Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label PENJAWAT AWAM. Show all posts
Showing posts with label PENJAWAT AWAM. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

BAJET 2013 : TAMBAHAN BONUS SEBULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

NOTA : Terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemberian bonus ini dan semoga penjawat awam dapat membalas pemberian ini dengan meningkatkan produktiviti dan melaksanakan inovasi dalam pentadbiran keseluruhannya.

Bonus Sebulan Setengah Tahniah!! Bonus Sebulan Setengah Gaji Untuk 1.3 Juta Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan RM500!

Tuesday, July 24, 2012

PM pertimbang permintaan bonus raya

DARI kanan: Nor Ashman, Najib dan Rosmah melayan anak-anak yatim Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang dijemput bersahur bersama Perdana Menteri di kediamannya di Pekan semalam.


PEKAN - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu."Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu... kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
.

Tuesday, March 13, 2012

SBPA: Terima kasih

Sumber Utusan

WALAUPUN Awang bukan kakitangan awam tetapi cukup lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak, Khamis lalu.

Hal yang kelihatan kusut dapat dileraikan. Pokok permasalahan iaitu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi, dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang bantahan banyak pihak terutama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Penjawat kategori rendah merasakan ketidakadilan dalam cara skim itu digubal. Ramai juga kalangan yang berjawatan tinggi dan sederhana merungut atas pelbagai sebab.

Awang melihat pembatalan tersebut sebagai langkah berani Najib yang responsif kepada suara kakitangan awam.

Pembatalan itu juga boleh dilihat sebagai mesej jelas kepada beberapa pegawai kanan terutama Ketua Setiausaha Negara, Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Abu Bakar Abdullah yang terlibat menggubal SBPA.

Awang setuju dengan saranan Perkasa bahawa mereka sepatutnya bertanggungjawab atas permasalahan yang timbul. Setidak-tidaknya mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam. Sekadar berbuat demikian kepada Perdana Menteri, jika ada, tidak memadai. Kesilapan dan kecuaian yang mereka lakukan telah menjejaskan imej kerajaan.

Jika Najib tidak segera campur tangan dan mengambil kira maklum balas banyak pihak, isu tersebut pasti meletus bagai gunung berapi.

Apa pun, pengumuman Najib membawa khabar gembira buat 1.4 juta kakitangan awam. Sebahagian besar tuntutan CUEPACS dipenuhi. Dengan pembatalan SBPA, kerajaan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup (COLA) dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam bagi masa depan - amat bermakna. Ketika ramai penjawat awam bimbang dengan rancangan pembangkang khususnya DAP untuk mengecilkan saiz perkhidmatan sehingga separuh, Najib menjamin status quo malah memberikan harapan baru. Keyakinan beliau kepada penjawat awam bukan sedikit.

Berdasarkan penyelidikan rambang Awang menerusi Internet, Malaysia merupakan negara paling komited melakukan penambahbaikan imbuhan buat kakitangan awam.

Ternyata kerajaan amat menghargai peranan dan jasa penjawat awam. Ia bukan sekadar penghargaan menerusi ucapan dan kata-kata, malah lebih daripada itu. Syukur.

Najib dan maaf

SELAIN membatalkan SBPA, ada lagi perkara lebih besar yang Perdana Menteri, lakukan.

Awang teruja apabila Mohd. Najib Tun Razak tampil di khalayak ramai memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kesilapan lalu bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Kejutan itu dilakukan oleh beliau pada perjumpaan bersama rakyat di Kuala Ketil, Baling, Kedah baru-baru ini.

Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti pemerintah memohon maaf atas perihal lampau. ‘‘Kita (BN) minta maaf atas kesilapan kita dulu,’’ katanya. Bukan itu sahaja, beliau berjanji untuk memperbaiki daripada kesilapan dan membetulkannya dengan memberi perkhidmatan terbaik.

Sebagai pemimpin semasa, beliau memilih untuk mengambil tanggungjawab itu di bahunya. Awang melihat ia satu lagi keberanian politik Najib.

