Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, October 8, 2010

KPT tubuh MyACE galak penerokaan angkasa

UTUSAN : 07/10/2010

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan penubuhan Persatuan Pengembara Angkasa Muda Malaysia (MyACE) dalam usaha meningkatkan minat belia terhadap penerokaan angkasa lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keahlian MyACE yang bakal melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu akan ditubuhkan di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut beliau, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akan bertindak selaku Penasihat MyACE dan ia menjadi platform bagi golongan muda menceburi bidang berkaitan aeroangkasa yang mampu memacu pendapatan.

"Justeru, melalui MyACE, kementerian yakin ia dapat memperkasakan penuntut kita dalam bersama memajukan bidang berkenaan.

"Sebagai contoh, kita lihat perlumbaan Formula One (F1). Ia bukan sekadar pelumba dan kereta sahaja tetapi kejuruteraannya termasuk reka bentuk, pakaian dan mereka yang bertugas di belakang sebagai profesional," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Sesi Teknikal Kongres Kajian Planet Ke-23 di Dewan Tuanku Canselor, UKM, Bangi dekat sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) UKM, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri; Dr. Sheikh Muszaphar; Presiden Persatuan Penerokaan Angkasa (ASE), Chris A. Hadfield serta 65 angkasawan dari 17 negara.

Kongres selama lima hari itu dianjurkan ASE dengan kerjasama kementerian itu selain Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, UKM dan Universiti Multimedia (MMU).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, MyACE akan dilancarkan tidak lama lagi dan kementerian berharap ia akan menjadi sebuah persatuan bertaraf profesional.

"Kita juga akan meminta pandangan dan tunjuk ajar ASE dalam melaksanakan pelbagai program," katanya.

Sementara itu, Dr. Sheikh Muszaphar ketika ditemui berkata, pihaknya amat berbesar hati dan gembira dengan pengumuman kementerian dalam menubuhkan MyACE.

Katanya, melalui MyACE, pelbagai program akan dirangka dan keahliannya juga bakal dibuka kepada golongan pelajar sekolah serta profesional tidak lama lagi.

"Banyak program telah dirangka dan saya sememangnya tidak mampu untuk melaksanakannya seorang diri. Antara program yang dirancang ialah Kem Angkasa Lepas selain sesi ceramah.

"Sebagai bekas angkasawan, saya pasti akan menggunakan rangkaian-rangkaian agensi angkasa lepas negara luar untuk berkongsi idea dan kerjasama," ujarnya.

Mengenai perjalanan kongres berkenaan, beliau menjelaskan, kehadiran angkasawan negara luar adalah untuk mempromosikan penerokaan angkasa lepas kepada golongan penuntut universiti dan pelajar.

"Impak daripada kongres ini sudah tentu akan mendedahkan golongan sasaran agar mengubah minda selain bertukar-tukar pandangan terhadap diskusi perubahan iklim dan bidang sains lain," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011