Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Sunday, October 17, 2010

Perkasa modal insan, kualiti akademik IPT

UTUSAN : 16/10/2010

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Peruntukan sebanyak RM10.2 bilion dalam bajet 2011 untuk belanja pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkasa modal insan dan kualiti akademik institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian melihat Bajet 2011 sebagai bajet yang memperkasa dan memperkukuhkan lagi usaha dan peranan kementerian tersebut khususnya dalam menjana pembangunan modal insan.

“Langkah ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam menyediakan dan menjana modal insan yang berkualiti untuk kemajuan negara.

“Penambahan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion kepada RM10.2 bilion itu juga akan menggalakkan pemantapan kualiti kepada tenaga ahli akademik di IPT dengan pemberian peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menambahkan peratusan kelulusan Sarjana Kedoktoran (PhD).

“Pemantapan kualiti turut dilihat menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPT awam dan membolehkan mereka dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi gred turus,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan belanja mengurus sebanyak RM10.2 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi, RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran dan RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia untuk tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011