Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label PENGHARGAAN PRAGMATIS. Show all posts
Showing posts with label PENGHARGAAN PRAGMATIS. Show all posts

Monday, December 3, 2012

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA PROF. DR. ASMA ISMAIL SEBAGAI NAIB CANSELOR USIM

PRAGMATIS USIM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan perlantikan Y.Bhg. Prof. Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor USIM yang baru. 

Sesungguhnya perlantikan ini amat bermakna buat seluruh warga USIM terutamanya oleh seluruh Ahli PRAGMATIS USIM yang terdiri dari Pegawai Tadbir dan Ikhtisas.


Sesungguhnya dengan perlantikan ini diharapkan agar Y.Bhg. Prof. akan dapat mencurahkan pengalaman yang dimiliki beliau dalam meneruskan usaha memartabatkan pengajian tinggi ISLAM yang diintegrasikan menerusi pendekatan moden. 

Kekuatan USIM adalah keunikannya berbanding dengan IPTA lain sebagaimana yang terkandung dalam falsafah dan semangat penubuhan USIM itu sendiri serta hasrat yang "tersirat" dan yang "tersurat" disebalik kewujudan USIM yang turut perlu dihayati agar MISI, VISI dan MATLAMAT USIM mampu di capai kelak.

Seluruh Ahli PRAGMATIS USIM yang terdiri dari Pegawai Tadbir dan Ikhtisas bersedia menyokong dan membantu usaha menjayakan MISI, VISI dan MATLAMAT USIM ini.

Semoga Y.Bhg. Prof. dapat memacu perkembangan dan memartabatkan USIM sebagai salah satu Universiti berteraskan ISLAM yang terulung di rantau ini.

Sekian.

http://www.utusan.com.my (KLIK LINK)
http://www.usim.edu.my/usim (KLIK LINK)

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA Y.BHG. PROF. DATO' DR MUHAMAD MUDA

PRAGMATIS USIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda selaku Naib Canselor USIM ke 2 di atas jasa bakti dan sumbangan yang penuh bermakna kepada USIM sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.



Sesungguhnya begitu banyak perubahan yang dirintis beliau dalam usaha memartabatkan USIM dan membawa USIM kehadapan agar setanding dengan universiti terkemuka di dalam atau diluar negara. Pendekatan strategik dan rancangan menyeluruh yang dilaksanakan beliau menerusi USIM KRA dan pendekatan yang proaktif telah menimbulkan kesan positif dan berjaya membawa impak besar kepada perubahan cara kerja, mentaliti dan motivasi diri warga USIM.

Seluruh warga USIM terutamanya Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas mendoakan Y.Bhg. Prof. Dato' sekeluarga sentiasa berada dalam Naungan dan Rahmat serta Diberkati dan Dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT sekeluarga.

Selamat Maju Jaya dan Terima Kasih

http://www.utusan.com.my (KLIK LINK)

Sunday, September 30, 2012

BAJET 2013 : TAMBAHAN BONUS SEBULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

NOTA : Terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemberian bonus ini dan semoga penjawat awam dapat membalas pemberian ini dengan meningkatkan produktiviti dan melaksanakan inovasi dalam pentadbiran keseluruhannya.

Bonus Sebulan Setengah Tahniah!! Bonus Sebulan Setengah Gaji Untuk 1.3 Juta Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan RM500!

Thursday, July 26, 2012

TERIMA KASIH PM DS MOHAMAD NAJIB : BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

Mewakili seluruh kakitangan pentadbiran dan warga USIM amnya ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri yang amat kami kasihi DS Mohammad Najib Tun Abdul Razak di atas pemberian bonus kepada seluruh penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sesungguhnya iai merupakan satu rahmat bagi yang amat membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada penjawat awam keseluruhannya. 

"KATA DI KOTA" dan "JANJI DITEPATI" menerusi semangat 1Malaysia diharapkan semua penjawat awam dapat bergandingan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri demi menjayakan hasrat dan wawasan kerajaan dalam usaha MENTRASFORMASIKAN negara. Kita seharusnya tidak lagi terpengaruh dengan janji dan dakyah pihak tertentu yang mahu memecah belahkan kesatuan Penjawat Awam dengan niat menjadikan kita penjawat awamsebagai "GUNTING DALAM LIPATAN" yang "MENIKAM" dan "MENGKHIANATI" majikan yang memberikan kita rezeki dan pendapatan menyara keluarga demi menjayakan agenda politik sempit mereka.

Seharusnya kita berterima kasih dan bersyukur mendapat pemimpin dan kerajaan yang prihatin dan berpandangan jauh. Renung-renungkan peribahasa ini

"Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan"
Jangan kerana tamak mengharapkan untung lebih baik yang sedia ada dan terbukti baik dilepaskan.

sekian.

"PRAGMATIS MENERAJU DAN MEMIMPIN KECEMERLANGAN"

Wednesday, April 18, 2012

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABDUL SHUKUR HUSIN DI LANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI USIM


Seluruh warga USIM khususnya ahli PRAGMATIS USIM mengucapkan tahniah dan selamat kembali kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM yang baru.



