UTUSAN : 02/11/2010
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat tepat pada masanya. Dalam gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir kini sememangnya amat mendambakan rakyat yang patuh dan taat kepada negara serta bangsa Malaysia. Ini hanya mampu dicerna serta diterapkan melalui pendidikan sejarah.
Kurikulum dan sukatan pelajaran sejarah sedia ada sudah cukup menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sejarah ialah melahirkan insan yang mantap jati diri serta keutuhan kesetiaan kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan matlamat utama subjek Sejarah sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Penekanan juga diberikan kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional. Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara, akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta.
Namun, daripada aspek pelaksanaanya masih lagi di tahap yang kurang memberangsangkan. Ini disebabkan pelajar kurang mempunyai kesedaran, malah menganggap subjek Sejarah tidak penting lantaran dianggap tiada nilai-nilai komersial yang mampu memberi kesenangan dan kemewahan hidup.
Terdapat banyak kajian ilmiah yang dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tidak berminat untuk mempelajari sejarah.
Justeru keputusan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM dianggap memberi nafas baru kepada hasrat dan aspirasi negara melahirkan generasi yang perkasa jati diri, mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air.
Rasional kepada keputusan tersebut juga adalah selaras dengan Wawasan 2020 yang menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan sejarah negara serta hubung kaitnya dengan perkembangan dunia luar bagi mempersiapkan diri untuk berhadapan dan berdaya saing dengan dunia luar.
Pendidikan sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rujukan kesedaran kebangsaan serta persefahaman kalangan pelbagai bangsa, seterusnya persefahaman antara bangsa. Ini diterjemahkan melalui objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah iaitu menyusur galur sejarah diri dan keluarga, memahami asal-usul dan perkembangan masyarakat dan negara, pembangunan ekonomi,sistem pentadbiran dan hubungan dengan negara luar.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah yang berkesan dan mencapai matlamat yang dinyatakan. Antaranya ialah pihak Kementerian Pelajaran perlu menambah bilangan waktu P&P subjek Sejarah dari tiga waktu kepada lima waktu seminggu. Peruntukan waktu sedia ada tidak cukup dan sukar untuk melaksanakan P&P Sejarah dengan berkesan. Waktu yang terhad inilah yang mengekang guru-guru Sejarah melaksanakan pengajaran dengan baik, lebih-lebih lagi apabila hendak membimbing pelajar menjalani pembelajaran bersifat inkuiri atau penyiasatan.
Saya juga cadangkan supaya guru-guru sejarah ditambah bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah dapat dilaksanakan secara berkesan di samping akan mengurangkan beban tugas guru-guru Sejarah. Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan drastik dengan menambah bilangan pengambilan guru-guru pelatih opsyen sejarah di institusi pengajian tinggi dengan segera.
Saya juga amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudara Ahmad Fadzil Mat Min melalui rencana dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2010 dengan tajuk 'Mahu subjek Sejarah syarat wajib kemasukan ke IPTA. Malah saya mencadangkan supaya diwajibkan bagi Kemasukan ke IPTS juga.
Pihak kementerian Pengajian Tinggi juga perlu menetapkan elemen pengajian Sejarah diwajibkan sebagai syarat wajib untuk mendapat ijazah di IPTA dan IPTS.
Kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk memupuk generasi akan datang yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang mendalam terhadap Malaysia tergalas di bahu guru-guru Sejarah. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran sejarah akan menjadi asas penting ke arah mewujudkan dan memperkasa perpaduan kaum di Malaysia, seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia idaman Perdana Menteri.
Norrizan Seman
Tanjung Malim, Perak
Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
NAMA KORPORAT . PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PRAGMATIS) NAMA PENDAFTARAN . Persatuan Pegawai Tadb...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam 1 Malaysia, Salam Ukhwah. SEMUA ADALAH DI JEMPUT HADIR KE KONSERT DEMI MU AL-AQSA... SEBAGAI MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN TERHADAP ISU P...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Ahli PRAGMATIS USIM mengucapkan selamat kembali dan tahniah kepada Encik Hammad Farhi Mohd Saudi - Timbalan P...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment