Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label PETIKAN BERITA PENTING. Show all posts
Showing posts with label PETIKAN BERITA PENTING. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

BERITA PRAGMATIS NOVEMBER 2012

Salam 1Malaysia,

1. Menjelang hujung tahun 2012 dan ketibaan tahun 2013 ini PRAGMATIS sedang merancang untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM Kali Pertama yang akan dilaksanakan pada penghujung Disember 2012 atau selewatnya Januari 2013. 

Program ini dijangka akan diadakan di Restauran Berputar Seri Angkasa (KL Tower) yang menjanjikan panorama terbaik bandar KL. Program ini bakal diterajui saudara Marwan Tahir untuk itu sesiapa yang mempunyai cadangan dan berhasrat membantu menjayayakan program ini boleh menghubungi beliau nanti.



2. PRAGMATIS juga telah mendapat mandat dari Pengurusan Tertinggi USIM untuk melakukan semakan, kajian dan mengemukakan cadangan semula pelaksanaan Waktu Kerja Anjal di USIM

Untuk makluman perkara ini dibangkitkan Presiden PRAGMATIS sewaktu mesyuarat bersama jabatan (MBJ) hasil respon dan permintaan ahli bertujuan menjaga kebajikan semula. 

Kajian dan semakan semula ini diterajui Saudara Mazilan Rambli yang dijangka akan dikemukakan selewatnya pada awal tahun hadapan kepada Pengurusan Tertinggi USIM. Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan dan berhasrat membantu menjayayakan usaha ini boleh menghubungi beliau nanti.



3. Sewaktu mesyuarat bersama jabatan (MBJ) lalu juga beberapa cadangan PRAGMATIS telah diterima oleh pengurusan tertinggi seperti berikut:
  • Isu elaun telefon bimbit - hasil : semakan semula kemampuan memenuhi tuntutan ini oleh Bendahari USIM)
  • isu design, imej korporat dalam tempahan blazer USIM hasil : dipersetujui perbincangan PRAGMATIS dengan oleh jabatan Pendaftar
  • Isu pembiayaan business-card - hasil USIM bersetuju dan mengeluarkan pekeliling membiayai business card
Untuk itu semua ahli diminta agar dapat menyalurkan cadangan kepada PRAGMATIS berkaitan isu pentadbiran, kebajikan dan berkaitan kepentingan USIM agar dapat disuarakan dan disampai kepada Pihak Pengurusan secara terus menerusi mesyuarat bersama jabatan (MBJ). Untuk itu sahabat sekalian boleh mengirimkan e-mel kepada En. Salehudin Sukor atau En. Syafful Annuar Sarani cadangan/pandangan atau isu yang ingin dikemukakan.

4. Untuk pengetahuan semua PRAGMATIS kini merupakan "penggerak utama" MASTI dengan mendapat penghormatan dilantik sebagai Sekretariat Tetap Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI) dan Presiden MASTI telah dilantik sebagai Setiausaha MASTI.

PRAGMATIS menerusi MASTI kini "meneraju" gerakan memperkasa dan memartabatkan skim perkhidmatan pegawai tadbir dan ikhtisas di seluruh Universiti melalui pelbagai Platform dan yang terkini menerusi penglibatan dalam memberikan input mewujudkan Sistem Saraan Univesiti (SSU).

Untuk itu PRAGMATIS kini memiliki hubungan erat dengan pihak seperti Majlis Pendaftar IPTA, CUEPACS, KPT dan semua Persatuan Pegawai di IPTA/S. Asas isu yang di perjuangkan MASTI adalah KEBAJIKAN PEGAWAI Universiti seperti berikut :
  • Sistem perkhidmatan yang memberikan ruang kenaikan pangkat tanpa sekatan dan halangan yang mana kenaikan pangkat sekarang bergantung kepada kekosongan jawatan yang hanya berlaku jika penyandang BERHENTI, MENINGGAL DUNIA atau hanya bila MENDAPAT WARAN BARU DARI JPA. - Senario sekarang RAMAI PEGAWAI yang memiliki prestasi baik tidak dapat naik pangkat atas alasan tiada position atau kekosongan hingga ada yang kekal statik dengan jawatan 41 atau 44 bertahun lamanya hingga ada kes hingga mencapai 15 tahun.
  • Sistem perkhidmatan yang menggabungkan (hybrid) ciri Performance Base dan Time Base dalam kenaikan pangkat yang akhirnya dapat menjamin MENJAGA KEBAJIKAN dan MASA DEPAN pegawai di universiti menerusi laluan karier yang DIJAMIN.
  • Mengguna pakai model KUBAH dalam memposisikan perjawatan berbanding sistem PIRAMID sekarang ini.
  • Sistem perkhidmatan yang memberikan ganjaran/gaji yang setara dengan HDI-Human Development Index MALAYSIA agar dapat menampung kos seharian.
Untuk itu kami memohon sokongan semua bukan sahaja sahabat PRAGMATIS di USIM malah sahabat dan rakan pegawai di seluruh IPTA dalam usaha ini. Isu dan soal KEBAJIKAN kakitangan di Universiti telah lama TERPERAP dan TERPENDAM kini sudah tiba masanya kita bergandingan bersama memperbaiki sistem sedia ada dan membantu kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat. Moga dengan doa dan ingatan semua perkara ini akan berjaya dilaksanakan.

