Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Monday, October 18, 2010

Komersialkan hasil R&D – Khaled Nordin

UTUSAN : 17/10/2010

JOHOR BAHRU 16 Okt. – Kementerian Pengajian Tinggi akan memberi fokus utama mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan pada tahun depan melalui sebahagian besar peruntukan RM10.2 bilion yang diterima kementerian itu dalam Bajet 2011.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu perlu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penghasilan R&D luar negara sekali gus memenuhi keperluan tempatan.

“R&D tempatan perlu dikomersialkan, jika tidak, ia tidak jadi apa. Kita akan salurkan peruntukan besar untuk R&D melalui dana yang diperoleh kementerian tetapi jumlahnya masih belum ditentukan.

“Selain itu, pihak kementerian juga akan pastikan penemuan-penemuan baru R&D itu nanti mempunyai nilai komersial bukan sahaja dalam negara tetapi juga di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Sehari Penduduk Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Program Kejiranan Lestari di Padang Awam Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.

Melalui Belanjawan 2011 semalam, kerajaan memperuntukkan RM411 juta bagi kegiatan R&D bertujuan meningkatkan kegiatan nilai tambah dalam setiap sektor ekonomi.

Khaled berkata, kerajaan serius dalam usaha mengkomersialkan hasil R&D dan bagi dua tahun ini, sebanyak RM800 juta disalurkan khusus untuk membangunkan bidang tersebut.

Bidang itu katanya turut menerima peruntukan RM300 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan jumlah itu menunjukkan kerajaan mahu industri berasaskan R&D tempatan berkembang.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011