Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Showing posts with label MENGENAI PRAGMATIS. Show all posts
Showing posts with label MENGENAI PRAGMATIS. Show all posts

Monday, January 31, 2011

TAHNIAH JAWATANKUASA KERJA PRAGMATIS USIM SESI 2011/2012


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia

Memulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda)
kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati)
kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan)
dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat)

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PRAGMATIS) SESI 2011/2012

JAWATANKUASA KERJA PRAGMATIS



PEMEGANG AMANAH


JURU AUDIT DALAMAN PRAGMATIS


Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS Sesi 2011/2012 "memohon restu" kepada sahabat dan rakan Pegawai Tadbir dan Iktisas untuk terus memberikan sokongan, bantuan dan kepercayaan kepada barisan Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS yang baru ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.

Semoga Allah memberikan bantuan serta dipermudahkan segala urusan agar Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS yang baru ini dapat menggalas harapan, cabaran dan amanah Allah ini dengan sebaiknya.

"PRAGMATIS Meneraju Dan Memimpin Kecemerlangan"




Persidangan Tahunan PRAGMATIS Sesi 2011/2012 Berjalan Lancar

Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia

Setinggi-tinggi munajat dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNYA Persidangan Agung Tahunan PRAGMATIS bagi sesi 2011/2012 berjalan dengan sempurna sekali tanpa sebarang kesulitan.

PRAGMATIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM atas kesudian merasmikan Persidangan Tahunan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Yang Berusaha Encik Mohammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM yang kami kasihi atas kesudian hadir sebagai tanda sokongan kepada PRAGMATIS.

Sesungguhnya sokongan berterusan Tuan Pendaftar kepada PRAGMATIS memberikan kami semangat untuk meneruskan usaha tanpa kenal penat dan jemu bagi memartabatkan lagi sektor perkhidmatan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM ketahap yang lebih tinggi.

Seramai lebih 70 ahli PRAGMATIS telah hadir ke Persidangan Tahunan ini, yang mana PRAGMATIS telah mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja, Pemegang Amanah dan Juru Audit Dalam bagi sesi lantikan 2011/12.

Pemilihan ini penting bagi memilih Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS yang baru (sesi 2011/2012) menggantikan Jawatankuasa Kerja Penaja PRAGMATIS 2010 yang telah berjaya meletakkan asas yang kukuh sebagai landasan pada masa hadapan.

Dengan fokus utama pada Persidangan kali ini iaitu

Memulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda)
kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati)
kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan)
dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat)

Semangat kekeluargaan dan uhkwah menyulami sepanjang proses Pemilihan Jawatankuasa Kerja yang diadakan.

Sesungguhnya yang terpilih kini harus insaf dan sedar bahawa mereka bertanggungjawab memikul amanah Allah ini dengan sebaiknya. Manakala rakan-rakan yang lain diharap dapat membantu, memberikan sokongan dan menyedari bahawa PRAGMATIS adalah milik semua yang harus diperjuangkan sebagai medium penyatuan FIKR, QALB, AMAL dan HADAF.

TAHNIAH! KEPADA JAWATANKUASA KERJA PRAGMATIS SESI 2011/2012, PEMEGANG AMANAH PRAGMATIS DAN JURU AUDIT DALAMAN PRAGMATIS




Semoga PRAGMATIS akan terus dapat memperjuangkan isu-isu yang releven berkaitan skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM seterusnya bergerak maju memacu USIM ke arah kecemerlangan yang berterusan dimasa hadapan.

"PRAGMATIS Meneraju Dan Memimpin Kecemerlangan"

Thursday, April 15, 2010

PRAGMATIS - MENDAPAT KELULUSAN PENDAFTAR PERTUBUHAN

.Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,


PRAGMATIS kini telah disahkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan perakuan sijil telahpun diterima pagi tadi dan diperakuan daftar bertarikh 1 MAC 2010 bersamaan 15 Rabiulakhir 1430H.


Penerimaan sijil sementara di pejabat ROS pagi tadi diwakili oleh En. Salehudin selaku presiden PRAGMATIS bersama kehadiran En. Akashah, En Zulfadli dan En. Syafful. Kami dimaklumkan satu majlis rasmi penyerahan sijil asal akan dilaksanakan ROS pada bulan JUN 2010 nanti bersama pertubuhan lain yang mendapat kelulusan sepanjang Januari - Mei 2010.


Selepas kelulusan pendaftaran ini diharapkan rakan & sahabat lebih bersemangat dan dapat terus bersama-sama memberikan sokongan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan PRAGMATIS selepas ini.

"Bersatu teguh, bercerai itu roboh... Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Platform telah tersedia buat kita selaku para kakitangan pengurusan & profesional dalam sektor pentadbiran dan ikhtisas... ayuh kita bersama bergandingan dalam menyumbang jasa bakti demi memartabatkan USIM...


Kepada Allah SWT kita berserah... moga dengan izin Allah SWT perancangan, usaha, ikhtiar dan tawakkal membolehkan kita membawa PRAGMATIS mencapai matlamatnya... Amin.

" PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Perubahan"
.