Untuk itu kepada rakan dan sahabat bukan sahaja sahabat PRAGMATIS di USIM malah sahabat dan rakan pegawai di seluruh IPTA boleh mengemukan cadangan, pendapat dan sokongan menerusi emel ini : pragmatis.usim@gmail.com

5. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dari sahabat semua untuk kita sama-sama merancang Program PRAGMATIS 2013. Untuk itu diharapkan rakan dan sahabat ahli PRAGMATIS semua dapat menghantarkan cadangan menerusi e-mel kepada En. Salehudin Sukor atau En. Syafful Annuar Sarani untuk disenarai dan diperbincangkan.

KITA TELAH MERANCANG
NAMUN SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MAHA MERANCANG 
DAN PERANCANG ALLAH JUALAH YANG SEBAIK-BAIKNYA

Friday, March 23, 2012

Biar saling menaruh kepercayaan


Mohd. Farid Zuhni (duduk dua dari kiri) berbual bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika sesi minum teh tarik bersama mahasiswa selepas Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di UiTM Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Izham Jaafar


LAWATAN ulangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kelmarin sekali lagi membuka mata golongan muda akan perubahan yang dijanjikan termasuklah dalam hubungan antara rakyat dan kepimpinan tertinggi negara.

Jika sebelum ini ada yang mengadu dalam kalangan pemimpin mahupun menteri yang datang, ada di antaranya tidak 'mendekati' pelajar seperti diharapkan, Perdana Menteri pula berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.

Transformasi yang dijanjikan bukan sahaja kepada dasar dan pendekatan kerajaan dalam urusan negara malahan urusan bersama rakyat termasuklah golongan muda ini yang bukan sahaja dapat mendekati, malahan minum teh tarik bersama Perdana Menteri.

Najib bukan sahaja menonjolkan sentuhan seorang pemimpin yang tulus mahu mendekati rakyat, beliau pada malam itu turut menggarap realiti semasa dan harapan masa depan golongan muda yang mahu suara mereka didengar dan diambil kira.

Dalam menyampaikan amanat di hadapan lebih 10,000 mahasiswa dari seluruh negara sempena majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Perdana Menteri juga berkongsi harapan dan peringatan kepada golongan muda dalam usahanya melindungi masa depan mereka.

Di samping mengingatkan mahasiswa tidak termakan hasutan dan janji manis sesetengah pihak, Najib turut melahirkan keyakinan kemampuan golongan pelajar berfikir, menilai dan membuat pertimbangan sendiri terhadap 'janji bulan dan bintang' itu secara matang dan bijaksana.

Walaupun berharap golongan muda terus memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk terus memimpin, Perdana Menteri terlebih dahulu memberi kepercayaan kepimpinannya kepada mahasiswa dengan berjanji untuk tidak menutup atau mengongkong minda mereka.

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 menjadi antara bukti kepercayaan kerajaan kepada mahasiswa kerana apa jua pilihan mahasiswa dan golongan muda, ia akan memberi kesan kepada masa depan mereka sendiri.

Namun, Perdana Menteri juga mengingatkan mahasiswa, walaupun kepercayaan yang diberi itu atas dasar menekankan kebebasan, ia perlu seiring dengan rasa tanggungjawab terhadap setiap tutur kata dan tindakan mereka.

Bagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS, Datuk Khairul Anwar Rahmat, rakyat terutamanya mahasiswa sendiri mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri yang memberi kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan sendiri.

"Namun, seperti yang Perdana Menteri katakan, kebebasan bersuara dan sebagainya tidak boleh dijadikan tiket untuk mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai mahasiswa.

"Belajar, pergi ke kuliah dan memahirkan diri sebagai persediaan hidup berkerjaya perlu diutamakan. Jika mahu berkecimpung dalam politik, tunggu hingga selesai tanggungjawab hakiki itu dahulu," tegas beliau.

Jelasnya, apa yang diungkapkan Najib umpama setiap unit keluarga, masyarakat mahupun negara yang ada undang-undang dan peraturan untuk menjaga tingkah laku anggotanya.

Tambahnya, semua itu bukan sebagai sekatan tetapi setiap kebebasan datang dengan tanggungjawab yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan.

