas pembebasan dari tahanan Israel

Sukarelawan Malaysia diatas kapal Mavi Marmara

PRAGMATIS USIM akan menganjurkan forum sebagai tanda sokongan terhadap isu kemanusiaan Palestin dengan kerjasama AMAN PALESTIN. Seluruh warga USIM dan masyarakat adalah dijemput hadir ke majlis ilmu ini untuk mendengar perkongsian berkaitan isu Palestin yang smemangnya meruntun hati seluruh ummat Islam.


Tuan Haji Jamuliddin disambut sebaik tiba di KLIA selepas peristiwa serangan berdarah Israel terhadap kapal Mavi Marmara

Forum ini akan menampilkan panelis yang hebat-hebat belaka terutama tokoh dari AMAN Palestin yang terlibat terus terhadap misi kemanusiaan Palestin. Selain itu panelis istimewa merupakan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam konvoi 'Flotilla' dalam kapal Mavi Marmara yang telah diserang ganas rejim zionis Israel.

Di KLIA Sebelum bertolak ke Turki bagi menyertai misi "flotilla Pembebasan Gaza"


Berikut maklumat berkaitan forum ini :

Tajuk : Forum Perdana Palestin "Cabaran Dan Peranan Kita
Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), USIM, Nilai

Moderator : Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin
Aktivis Palestin, NYDP ISMA Seremban, Aman Palestin, Tim. Dekan IMU

Panelis : Jamuluddin Elias
Aktivis Palestin , Yayasan AMAL,
Sukarelawan Dalam Kapal Mavi Marmara - Diserang Israel

: Mustafa Mansor
Aktivis Palestin, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sukarelawan Dalam Kapal Mavi Marmara - Diserang Israel

: Hashimah Salleh
Aktivis Palestin, Aman Malaysia
Tokoh Maulidur Rasul Selangor 2008

Maklumat Lain : Semua dijemput hadir, Masuk Percuma



Mustafa Mansur

Hashimah Salleh

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011