Terlintas Awang kepada satu petikan kata-kata Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain pada era 1950-an. Beliau menyifatkan keberanian sebagai “the first of human qualities, because it guarantees all the others.’’ (Topik The Choice is yours dalam buku Make Yourself Unforgettable terbitan Dale Carnegie).

Apa yang beliau lakukan itu membuktikan Najib mendekati rakyat dalam erti kata sebenar. Jika beliau tidak memohon maaf, juga bukan isu besar. Sepanjang 54 tahun BN memerintah, sudah tentu ada kepincangan dan kelemahan tetapi keseluruhannya terlalu banyak jasa, kebaikan dan manfaat buat rakyat dan negara. Namun Najib merendah diri kepada rakyat dan akur BN perlukan pembetulan.

Pemimpin mempunyai banyak pilihan termasuk gaya kepimpinan yang mahu diterapkan. Najib memilih untuk berada dalam apa yang dianggap sebagai class act. Budiman dan berjiwa besar.

Sayap politik

AWANG tertanya-tanya mengapa Majlis Peguam tidak berminat membela Ahli Parlimen Sabak Bernam (BN), Abdul Rahman Bakri yang dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan rasuah membabitkan tuntutan palsu, baru-baru ini.

Pada hal, kes tersebut hampir sama dengan siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock, yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah daripada parti DAP. Difahamkan siasatan kes tersebut mampu membongkar penyelewengan lebih besar membabitkan beberapa pemimpin pembangkang di Selangor.

DAP telah bertindak mengalihkan perhatian daripada isu pokok iaitu siasatan sebenar, dengan mempolitikkan kematian Beng Hock secara luar biasa. Malangnya, Majlis Peguam mengambil pendirian memihak kepada parti tersebut.

Dalam kes pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Majlis Peguam juga tidak teruja membela beliau. Mungkin Liong Sik adalah tokoh MCA, bukan DAP.

Awang melihat semakin banyak petunjuk bahawa Majlis Peguam telah diresapi fahaman politik pembangkang terutama DAP. Badan guaman itu umpama sayap kepada pakatan pembangkang. Maka elok jika lambang DAP dipaparkan sama di ibu pejabat Majlis Peguam.

Semua masih ingat Majlis Peguam menyokong secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Malah sehinggakan tidak mahu pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Majlis Peguam sendiri menafikan hak keadilan rakyat biasa. Tiada badan guaman lain di dunia yang bersikap seperti itu.

Majlis Peguam turut terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih bersama pembangkang selain program mempromosi seks bebas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Sesungguhnya, badan guaman itu sudah hilang kewibawaan. Awang pernah sebut dan ingin ulangi. Jika diberi pilihan untuk percaya kepada Majlis Peguam atau kumpulan ah long, tidak ragu Awang memilih yang kedua.

Majlis Peguam sudah tidak hirau soal kewibawaan kerana ia mempunyai agenda lebih besar. Waspadalah, tindak tunduk golongan yang penuh muslihat. Jangan lupa, ancaman kini muncul dalam banyak bentuk. Ada yang berselindung di sebalik topeng profesionalisme, hak asasi dan demokrasi. Penyangak jenis ini lebih berbahaya.

Tanya saja...

Dalam ruangan ini, minggu lalu, Awang melontarkan pertanyaan mengapa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdiam terhadap satu rakaman perbualan beliau bersama seorang wanita, yang didedahkan dalam blog.

Setakat ini, beliau terus membisu walaupun ramai terutama orang muda teruja menanti reaksinya. Apakah rakaman itu benar? Tiada penjelasan dikeluarkan sama ada daripada Mat Sabu mahupun ibu pejabat Pas.