Friday, February 12, 2010

JAWATANKUASA PENAJA PRAGMATIS


JAWATANKUASA PENAJA PRAGMATIS
2009/2010




"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"


KEAHLIAN PRAGMATIS

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia dalam kategori A:

1. Pegawai Tadbir
2. Pustakawan
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pegawai Kewangan
5. Jurutera
6. Juruukur Bahan
7. Pegawai Penerbitan
8. Pegawai Belia dan Sukan
9. Pegawai Perubatan
10. Pegawai Pergigian
11. Arkitek
12. Pegawai Psikologi
13. Juruaudit
14. Pegawai Kebudayaan
15. Pereka Grafik
16. Pegawai Sains
17. Pegawai Keselamatan
18. Pegawai Undang-Undang
19. Pengurus Asrama
20. Pengawai Penyelidik
21. Pegawai Berita
22. Pegawai Hal-Ehwal Islam
23. Jururawat
24. Pegawai Farmasi
25. Lain-lain pegawai dan kakitangan bukan dari tenaga pengajar kecuali Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pengarah Pembangunan.

"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"




MATLAMAT DAN FUNGSI PRAGMATIS

MATLAMAT

1. Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan.

2. Menggalak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokrati.

3. Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan.

4. Memajukan bidang pentadbiran dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti.
















.
.
TUGAS / FUNGSI PERSATUAN


1. Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.

2. Memupuk dan melihara konsep, dasar dan matlamat Universiti Sains Islam Malaysia.

3. Sebagai satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas Universiti.

4. Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar Persatuan.

5. Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.

6. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti.

7. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi jugapihak berkuasa Universiti dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

8. Bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

9. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

10. Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalam menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli Persatuan.

11. Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.



"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"


MAKLUMAT KORPORAT PRAGMATIS

NAMA KORPORAT
.
PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PRAGMATIS)

NAMA PENDAFTARAN
.
Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (2009)
( PRAGMATIS )

MOTTO :

.
"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"

KEAHLIAN PRAGMATIS :

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia dalam kategori A ;
Lain-lain pegawai dan kakitangan bukan dari tenaga pengajar kecuali Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pengarah Pembangunan.

WARNA KORPORAT PRAGMATIS
.
MERAH, KUNING DAN BIRU - Selari dengan warna Logo PRAGMATIS


LOGO PRAGMATIS


Keterangan Rekabentuk :

1. Motif logo dilambangkan dengan imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan serta perkataan PRAGMATIS di tengah-tengah bermaksud nama ringkas persatuan.

2. Imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan ini menggambarkan sinergi, kesepakatan dan semangat kerja berpasukan diamalkan oleh ahli-ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia 2009 (PRAGMATIS) yang juga melambangkan amalan budaya kepemimpinan, profesionalisma dan integriti yang tinggi dalam pelaksanaan tugas.

3. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia 2009 (PRAGMATIS) sebagai satu Persatuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan profesionalisma secara berterusan disamping memelihara kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli Persatuan.

Keterangan Warna :

1. Warna Biru melambangkan nilai-nilai profesionalisme dan kepimpinan ahli Persatuan.
2. Warna Merah melambangkan semangat proaktif serta jatidiri ahli Persatuan.
3. Warna kuning melambangkan kepatuhan ahli Persatuan kepada 5 prinsip Rukunegara.

ALAMAT PRAGMATIS

D/A Pejabat Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia




DAHULU PERTIM KINI DIKENALI SEBAGAI PRAGMATIS


Salam Ukhwah,

Salam 1Malaysia,

Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM dahulu lebih dikenali dengan singkatan PERTIM. Namun selepas beberapa ketika pendaftaran persatuan ini dibawah singkatan nama PERTIM tidak dapat dilaksanakan kerana telah terdapat persatuan yang menggunakan singkatan nama PERTIM ini. Ketika itu usaha untuk mewujudkan sebuah persatuan berdaftar untuk para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Iktisas telah tertangguh atas masalah berkenaan.

Namun begitu bermula pada penghujung tahun 2009 Y.Bhg. Encik Muhamad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM telah melahirkan hasrat dan idea agar dapat tertubuhnya sebuah persatuan yang mengumpulkan dan merencanakan aktiviti khusus untuk Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas.

Menerusi beberapa siri perjumpaan dan perbincangan serta sokongan padu dari Y.Bhg. Pendaftar USIM maka usaha telah digerakkan dengan aktif sehingga Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM berjaya diaktifkan dan digerakkan semula setelah melalui proses penjenamaan semula dan kini dikenali dengan singkatan nama PRAGMATIS.

PRAGMATIS kini masih berstatus jawatankuasa penaja dan digerakkan aktif dengan diterajui oleh saudara Mohd Salehudin Sukor (Penolong Pendaftar Pusat Perkembangan Strategik & Hubungan Korporat) selaku pengerusi dan saudara Zulfadhli Hamzah (Penolong Pendaftar Pusat Inovasi Pengajaran & Pembelajaran) selaku setiausaha.

Sehingga kini seramai 60 pegawai telah pun berdaftar selaku ahli meliputi pelbagai cabang perkhidmatan di USIM. Ketika ini PRAGMATIS sedang diperingkat akhir kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertububuhan (ROS) dan dijangkakan mendapat kelulusan sekitar bulan Mac 2010.

Semoga dengan penjenamaan semula dibawah PRAGMATIS ini Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM akan terus mendapat sokongan daripada para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas agar kita dapat bersatu memacu perkembangan USIM menjadi institusi pendidikan yang tersohor dan terbilang.

"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"


BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011