Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Saturday, November 13, 2010

Wajibkan pelajar IPT sertai aktiviti sukarela

UTUSAN : 12/11/2010


ROSMAH Mansor melihat lukisan sambil diberi penerangan oleh Pengerusi MIA, Kerk Loong Sing pada perasmian Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran mewajibkan para pelajarnya menyertai aktiviti sukarela dalam usaha memupuk ciri-ciri kepimpinan, bekerjasama dengan masyarakat, berfikiran sivik dan cenderung membantu golongan kurang bernasib baik.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penglibatan dalam aktiviti sukarela akan membolehkan pelajar bekerja berpasukan selain mempunyai perasaan kekitaan.

Bagaimanapun jelasnya, pelajar digalak memilih bidang sukarela yang diminati supaya perkara yang dilakukan dapat memberi kesan dan memanfaatkan kelompok masyarakat yang menerima bantuan.

"Saya gembira dengan penglibatan pelajar Institut Seni Lukis Malaysia (MIA) yang terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti mengajar anak-anak yatim dengan kemahiran serta ilmu kreativiti di samping mengadakan konsert amal untuk dana mangsa gempa bumi," ujarnya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA bagi mengumpul dana RM1 juta untuk membantu pelajar miskin yang berbakat dan memerlukan bantuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah dan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor (ACCCIM), Ter Leong Yap.

Pameran lukisan yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 14 November ini mempamerkan 157 lukisan karya pelukis tempatan dan luar negara termasuk Singapura, Taiwan, China dan Myanmar.

Rosmah berkata, pendidikan seni lukis juga membantu mengembangkan daya inovasi dan idea kreatif selain memahami bahasa, geografi dan sains.

Tambahnya, sesetengah ahli falsafah, saintis dan penulis terkenal di dunia adalah pelukis.

Sebagai contoh ujarnya, Leo-Nardo Davinci, Michel Angelo, Albert Einstein dan Picasso selain menjadi pelukis mereka juga adalah tukang ukir, saintis, ahli falsafah, arkitek dan penyair.

Katanya, golongan tersebut tidak hanya menumpukan bidang tertentu malahan daya kreativiti mereka turut dimanfaatkan dalam bidang lain.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011