Awang tidak pasti sama ada tindakan berdiam diri itu mendapat arahan Presiden Pas, Hadi Awang mahupun Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Mat Sabu wajar tampil untuk mempertahankan diri dan membersihkan namanya. Ini kerana blog berkenaan mendakwa ia sebagai rakaman skandal beliau bersama wanita berkenaan. Ia dakwaan yang serius. Awang percaya Mat Sabu tidak takut untuk menjawab persoalan ini sebagaimana aksinya laksana panglima ketika berceramah.

Ambil iktibar

Marah, bosan dan kecewa. Itulah reaksi warga kota terhadap kesesakan luar biasa jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kelmarin.

Puluhan ribu pemandu kenderaan terkandas beberapa jam sehingga malam. Implikasinya besar daripada emosi rakyat, imej Malaysia hinggalah kepada produktiviti negara. Tidak pernah terjadi kesesakan seburuk itu. Penutupan terowong SMART, beberapa kemalangan melibatkan kenderaan berat, kerja-kerja pembaikan di atas jalan dan menjelang cuti sekolah - adalah antara punca.

Awang bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi ia cukup untuk menuntut perhatian pihak berkuasa.

Ambillah pengajaran. Kesesakan hari itu tidak ditangani dengan berkesan. Pihak manakah yang sebenarnya bertanggungjawab? Siapakah yang sepatutnya memanggil sidang media untuk makluman kepada orang ramai dan banyak lagi pertanyaan. Awang lihat seolah-olah tiada integrasi dalam menangani aliran lalu lintas terutama dari segi usaha pre-emtif dan ketika terjadi banjir dan kemalangan kenderaan berat.

Adalah dicadangkan agar kerajaan tidak membina terowong laluan seperti SMART pada masa depan. Peranan dwifungsi untuk mengurangkan kesesakan dan mengawal banjir, tidak berkesan. Tiada elemen stabiliti kepada pengguna jalan raya terutama pada musim hujan. Ketidaktentuan aliran trafik bukan penyelesaian yang baik. Adalah lebih sesuai jika dibina lebuh raya laluan atas. Bagi menangani banjir pula, bina sahaja lebih banyak kolam tadahan. Ia lebih praktikal dan menjimatkan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Monday, March 12, 2012

Beri suntikan semangat kerja baru

Sumber Utusan

KUALA LUMPUR 11 Mac - Pelarasan gaji kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam yang membabitkan peruntukan tambahan melebihi RM6 bilion diharap memberi suntikan semangat kerja baru kepada golongan itu.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Zaidi Aziz berkata, ia sekali gus memulihkan kembali imej sektor kerajaan, khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang dipandang kurang baik sebelum ini.

"Rakyat masih lagi menaruh harapan tinggi kepada kakitangan kerajaan supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

"Dengan pelarasan gaji ini diharap penjawat awam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dapat mengubah budaya kerja serta meningkatkan produktiviti mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sempena pelancaran akaun laman sosial Facebook untuk promosi Hari Belia Negara 2012, di sini semalam.

Mohd. Zaidi berkata, penjawat awam yang menjadi barisan hadapan antara kerajaan dan rakyat boleh memperbaiki keupayaan kerja mereka dalam mencapai aduan sifar.

"Kita harap mereka tidak berkira sangat pasal waktu kerja dan sanggup bekerja melebihi waktu pejabat demi membantu orang ramai.

"Kita tidak mahu orang ramai masih lagi merungut mengenai mutu perkhidmatan kerajaan kerana kemahuan mereka untuk mendapat kenaikan gaji sudahpun dipenuhi," katanya.

Sisi ekonomi kesan gaji SSM

ALHAMDULLILLAH, syukur ke hadrat Allah SWT isu mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat ditangani dengan baik dan berhemah. Biarpun masih ada segelintir yang tidak berpuas hati, namun, suara majoriti kakitangan awam berjaya mengatasi tindakan tergesa-gesa yang dilakukan oleh segelintir golongan yang menguasai perkhidmatan awam.

Sebarang tindakan yang dilakukan dengan tergesa-gesa, nescaya kesannya tidak meyakinkan sesiapa sahaja, bahkan memburukkan lagi keadaan.

