Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Saturday, October 23, 2010

Jangan terperangkap permainan ranking universiti – Khaled

UTUSAN : 22/10/2010

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Universiti-universiti di negara Islam tidak perlu mengikut rentak majalah di Barat yang menetapkan sistem ranking sebagai satu kaedah pengkomersialan institusi pengajian tinggi dunia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem ranking itu dibuat oleh sekumpulan orang luar untuk tujuan komersial dan bukannya warga akademik atau gabungan pihak universiti sendiri.

“Pihak universiti perlu memenuhi sasaran penubuhannya serta lebih menumpukan perhatian kepada keperluan pelajar, rakyat dan kerajaan.

“Kita jangan terperangkap dengan masuk bertanding dalam persaingan ini semata-mata untuk mengikut kehendak mereka yang membuat sistem yang tidak menepati keperluan negara kita itu.

“Kerana itu pihak kementerian sering menekankan supaya kita tidak taksub kepada sistem ranking tetapi hanya sebagai satu bentuk rujukan untuk mengetahui kedudukan semasa (universiti) kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Sains Republik Guinea, Georges Gandhi Faraquet Tounkara dan Menteri Pendidikan Tinggi, Menengah dan Penyelidikan Sains Republik Yemen, Profesor Dr. Salleh Ali Ba-Sorah.

Kunjungan hormat tersebut dibuat sempena Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Kelima (ICMHESR) yang bermula pada 19 Oktober lalu dan berakhir hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, negara-negara Islam telah membuat keputusan yang tepat dalam menetapkan belum sampai masanya untuk dunia Islam bertumpu kepada sistem ranking sebelum asas kerangka yang kukuh dan berkualiti disediakan untuk semua negara anggota.

“Asas mengukuhkan pendidikan bermula dengan penetapan indeks prestasi utama (KPI) yang diperlukan negara-negara Islam dan bukannya pihak luar.

“Negara-negara Islam juga telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Agensi-Agensi Kelayakan yang akan dipengerusikan oleh Malaysia untuk membentuk kerangka kualiti bagi semua universiti negara anggota,” jelasnya.

Beliau menegaskan, universiti tempatan terbukti mampu memenuhi tanggungjawab melahirkan modal insan negara dan tidak sepatutnya diletakkan di kedudukan yang corot disebabkan kita taksub dan terperangkap dengan permainan ranking pihak luar.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011