Beliau yang turut hadir dalam majlis perasmian itu menyatakan, hadirin dapat merasakan nadi keikhlasan pemimpin nombor satu negara walaupun perbezaan umur mencecah puluhan tahun berbanding mahasiswa.

"Perdana Menteri merendah diri berbicara sehinggakan suasana hening seketika kerana mahasiswa tidak menyangka intonasi beliau memohon kepercayaan mereka. Najib tidak mahukan autokrasi dalam demokrasi.

"Walaupun tahu tidak akan mendapat 100 peratus sokongan, beliau dengan nada santun, menyentuh sanubari mahasiswa sehingga terdiam mereka mendengar Perdana Menteri meminta diberi peluang sekali lagi untuk kembalikan era kegemilangan," katanya.

Menurut beliau, Najib mengakui mungkin ada kesilapan terdahulu sama ada oleh pemimpin, keputusan mahupun dasar kerajaan tetapi berharap golongan muda memberi peluang dan kepercayaan sekali lagi terhadap kepimpinannya.

Tambahnya, dalam menegaskan kebebasan berfikir dan memilih, Perdana Menteri juga menawarkan golongan muda satu masa depan yang lebih pasti jika diberi kepercayaan itu, berbanding janji-janji manis pihak lawan.

Khairul Anwar yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) berharap mahasiswa juga akan memikirkan faktor 'kepastian' dalam membuat pilihan kepimpinan negara kelak.

"Kerajaan sedia ada memberi kepastian kepimpinan, ekonomi dan juga polisi negara. Kita tahu siapa yang akan menjadi pemimpin negara dan anggota Kabinet pusat dan negeri di samping polisi tetap berkaitan Islam, Barat mahupun Israel.

"Ekonomi kita juga mengekalkan dasar afirmatif membantu bumiputera dan bukan bumiputera kerana kaum bumiputera yang kuat akan melindungi kaum minoriti lain," ujarnya.

Beliau mendakwa, perbezaan nyata wujud di kalangan pembangkang yang tiada kepastian bukan sahaja dari segi politik, malahan ekonomi dan dasar luar serta terbukti tidak bersepakat dalam banyak perkara dengan bermacam jenis janji manis kepada kumpulan dan kaum berbeza.

Berhubung penubuhan YSS, beliau yakin ia akan membuka peluang mahasiswa turun ke peringkat akar umbi untuk melihat sendiri keluh kesah sebenar rakyat dan tanggungjawab dipikul kerajaan.

"Mahasiswa akan berpeluang pergi ke kampung dan bandar serta mengetahui sendiri keperluan setiap kelompok itu berbeza.

"Mereka juga mampu menjadi ejen jurubicara rakyat, wakil dan duta kecil kerajaan dalam menyampaikan permasalahan penduduk kepada kepimpinan tertinggi," katanya.

Jelasnya lagi, gerakan sukarelawan ini juga dapat menampilkan imej mahasiswa yang lebih baik di mata masyarakat berbanding golongan yang suka berdemonstrasi mahupun dituduh suka menimbulkan masalah semata- mata.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail pula berpendapat amanat penting Perdana Menteri kepada semua mahasiswa kelmarin menunjukkan kerajaan sedang berusaha membentuk pemikiran dan keperibadian mereka untuk sekarang dan masa hadapan.

"Perdana Menteri juga menyuntik semangat kebebasan berfikir kerana kerajaan tidak pernah pun menyekat pemikiran golongan muda dan terbuka untuk menerima pandangan kritikal mahasiswa.

"Tetapi, kita juga perlu belajar bertanggungjawab terhadap pemikiran, kata-kata dan perbuatan sendiri kerana mahasiswa bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat dan perlu memikul tanggungjawab sendiri," tegasnya.

Dia yang turut serta dalam ramah mesra bersama Najib memaklumkan, kerajaan telah membuka ruang untuk mahasiswa mengikut mahupun menyertai mana-mana fahaman atau parti politik tetapi mereka perlulah bertanggungjawab mengutamakan pendidikan masing-masing.

"Ingatlah bila sudah tamat pengajian nanti, cabarannya lebih besar. Kerajaan tidak melupakan hasrat dan keinginan mahasiswa dengan membuka banyak peluang pekerjaan terutamanya yang memerlukan kemahiran khusus dalam bidang tertentu.

"Jika mahasiswa tidak mempersiapkan diri sebaik mungkin, mereka tidak boleh pergi jauh. Perdana Menteri boleh harapkan sokongan kami, suara sumbang di tepi itu hanya minoriti dan kebanyakannya hanya buat bising sahaja," ujarnya.

Bagi Mohd. Farid Zuhri, situasi di luar universiti sangat mencabar dan akan lebih mencabar kelak dengan bermacam jenis orang menabur pelbagai janji manis. Namun, dia mengingatkan mahasiswa negara berfikiran matang dalam menilai apa dijanjikan pihak tertentu itu.