Sektor awam adalah jentera yang amat penting di Malaysia, nasib para pekerjanya perlu dibela dan dijaga. Tindakan yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati bukan sahaja boleh memudaratkan kerja-kerja mereka sebagai individu tetapi juga memberi implikasi negatif terhadap ekonomi negara.

Jangan sesekali memandang remeh suara-suara mereka. Gunalah kuasa yang diamanahkan oleh Allah SWT sebaik-baik mungkin dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) yang berjuang habis-habisan membela nasib majoriti para pekerja sektor awam terutamanya golongan bawahan. Cadangan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam perlu disegerakan dan ahli-ahlinya mestilah mewakili keseluruhan para pekerja di sektor awam dan bukannya dikuasai oleh segelintir golongan yang tidak memahami kedudukan para pekerja bawahan.

Jangan diulang lagi kesilapan yang dilakukan di bawah SBPA kerana ia menjejaskan reputasi dan imej kerajaan itu sendiri.

Bagi pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), tambahan peruntukan adalah sebanyak RM6 bilion. Bayangkan betapa besarnya peruntukan bagi membiayai pelarasan gaji sekiranya SBPA dilaksanakan sepenuhnya berbanding di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Tidak mustahil, tidak sampai lima tahun, Malaysia di ambang kemuflisan kerana terpaksa berhutang menggunakan dana luar melalui penerbitan bon kerajaan. Wang yang dikutip melalui cukai pastinya tidak mencukupi kerana wang tersebut juga digunakan untuk sektor-sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan.

Tindakan memansuhkan SBPA dengan menggantikan SSM yang ditambah baik adalah tindakan yang mengambil kira kedudukan kewangan negara.

Pelarasan gaji kakitangan awam boleh memacu ekonomi domestik negara dengan peningkatan perbelanjaan pengguna. Limpahan ini bukan setakat untuk kakitangan awam tetapi untuk para peniaga yang sentiasa mendambakan peningkatan hasil jualan. Sekali gus ia boleh merancakkan keseluruhan ekonomi negara ketika dunia bergelut dengan krisis ekonomi.

Ia umpama pakej rangsangan yang menjadi penampan buat seketika bagi mengurangkan kesan krisis ekonomi terhadap negara kita. Namun demikian, apa yang dikhuatiri adalah kesan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Perkara ini acapkali berlaku dan pihak yang berkenaan perlulah bertindak dengan segera agar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak berlaku.

Satu perkara yang cukup menarik adalah Bank Negara Malaysia (BNM), minggu lalu telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus. Ini membayangkan kadar inflasi dijangka stabil dalam tempoh terdekat ini. Dengan pengumuman pelarasan gaji kakitangan sektor awam, inflasi akan meningkat jika pihak berkenaan tidak berusaha mengambil tindakan segera terhadap para peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Ketika itu, BNM berkemungkinan membuat keputusan untuk menaikkan OPR. Kenaikan OPR boleh mengurangkan jumlah pinjaman seterusnya boleh mengurangkan perbelanjaan pengguna.

Secara tidak langsung, boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara yang mana pada masa akan datang banyak bergantung pada ekonomi domestik berbanding pelaburan langsung asing (FDI).

Justeru, ekosistem ekonomi negara yang baik diperlukan bagi memakmurkan negara merangkumi semua pihak terutama pihak berkuasa dan penguat kuasa yang diamanahkan untuk "menjaga" ekonomi negara.

Di samping itu, pengumuman SSM memberi sedikit kelegaan buat para pekerja sektor awam yang bakal menikmati kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Kenaikan ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi yang dirasai oleh para pekerja sektor awam.

Kesan kenaikan kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja dirasai oleh mereka yang bekerja di bandar-bandar besar tetapi juga mereka yang bekerja dan menetap di pedalaman.

Gaji dan COLA telah dinaikkan, bagaimana pula dengan produktiviti para pekerja sektor awam? Mahu tak mahu, para pekerja sektor awam perlu meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan mereka.

