Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, October 20, 2010

Tenaga pengajar perlu anjakan paradigma

UTUSAN : 19/10/2010

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada faktor ilmu pengetahuan serta tahap disiplin modal insan yang sentiasa mempersiapkan diri dengan perubahan pesat ekonomi global.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu, golongan profesional seperti tenaga pengajar di universiti dan kolej turut memerlukan anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurutnya, kaedah baru itu diperlukan memandangkan cabaran yang dihadapi sektor pendidikan tinggi ketika ini juga semakin berubah.

"Pelajar generasi hari ini terdedah kepada rujukan yang berbeza, seterusnya turut mempengaruhi kemahiran komunikasi mereka dan penggunaan maklumat.

"Justeru, kaedah pengajaran yang digunakan juga haruslah fleksibel dan kreatif untuk memenuhi keperluan mereka," katanya sempena Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi, Datin Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Turut hadir, Pengetua Kolej Tunku Abdul Rahman, Dr. Tan Chik Heok.

Persidangan bertemakan Trend Baru Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Pendidikan Tinggi anjuran kolej itu merupakan yang kedua selepas persidangan pertama pada 2008.

Khalid berkata, mereka perlu membezakan dan berfikir kembali tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana kedua-duanya berada di dalam dan luar sistem pendidikan.

"Ia dapat meningkatkan perhatian di kalangan penyelidik, pembuat dasar dan orang yang mempraktikkannya," katanya.

Persidangan itu turut dihadiri pensyarah beberapa universiti dari United Kingdom seperti Ediburgh Napier University, Liverpool John Moores University, Queens University of Belfast, Teesside University dan Sheffield Hallam University.

Antara tokoh akademik berkongsi pandangan pada persidangan itu ialah Prof. Philip Jones yang merupakan Naib Canselor Sheffield Hallam dan Prof. Graham Henderson dari Teesside University.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011