Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, December 30, 2010

USIM pertahan kejuaraan debat bahasa Arab

ARKIB : 30/12/2010

USIM pertahan kejuaraan debat bahasa Arab


SEBAHAGIAN pelajar dari Kabupaten Tanah Datar Luak Nan Tuo Minangkabau, Provinsi (Wilayah) Sumatera Barat, Indonesia duduk mendengar taklimat di Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, baru-baru ini.


SEREMBAN 29 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar kejayaan bermakna apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kategori bahasa Arab.

Pertandingan itu berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, baru-baru ini.

USIM berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan itu setelah menewaskan pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada peringkat akhir kategori berkenaan melalui debat bertajuk 'Melahirkan Jaguh Atlet Sukan Adalah Tanggungjawab individu'.

Menerusi kejayaan itu, USIM yang dianggotai oleh Mohd. Izzat Amsyar Mohd. Arif, Maisarah Mohd. Rafie, Mohd. Najib Taha dan Firdaus Ab. Rahman telah berjaya membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM5,000, piala iringan serta sijil.

Lebih manis, Mohd. Izzat selaku ketua kumpulan tersebut juga telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000, piala iringan serta sijil.

Menurutnya, dia tidak menyangka dinobatkan sebagai pendebat terbaik dan nyata lebih bersyukur apabila pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan tersebut dua tahun berturut-turut.

''Kejayaan ini bukan sahaja untuk diri saya, malah ia sebenarnya untuk semua teman-teman pendebat serta seluruh warga USIM.

''Debat Diraja 2010 merupakan kejohanan terakhir yang saya sertai sebelum mengakhiri karier saya sebagai pendebat universiti ini dan Alhamdulillah saya telah menamatkannya dengan kenangan yang amat manis," kata penuntut tahun akhir Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang itu.

Tambah Maisarah, usaha mempertahankan gelaran juara merupakan satu cabaran besar buat dirinya dan rakannya yang lain.

''Memang saya akui, tekanan memang dirasai sejak awal saingan lagi tetapi berkat sokongan dan semangat semua termasuk teman-teman dari pasukan debat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris USIM, kita berjaya sampai ke tahap ini," jelasnya.

Pertandingan itu dianjurkan sejak 1995 dan kali ini sebanyak 35 pasukan daripada 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengambil bahagian dalam pertandingan bahasa Melayu.

Bagi kategori bahasa Arab pula, sebanyak 18 pasukan daripada sembilan IPTA mengambil bahagian manakala kategori bahasa Inggeris melibatkan 14 IPTA dan satu IPTS.

Debat Diraja edisi ke-15 yang berlangsung 17 hingga 22 Disember lalu itu turut menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori bahasa Melayu manakala kategori bahasa Inggeris pula diungguli Universiti Malaya (UM).

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011