Produktiviti sektor awam sekurang-kurangnya perlu ditingkatkan pada paras kenaikan gaji dan COLA. Jika ia berada di bawah kenaikan gaji dan COLA, ia boleh menjejaskan ekonomi negara. Produktiviti adalah antara enjin utama pertumbuhan ekonomi mana-mana negara di dunia.

Produktiviti melebihi kadar upah membawa implikasi positif kepada negara. Justeru, dalam keadaan sebegini, tidak menjadi satu masalah untuk kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam pada masa akan datang.

Sunday, March 11, 2012

Angkat imej perkhidmatan awam

TENGAH hari selepas pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Khamis lalu, saya berkesempatan bersembang dengan tiga orang penjawat awam. Riak wajah mereka ceria. Rancak bertukar cerita sesekali disulami gurauan. Kata mereka, peniaga tentunya kumpulan paling gembira. Naik gaji maknanya ada peluang naikkan harga barang. Naik gaji ertinya kuasa membeli kalangan 1.4 juta penjawat awam bertambah. Luahan kata hati mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan 13 peratus itu adalah milik peniaga di luar sana. Di akhir perbualan, kami menyimpulkan tajuk perbualan - SBPA, baru bermula sudah berakhir.

SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.

Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.

Saya pernah mengajukan perihal perkembangan perkhidmatan awam kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji. Biar pun tajuk temuramah ketika itu tertumpu kepada siri syarahan perdana Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, soal peningkatan kualiti perkhidmatan awam tidak dilepaskan begitu sahaja.

Berulang kali Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.

Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.

Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.

Perkara itu pernah diakui bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam kesempatan menemui beliau akhir tahun lepas. Beliau melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.

Fleksibel

Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.

Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.

Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.

Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.

Sememangnya diakui perkhidmatan awam di negara ini sentiasa menjalani proses penambahbaikan. Perjalanan itu tidak sepatutnya berhenti, lantaran masih banyak kelemahan yang perlu diperhalusi dan diperbaiki. Namun perlu diberi perhatian bahawa memperkenalkan pembaharuan bukannya trial and error. Kesannya amat besar sehingga mampu membunuh integriti perkhidmatan awam dan tidak mudah dipulihkan dalam masa yang singkat.

Saturday, March 10, 2012

SBPA batal, SSM dikembalikan

Sumber Utusan

PUTRAJAYA 8 Mac - Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan kakitangan awam terutama Gred 54 ke bawah hari ini dibatalkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan keputusan tersebut berkata, sehubungan itu kerajaan mengembalikan semula pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Katanya, keputusan itu diambil selepas meneliti cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan menilai semula implikasi kewangan kerajaan.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Khas dianggotai semua pihak berkepentingan untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia melalui prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan.

''Ia bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara. Sebarang cadangan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Khas akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan hampir 15,000 kakitangan awam sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut, kata Najib, diharap dapat meredakan ketidakpuasan hati di kalangan penjawat awam di pelbagai peringkat manakala bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan akan dikaji oleh Suruhanjaya Khas.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan keluh kesah para penjawat awam melalui CUEPACS sehingga mendorong beliau mengarahkan SBPA dikaji semula pada 12 Januari lalu walaupun baru diperkenalkan pada 1 Januari.

Berikutan keputusan itu, sebuah pasukan petugas khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan pada 15 Januari.

Ismail yang dibantu empat pegawai kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, tiga pegawai kanan kementerian kewangan dan empat Exco CUEPACS diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti maklum balas dan mencadangkan penyelesaian kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, semasa melaksanakan tanggungjawab tersebut, pasukan petugas menerima 1,087 aduan selepas talian aduan dibuka selama sebulan bermula 14 Januari hingga 15 Februari lalu.

''Turut diterima beberapa memorandum, 23 kesatuan mengemukakan cadangan dan lapan kesatuan membentangkan kertas cadangan,'' katanya.

Menurut Najib, cadangan diterima daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), CUEPACS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan Majlis Persatuan Akademik Malaysia.