Seluruh warga USIM khususnya ahli PRAGMATIS USIM turut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM sebelum ini iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor di atas segala jasa dan sumbangan bakti yang begitu besar dan tidak terhitung banyaknya bermula dari penubuhan USIM sehinggalah USIM berkembang maju selama 12 tahun ini dan mampu berdiri megah setanding dengan IPTA lain seperti hari ini.

Sesungguhnya perlantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri umpama "sirih pulang ke gagang" memandangkan beliau merupakan Naib Canselor pertama USIM dan merupakan pengasas USIM yang telah memberikan sumbangan jasa bakti yang begitu besar dan bermakna selama ini. Perlantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri turut meningkatkan keyakinan seluruh kakitangan akan kesinambungan polisi dan hala tuju Universiti akan kekal diteruskan terutamanya dalam bersepadu semua pihak untuk membawa USIM ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Ini diterjemahkan Beliau dalam ucapan pertama sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM dalam Majlis Perhimpunan Khas Bersempena Perlantikan Baru Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Bersama kita hayati dan selami seterusnya merangka tindakan dalam usaha merealisasikan intipati ucapan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri.

INTIPATI UCAPAN PROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABDUL SHUKUR HUSIN DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS USIM BERSEMPANA PERLANTIKAN BARU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PADA 18 APRIL 2012 DI DATARAN CANSELORI USIM

1. Semua staf harus menyedari bahawa mereka memiliki kepentingan tersendiri dalam memainkan peranan spesifik dan unik terhadap Universiti daripada kakitangan di peringkat pengurusan tertinggi hinggalah kakitangan di peringkat bawah.

2. Kesemua kakitangan harus lah bekerja kuat dan bersama-sama sebagai satu pasukan dengan memiliki sikap "percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami" di antara satu sama lain untuk menjayakan agenda paling utama universiti.

3. Agenda utama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM adalah seperti berikut :
i. Pembinaan Masjid Besar USIM
ii. Pembinaan Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
iii. Pembinaan Bangunan Fakulti Pergigian
iv. Pembinaan Asrama Pelajar
v. Pelaksanaan kerja penyelenggaraan - USIM telah berusi 12 tahun
vi. Peningkatan penggunaan Aplikasi Teknologi Terkini di USIM
vii. Pembinaan Pusat Jagaan Anak dan Tadika - sebagai jaminan keselamatan & pendidikan
viii. Penumpuan terhadap pembangunan akademik bagi melahirkan graduan berkualiti
ix. Peningkatan peluang kepada kakitangan pentadbiran untuk melanjutkan pelajaran
x. Menyokong usaha ke arah meningkatkan kemahiran dan kompetensi kakitangan serta penekanan untuk kesemua kakitangan menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa.

4. Pihak universiti akan meningkatkan perhatian dan fokus berkaitan soal kebajikan kakitangan keseluruhannya bagi meningkatkan aspek kepuasan bekerja di USIM.

5. Pendekatan yang berhemah dan mesra mestilah diamalkan dalam perhubungan di setiap peringkat sama ada di peringkat atasan dan bawahan juga di antara Jabatan di USIM.

6. Pihak pengurusan akan bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan dengan menghayati prinsip dari pihak atasan ke bawah tidak semuanya betul dan dari pihak bawahan ke atas tidak semuanya salah.

7. Kakitangan akademik/penyarah muda dan baru kembali harus mempertingkatkan penguasaan berkaitan aspek pembangunan akademik. Universiti tidak selamanya mampu bergantung harap dengan pensyarah "lama" dan
penyarah muda dan baru kembali haruslah segera belajar dan mengambil ilmu serta pengalaman mereka.

8. Profesor yang telah "lama" berkhidmat diharapkan dapat memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar kepada
penyarah muda dan yang baru kembali khususnya dalam menghayati kehendak, aspirasi dan matlamat Pengurusan USIM.

9. Penjanaan pendapatan untuk universiti akan turut menjadi agenda utama memandangkan pada tahun 2015 universiti perlu menjana sekitar 20%-30% untuk menampung kos keseluruhan universiti. Kita telah melaksanakan penjimatan namun kaedah ini tidak akan selamanya bertahan kerana kita perlu menjana pendapatan untuk universiti secara sendiri.

10. Fokus juga harus diberikan dalam aspek pembangunan modal insan, pembangunan akademik dan aktiviti pembangunan mahasiswa/pelajar yang mana ketiga-tiga perkara ini harus diambil berat tanpa kompromi termasuk soal halangan dalam bajet yang diperlukan.

11. Semua pihak harus menyedari bahawa untuk menjayakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti semua pihak haruslah memberikan usaha yang terbaik. Kepentingan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh dilihat dengan amalan Korporat melihat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai indikator utama pemberian ganjaran kepada kakitangan meraka. Jika kita dapat memberikan yang terbaik dan mendapat pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang terbaik pastinya akan dibalas dengan sesuatu yang terbaik juga.

12. Marilah kita semua bersama-sama mencipta satu langkah kehadapan yang lebih bermakna iaitu satu langkah yang akan dapat membawa USIM dengan lebih baik lagi untuk mara kehadapan.

13. Akhirnya seluruh jentera kerja Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diseru untuk bekerja dalam satu pasukan yang mantap dengan menghayati semangat
ini diperteguhkan dengan sikap "percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami " di antara satu sama lain seterusnya bersama-sama dalam berusaha memartabatkan Universiti ini.

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011