"Kerajaan sebenarnya sudah buktikan kemampuan mereka tetapi tetap terus berusaha membantu mahasiswa. Ekonomi negara cukup baik untuk kerajaan memberi bantuan baucar buku RM200 buat kali pertama dalam sejarah. Ini bukan sahaja untuk galakkan membaca, malah agar pelajar berfikir sendiri dan berfikir di luar kotak," katanya.

Thursday, March 22, 2012

Terus beri kepercayaan - PM

SHAH ALAM 21 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para mahasiswa agar tidak termakan dengan hasutan dan janji-janji manis yang ditaburkan oleh sesetengah pihak.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap, mereka akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang untuk terus memimpin negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak bermain dengan jual beli janji sebaliknya membentuk kehidupan rakyat termasuk mahasiswa sehingga membolehkan mereka meletakkan keyakinan kepada para pemimpin sekarang.

''Anda semua boleh memberikan kami kepercayaan untuk memimpin negara, ini jaminan kerajaan Insya-Allah hari esok akan lebih baik daripada hari ini untuk saudara-saudari sekelian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 10,000 mahasiswa dari seluruh negara pada majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri menegaskan, terdapat golongan yang sanggup menjual apa saja janji termasuk bulan dan bintang serta cakeralawa.

''Saya hendak beritahu mereka boleh janji tetapi kerajaan boleh melaksanakan penyampaian untuk rakyat pada hari ini dan akan datang," katanya.

Beliau berkata, sebenarnya perubahan besar berlaku dalam negara sekarang hasil pelaksanaan dasar transformasi kerajaan dan ia bukan sekarang retorik politik sebaliknya satu kenyataan.

Dalam hal ini Perdana Menteri berkata, menjadi cabaran besar buat kerajaan untuk membuat perancangan dalam menyediakan 70 peratus pekerjaan yang belum wujud pada hari ini demi masa depan generasi akan datang termasuk mahasiswa.

''Kalau kita tidak dapat mengemudikan negara kita, menguruskan tadbir negara dengan baik sama ada melalui dasar tidak kena pada tempat, sama ada kita kecewa kerana gagal pelaksanaannya atau salah gunakan amanah yang diletakkan di atas bahu kita, maka pada masa itu akan hancur segala impian yang besar dan teragung yang ada pada setiap siswa," katanya.

Sebab itulah, kata Najib kerajaan membuat perancangan bagi jangka masa panjang dengan memastikan negara dapat dinobatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Perdana Menteri berkata, ia dilakukan kerana kerajaan yakin golongan mahasiswa boleh berfikir secara matang.

''Saya tekankan soal kebebasan tetapi dengan rasa tanggungjawab sepenuhnya. Ada peluang boleh nak pergi mana-mana, boleh dengar ceramah sesiapa, boleh jadi anggota parti mana-manapun tetapi apabila dalam kampus tumpukan kepada pelajaran masing-masing," katanya.

Najibi menegaskan, kerajaan tidak akan menutup dan mengongkong minda para mahasiswa dengan melakukan sekatan ke atas mereka daripada pandangan pihak lain.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan bersikap terbuka dengan memberikan mereka kebebasan membuat penilaian secara matang dan bijaksana terhadap maklumat yang diperolehi daripada pelbagai penjuru.

''Kita tidak tutup minda, mereka boleh dengar daripada sesiapa pun dan ada yang rajin jemput ke rumah dia, mereka boleh dengar, yang penting sekali siswa-siswi boleh buat penilaian, boleh membuat pertimbangan.

''Sebab itu, kerajaan bukan hendak kongkong, kita hendak membentuk minda, tidak mengapa mendapat maklumat daripada mana-mana penjuru tetapi buat pertimbangan secara matang dan bijaksana kerana mahasiswa akan menentukan masa depan," katanya.

Mengenai YSS, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberikan peruntukan sewajarnya bagi membolehkan mahasiswa terlibat dengan kegiatan kesukarelawan bagi membolehkan mereka mendampingi masyarakat.

Wednesday, October 20, 2010

TERIMA KASIH KERAJAAN : BAJET 2011 AMANAH KITA







Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan lafaz terima kasih kepada kerajaan yang telah membentangkan bajet yang begitu komprehensif dan "mesra rakyat". Intipati utama yang penulis dapat lihat ialah :-

1. elemen suntikan dari aspek pembangunan (infra) dan menjana ekonomi (dana) seterusnya menjadikan negara ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi (pelaburan luar dan dalam).

2. elemen negara "kebajikan" yang dilihat cukup prihatin akan kemaslahatan rakyat dan demi membantu rakyat agar dapat hidup dengan lebih selesa disamping insentif dan galakan serta skim bagi rakyat yang "rajin" untuk memajukan diri serta menambah baik sistem penyampaian (perkhidmatan awam) kepada rakyat.