Kenaikan gaji sektor awam tidak diberi kerana ‘suka-suka’

KHAMIS lalu, Perdana Menteri mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudah ditutup. Sebaliknya diumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa Januari lalu.

Berita itu amat menggembirakan 1.4 juta penjawat awam di semua peringkat perkhidmatan awam.

Sekarang penjawat awam baik daripada peringkat kumpulan Gred 1 hingga Gred 54, Kumpulan Gred Utama A, B, C, Gred Turus 3 dan 2 serta 1 mungkin terbayang jumlah yang bakal mereka terima pada hujung Mac ini atau April. Apatah lagi ditambah dengan bayaran gaji yang tertunggak sejak Januari lalu.

Senyuman boleh dilihat pada wajah-wajah penjawat awam untuk dua tiga minggu ini sehingga pelarasan gaji yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjadi kenyataan di dalam akaun bank masing-masing.

Ini bukti komitmen kerajaan pimpinan Najib sebagaimana yang diumumkan beliau dalam ucapan Belanjawan 2012 pada tahun lalu.

‘Hadiah’ kepada penjawat awam ini bukanlah kerana untuk menambat hati mereka supaya menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka semakin hampir.

Tetapi ia dibuat berdasarkan untuk mendahulukan kepentingan rakyat yang mana penjawat awam juga adalah rakyat. Dan ia juga berdasarkan peranan keseluruhan penjawat awam untuk menjayakan segala perubahan menerusi program-program transformasi kerajaan.

Sebagai ketua kerajaan Malaysia, Najib berharap penjawat awam mentransformasikan sektor kerajaan menjadi lebih cekap, responsif dan berani berubah.

Kenaikan gaji dengan kadar kenaikan tahunan sebanyak RM80 hingga RM320 bagi Gred 1-54 dan Elaun Bantuan Sara hidup (Cola) sebanyak RM250 bagi kawasan B dan RM150 bagi kawasan C tidak diberi kerana ‘suka-suka.’

Faktor utamanya mungkin kerajaan memikirkan untuk memastikan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi berkhidmat dan terus kekal dalam sektor awam.

Satu lagi kerana penjawat awam juga menerima kesan peningkatan kos sara hidup sekarang. Kenaikan tersebut akan dapat meringankan beban yang dirasai oleh penjawat awam terutama mereka yang berada dalam kumpulan terendah.

Selain itu kerana faktor kemampuan kewangan kerajaan yang mana kutipan cukai negara bertambah dengan ketara, manakala keberkesanan perbelanjaan dapat dipertingkatkan.

Kesan pengumuman Najib itu juga mengukuhkan andaian bahawa skim gaji dan pencen yang kompetitif dalam sektor awam akan menarik lebih ramai rakyat mohon untuk berkhidmat dengan kerajaan berbanding sektor swasta.

Dalam keseronokan menerima gaji baru, penjawat awam kena ingat dan perlu sedar bahawa dengan kenaikan gaji itu maka harapan seluruh rakyat dan kerajaan terhadap mereka juga akan meningkat.

Gunakanlah peluang ini untuk terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat. Orang awam mahu melihat mutu perkhidmatan yang terbaik, yang setimpal dengan kenaikan gaji itu.

Mereka mesti bekerja dengan cekap, cepat dan adil. Berilah perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan.

Jika harapan ini dihampakan, yang menerima padahnya ialah parti yang memerintah Kerajaan Pusat sekarang iaitu BN.

Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas (Kelantan dan Kedah), DAP (Pulau Pinang) dan PKR (Selangor) pun wajar membuktikan keikhlasan membela nasib kakitangan awam dan pegawai-pegawainya.

Mereka juga mengharapkan mendapat kenaikan gaji. Mampukah pakatan pembangkang melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awamnya?

Mungkin kita kena tunggu jawapan daripada pemimpin pembangkang yang mendakwa prihatin masalah rakyat.