Perdana Menteri y
ang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama iaitu :-

1- Membudaya kembali pelaburan swasta
•Melalui inisiatif pembangunan projek awam-swasta
•Pembangunan Strategi berimpak tinggi
•Mencergaskan pasaran modal
•Pasaran modal islam
•Mempergiat industri modal teroka
•Skim Amanah Hartanah Bumiputera
•Dana pencen swasta
•Meningkatkan industri elektrik dan elektronik
•Mencergaskan industri minyak, gas dan tenaga
•Memajukan industri hijau
•Menyuburkan industri pertanian
•Merancakkan industri pelancongan
•Memangkin industri minyak sawit dan berkaitan
•Meningkatkan prestasi industri teknologi maklumat dan ICT
•Menggalakkkan sektor perkhidmatan perniagaan
•Pembangunan koridor dan wilayah
•Menggalakkan industri R&D&C
•Menambah baik perundangan Insolvensi
•Memajukan lagi industri kreatif
•Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara

2- Membangunkan modal insan;
•Mempergiat usaha menarik bakat
•Tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
•Memperlua akses kepada pendidikan berkualiti
•Memperkasa pendidikan awal
•Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
•Memperkasa pengajian tinggi
•Mempergiat program latihan dan kemahiran
•Program latihan 1Malaysia
•Meningkatkan produntiviti kerja
•Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi
•Pembangunan sukan negara

3-Mensejahterakan hidup rakyat
•Membantu golongan kurang bernasib baik
•Meningkatkan pemilikan rumah
•Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
•Meringankan bebanan hidup rakyat
•Menghargai sumbangan pemimpin masyarakat
•Pembangunan orang asli dan pribumi
•Mengurangkan kos pengangkutan
•Memperluas perkhidmatan kesihatan awam
•Membenteras jenayah, menjamin kesejahteraan awam
•Memperkasa peranan badan bukan kerajaan (NGO)
•Pemuliharaan alam sekitar
•Tangggungjawab sosial koporat

4-Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
•Mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
•Memperkemas sistem penilaian prestasi
•Menghargai sumbangan penjawat awam


Berikut merupakan intipati penting yang penulis rasakan berkaitan dengan kita sebagai penjawat awam, warga IPTA dan perseorangan.

* Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
* Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit.
* Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik.
* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
*Usaha membangunkan modal insan, tumpuan pada pendidikan dan kepentingan kebajikan kakitangan awam termasuk pemberian bantuan khas kewangan.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).'
* Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD dengan peruntukan 20 juta ringgit.
* Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

INTIPATI PENUH BAJET 2011 ADALAH SEPERTI BERIKUT :-



•Mendaya kembali pelaburan swasta.
•Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
•Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
•Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
•Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
•857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
•146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
•Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
•Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
•Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
•Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
•Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
•Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
•Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
•857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
•146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
•Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
•Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
•Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
•Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
•Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
•Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
•Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
•857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
•146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
•Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011.
•Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang.
•Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
•Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
•91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
•Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.
•229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam.
•Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
•Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan.
•Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar.
•Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management.
•29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan.
•Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti.
•6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
•111 juta untuk projek PERMATA.
•250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
•Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit.
•Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit.
•213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
•Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit.
•Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
•60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
•220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
•474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah.
•Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru.
•Meningkatkan produktiviti pekerja.
•Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011.
•Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011.
•Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini.
•Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan.
•Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit.
•Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan.
•Meningkatkan pemilikan rumah – 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
•50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
•Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda).
•Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar – 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
•Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi.
•Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.
•200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak.
•500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara.
•Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan.
•Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.
•Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit.
•Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
•Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta.
•15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan.
•Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
•Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme.
•1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar.
•Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan.
•Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
•Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit.
•Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik.
•Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA.
•Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.


CATATAN PRAGMATIS

Setelah pembentangan bajet 2011 lalu, masih kedengan suara-suara sumbang yang mempertikaikan keputusan kerajaan dan yang lebih menyedihkan terdapat penjawat awam yang turut termakan api hasutan dengan menjadi "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan" menyebarkan propaganda dan dakyah mempengaruhi kakitangan awam lain agar mengikut rentak politikus murahan mempertikai dan berterusan memburukkan kerajaan walaupun kebaikan yang di hidangkan kepada rakyat.

Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 7 : “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

“Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah, selagimana ia tidak bersyukur (atau berterima kasih) kepada sesama manusia.” (Sahih Ibnu Hibban)

Barah inilah yang kita harus hapuskan kerana sebagai penjawat awam kita seharusnya menjadi "ajen penerangan" kepada rakyat dalam usaha memberikan kefahaman berkenaan sesuatu keputusan kerajaan itu. Adalah tidak bermaruah jika kita sebagai penjawat awam menjadi petualang yang menikam dan mensabotaj walhal kita makan dari gaji dan menggunakan keistimewaan sebagai penjawat awam yang disediakan oleh kerajaan.

Mengambil konteks USIM sebagai sebuah IPTA yang mengangkat martabat pengajian ISLAM. Penumpuan seharusnya diberikan dalam menunaikan tanggungjawab kita tidak kira sebagai kakitangan akademik atau pentadbiran. Dengan begitu banyak insentif dan kemudahan hasil dari pembentangan bajet 2011 kita seharusnya mengambil peluang dan sanggup bekerja "extra" serta meningkatkan produktiviti kita.

Budaya 'berkira' dan terlalu mempersoalkan 'imbuhan' yang akan diterima untuk melaksanakan kerja 'extra' harus dihapuskan. Apakah tidak timbul rasa bersalah dan 'segan' jika kita gagal menunaikan tanggungjawab kita? Tidakkah timbul rasa 'malu' dalam diri kita dengan bersikap 'berkira' dalam setiap tugas yang diberikan walhal gaji kita tetap dibayar organisasi tepat pada masanya? Sikap terlalu 'defensif' dan mementingkan diri tanpa memikirkan organisasi juga wajar kita hapuskan. Apakah salahnya kita 'berkorban" sedikit demi melihat kejayaan organisasi yang telah menaungi dan memberikan kita serta keluarga sumber kewangan (gaji) dan kebahagiaan.

Akhirnya intipati yang harus kita tekankan adalah "perubahan sikap" dan "cara berfikir" agar lebih terbuka dan memiliki semangat "keserakanan" demi menjayakan organisasi. Selain itu kesedaran selaku penjawat awam kita memegang amanah yang maha besar untuk ditunaikan. Akhir kalam bersama kita renungkan hadis dan firman Allah ini semoga ia dapat memperingatkan kita tentang amanah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”. (al-Anfal:27)

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, isteri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumahtangga suaminya serta anak2nya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.” (HR Muttafaq ‘alaih)

"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"


Thursday, May 27, 2010

USIM MENERIMA TNC (AKADEMIK & ANTARABANGSA) YANG BARU


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Nilai, 19 Mei 2010 – Dekan Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr. Musa Ahmad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru bermula 15 Mei 2010.

Beliau dilantik menggantikan Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda yang telah dilantik sebagai Naib Canselor USIM pada 1 Disember 2009.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) UKM, M.A (Instrumental & Analytical Science) dan PhD (Optical Chemical Sencor) dari University of Manchester.

Penguasaan beliau sebagai ahli akademik dapat dilihat melalui penyelidikan dalam bidang sains dan pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa seperti memenangi pingat emas di International Invention Geneva pada tahun 2005 dan memenangi pingat emas di Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UKM.

Selain itu, beliau telah dianugerahkan The Royal Society of London & Academy of Science Malaysia Exchange Programme pada tahun 2000 untuk program sebatikal di University of Kent, Canterbury, UK. Beliau juga aktif dalam penglibatan akademik di organisasi-organisasi swasta dan awam dalam penggubalan kurikulum untuk Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.

Beliau juga banyak terlibat memberikan ceramah berkaitan penyelidikan dalam dan luar negara antaranya di University of Santa Thomas, Manila, University of Indonesia, Jakarta , Universitas Sumatera Utara, Indonesia dan banyak lagi. Disamping itu, beliau aktif dalam penulisan jurnal dan lebih dari 20 tulisan beliau diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.

Kepakaran yang dimilikinya membuatkan beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan kepakaran penyelidikan sensor kimia dan biosensor Universiti Kebangsaan Malaysia bermula tahun 1995 hingga 2005. Kumpulan penyelidik Sensor Kimia dan biosensor ini telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat antarangsa dan nasional disamping melakukan penyelidikan seperti pembinaan sensor kimia untuk penentuan kepedasan cili, pembinaan biosensor kimia berasaskan teknik sol-gel untuk analisis pestisid dan sebagainya

GAMBAR-GAMBAR MENARIK


PRAGMATIS mengucapkan selamat datang dan semoga kehadiran Y.Bhg. Prof. akan memacu USIM kepersada kegemilangan.

" PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

.

Tuesday, March 30, 2010

IPTA perlu jana pendapatan sendiri

Sumber Utusan : 29 Mac 2010

SERDANG 29 Mac - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diminta menjana sendiri pendapatan antara 15 hingga 25 peratus bagi menampung kos operasi tahunan masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian akan mengurangkan peruntukan operasi IPTA secara sistematik bagi membolehkan universiti terbabit berdikari terutama universiti yang berstatus autonomi.

''Kementerian belum menetapkan secara khusus pendapatan yang perlu dijana oleh IPTA tetapi perkara ini akan ditekankan pada masa akan datang.