Friday, March 9, 2012

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sumber Utusan

PENGUMUMAN gaji baru untuk kakitangan awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah satu langkah tepat untuk memartabatkan perkhidmatan awam, seterusnya menjadi pemangkin penjawat awam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus merangkumi kesemua gred berkuatkuasa Januari 2012 pastinya diterima baik oleh penjawat awam, khususnya selepas pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan ekoran rasa tidak puas hati di kalangan ramai penjawat awam, khususnya mereka dalam gred 27 ke bawah. SBPA dikatakan hanya memberikan kelebihan kepada mereka dalam gred 27 ke atas.

Nyata kerajaan amat prihatin terhadap rasa tidak puas hati penjawat awam ini dengan mengambil keputusan membatalkan SBPA. Sebaliknya Skim Saraan Malaysia (SSM) kembali diguna pakai dengan penambahbaikan. Justeru keputusan kerajaan ini wajar diterima dengan rasa syukur dan terima kasih.

Keputusan ini mungkin masih tidak dapat memuaskan hati setiap penjawat awam kerana memang sukar memuaskan hati setiap individu.

Tetapi kita percaya dengan cadangan penambahbaikan SSM, pelbagai lagi insentif bakal diberikan kepada penjawat awam pada masa hadapan. Sudah pasti kerajaan akan mengambil kira pelbagai aspek untuk memastikan penjawat awam terus terbela.

Namun ketika dilimpahi imbuhan ini, para penjawat awam mestilah membalas kembali dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Imbuhan yang diberi mestilah diiringi perkhidmatan cemerlang.

Awang – Pekerja swasta.

Pelarasan gaji pasti dimanupulasi pembangkang

Sumber Utusan

TAPAH Mac - Pengumuman pelarasan gaji sehingga 13 peratus bagi penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini pasti akan dimanipulasi oleh pihak pembangkang kononnya ia bertujuan untuk memancing undi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, memang tidak boleh dinafikan ada pihak yang akan sentiasa melihat apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan mempunyai motif tertentu atau ada udang di sebalik batu.

"Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mereka (pembangkang) kata ia usaha memancing undi. Perkara paling penting bagi sebuah kerajaan yang prihatin, kita bukan hanya bercakap, menabur janji atau membuat buku itu dan buku ini, tetapi kita mengotakannya.

"Paling penting, kita tahu apa yang kita lakukan merupakan satu keputusan yang responsif terhadap kehendak dan masalah-masalah yang dihadapi rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Surau Kampung Sungai Kurung, di sini hari ini.

Menurut Zambry, pengumuman itu menunjukkan Perdana Menteri amat prihatin dengan masalah dan maklum balas yang diterima daripada rakyat, khususnya dalam perkhidmatan awam.

"Dalam hal ini, meskipun di peringkat awal ia merupakan satu skim perkhidmatan yang dinyatakan sebagai transformasi yang baik bagi perkhidmatan awam negara kita, namun, apabila sampai ke peringkat pelaksanaannya, Perdana Menteri mendapat maklum balas daripada rakyat dan merasakan ia perlu diperbaiki," ujarnya.

Beliau menyifatkan pengumuman pelarasan gaji itu sangat baik dan sememangnya amat ditunggu oleh 1.3 juta kakitangan awam dengan memberikan agihan pelarasan gaji yang adil kepada semua.

Terdahulu, dalam lawatan sehari ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning, Zambry meluluskan peruntukan RM130,000 iaitu RM50,000 bagi membaik pulih Surau Kampung SMTD Sungai Lesung, menurap jalan Kampung Sungai Kurung (RM30,000) dan masing-masing RM25,000 untuk membina pagar surau dan sekolah agama rakyat di Kampung Sungai Kurung.

Beliau turut menyelesaikan masalah 80 penduduk setinggan di Kampung Kassim apabila meluluskan sebidang tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) seluas lapan hektar untuk menempatkan penduduk terbabit dan penduduk setinggan lain di sekitar.

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011