''Kami percaya IPTA mampu menjana pendapatan sendiri memandangkan ada sebuah IPTA yang berjaya menjana pendapatan sebanyak 30 peratus setahun berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diberikan oleh kerajaan manakala beberapa IPTA lagi berjaya menjana 20 peratus pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Taman Sains Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah dan Timbalannya, Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Salleh.

Taman Sains Putra merupakan taman sains berkonsepkan komuniti bermaklumat yang menggabungkan komponen dalam kampus iaitu sumber manusia, kepakaran, kemudahan, peralatan, latihan dan penemuan penyelidikan dengan komponen luar seperti inkubator, dana usahawan dan komuniti.

Mohamed Khaled memberitahu, IPTA pada dasarnya mampu menjana pendapatan sendiri kerana mempunyai sumber tenaga manusia yang banyak terutama memiliki penyelidik-penyelidik berkaliber.

''Matlamat ini boleh dicapai menerusi pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bermutu tinggi khususnya dalam sektor industri serta perniagaan yang mampu memberikan pulangan lumayan sekali gus membantu menjana pendapatan sesebuah universiti.

''Kita juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan bagi mengkaji kadar bayaran baru untuk diberikan kepada pensyarah yang melakukan kerja-kerja perundingan sekurang-kurangnya sama seperti kadar di sektor swasta," katanya.

Beliau memberitahu, kadar bayaran yang terlalu rendah menyebabkan ramai pensyarah melakukan kerja-kerja perundingan secara senyap yang merugikan pihak universiti.


Tuesday, February 23, 2010

USM TUBUH KAMPUS DI INDIA





Utusan 22 Februari 2010 - Sumber di sini USM tubuh kampus di India

KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) melakar satu lagi sejarah dalam perkembangannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan merintis penubuhan kampus cawangan di luar negara.

Kampus di Universiti Perubatan Jawaharlal Nehru di Belgaum, India itu buat permulaan akan menampung kira-kira 100 penuntut perubatan dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian di universiti itu Julai ini.

Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abd. Razak berkata, ia sebahagian daripada langkah bagi meningkatkan pengambilan lebih ramai pelajar perubatan melalui keistimewaan yang diberikan oleh universiti berkenaan.

Selain itu katanya, ia juga akan dapat memperkenalkan kurikulum pembelajarannya di peringkat antarabangsa dalam menarik tumpuan pelajar asing pada masa depan.

''Melalui pendekatan ini, pelajar dari Malaysia tidak lagi terikat dengan kuota kemasukan yang ditetapkan oleh universiti perubatan tersebut iaitu pada kadar lima peratus daripada jumlah pengambilan penuntutnya.

''Mereka yang ingin melanjutkan pengajian di kampus berkenaan boleh membuat permohonan melalui iklan yang akan dikeluarkan oleh USM tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap sempena Program Perutusan Naib Canselor 2010 dan Penyampaian Hadiah Konvensyen Kualiti 2009 di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian di sini hari ini.

Katanya, mereka yang mengambil bidang perubatan di kampus berkenaan memerlukan kira-kira RM350,000 bagi tempoh pengajian selama lima tahun.

Dzulkifli memberitahu, dengan penubuhan kampus itu juga, menjadikan USM satu-satu IPTA di negara ini yang mempunyai kampus di luar negara.


Beliau memberitahu, kampus cawangan bertaraf antarabangsa itu mampu ditubuhkan setelah USM menerima pelawaan daripada universiti berkenaan yang kagum dengan keunikan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan.

''Pelawaan itu diterima kerana ia juga merupakan sebahagian usaha dalam memartabatkan USM sebagai universiti APEX menjelang 2013," katanya.

Katanya, semua prasarana termasuk penginapan diuruskan oleh universiti itu dan USM hanya menghantar beberapa warga kerja bagi memantau pelaksanaan kurikulum berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu, setakat ini USM mempunyai empat kampus cawangan yang mampu menempatkan kira-kira 30,000 penuntut.

ULASAN :

Kalau sebelum ini Univ. Lim Kok Wing sebagai IPT Malaysia pertama berjaya membuka cawangan di luar negara kejayaan USM sebagai IPT Awam Malaysia pertama berjaya membuka cawangan di luar negara harus dibanggakan. Banyak pihak beranggapan mengurus di dalam sektor Awam menyukarkan untuk kita berkreativiti dan mengambil langkah berani serta terkehadapan dengan alasan sentiasa mendapat kekangan dari pelbagai sudut.

USM membuktikan sebaliknya kerana bagi saya langkah ini merupakan satu langkah yang berani, kreatif dan terkehadapan dalam mentransformasikan sektor pendidikan tinggi Awam yang selama ini warganya dibayangi pemikiran lama yang mana merupakan salah satu halangan untuk kita berlari terus kehadapan. Kejayaan ini harus diambil contoh rakan-rakan kita di USIM.

Ini bukan lagi masanya untuk kita harus mengorak langkah satu persatu merangkak dan bertatih barulah nak berjalan dan berlari. Sebagai pentadbir kita harus menyegerakan kematangan organisasi kita dengan memendekkan setiap fasa pembangunan agar kita dapat segara berlari dan bersaing dengan rakan-rakan kita IPT lain.

Alasan kita sebagai sebuah universiti baru sudah tidak relevan lagi kerana 'stakeholder' menilai kita melalui pencapaian dan prestasi sebenar kita kerana dengan memberikan alasan menandakan kelemahan kita dalam mengurus. Zaman sekarang merupakan zaman pengukuran kejayaan berdasarkan 'result oriented' dan ini merupakan satu cabaran yang harus kita ambil serius demi memartabatkan USIM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor.


"PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"


PUSAT RAWATAN TRADISIONAL USM


Sumber berita Utusan 22 Februari 2010 - Rujuk Di Sini

KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.

Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.

yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.
Justeru, katanya, kaedah perubatan Islam boleh diikhtiarkan bersama rawatan moden.

"Saya jumpa ramai pengamal perubatan Islam yang beritahu sering ditohmah dengan pelbagai sindiran daripada kalangan yang sangsi dengan rawatan bukan saintifik.

"Jadi sekarang kita ambil inisiatif mengangkat dan mengembangkannya ke institusi pengajian tinggi bagi memberi imej baru dengan kaitan aspek ilmiah," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di Dewan Utama USM Kubang Kerian di sini semalam.

Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai perubatan, kakitangan hospital dan orang awam hadir mengikuti seminar sehari itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud dan wakil Pengarah Jaheik, Mohd. Suhaimi Mohamed.

Tiga kertas kerja dibentangkan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Selangor, Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan wakil daripada Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darus Syifa') cawangan Kelantan, Zaki Ya.

Nasiron berkata, pusat rawatan tradisional itu dikendalikan pegawainya sendiri dan mempunyai empat pembantu khusus dan ia akan dikembangkan di kampus USM di sini pada masa akan datang.

Katanya, walaupun pusat rawatan di kampus Pulau Pinang itu hanya dilancarkan awal Mac ini, sudah ramai yang datang mengunjungi dan mendapat rawatan di situ tidak kira kakitangan USM sendiri atau orang luar termasuk golongan atasan.

Menurut beliau, kecanggihan dalam rawatan moden mampu merawat pelbagai penyakit kronik namun ia mempunyai keterbatasan dalam merawat penyakit berkaitan rohani.

"Penyakit yang berpunca daripada gangguan halus adalah sesuatu yang nyata berlaku dalam masyarakat dan kita tidak perlu berasa malu dan mahu menyembunyikannya.

"Rawatan yang menggunakan doa dan ayat al-Quran bukan saja bertujuan menyembuhkan daripada gangguan bahkan mempunyai objektif mentarbiah agar masyarakat kembali kepada landasan agama," katanya.

Katanya, jumlah doktor dan pakar perubatan yang ramai di sini, beliau percaya pusat serupa akan lebih cepat berkembang lebih-lebih lagi dengan adanya kluster perubatan komplimentari yang membuat kajian tentangnya.

Jelasnya, sudah ada cadangan kemasukan rawatan alternatif sebagai salah satu sukatan dalam pembelajaran jurusan perubatan cuma pelaksanaannya akan mengambil masa.

"Buat masa ini, pihak universiti akan mengambil inisiatif merakam seminar seperti hari ini contohnya dan pelajar boleh mengaksesnya sebagai sebahagian proses e-pembelajaran.

"Sebenarnya ramai pakar perubatan sudah menyedari dan yakin apabila digabungkan rawatan moden dengan rawatan Islam, proses penyembuhan pesakit sebenarnya akan menjadi lebih cepat dan mujarab kerana ayat al-Quran itu sendiri adalah penyembuh," katanya.

Ulasan :

Seperti biasa pihak USM berjaya berfikir di luar kotak dan sensitif diatas keperluan masyarakat semasa yang memerlukan kaedah rawatan alternatif berteraskan Islam. USM telah mengangkat pengamal perubatan Islam ke tempat yang sepatutnya dan mudah-mudahan usaha ini akan dibantu Allah SWT.

Usaha ini bagi saya merupakan satu peneguhan dan sebagai usaha mengukuhkan Islam dikalangan masyarkat kerana adalah lebih baik pesakit ke pusat rawatan alternatif Islam seperti ini daripada pergi bertemu dukun, bomoh dan tukang tilik yang mengamalkan ilmu yang tidak selari dengan ajaran islam atau syirik.

Tahniah dan moga rakan-rakan pembuat dasar dan pemikir di USIM turut dapat berfikir di luar kotak seterusnya membangunkan sesuatu yang membanggakan.

"PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"


BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011