Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, December 23, 2010

Program sedarkan peserta

ARKIB : 23/12/2010

SEREMBAN 22 Dis. - Program Perkhemahan Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak 11 Disember lalu telah memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan ilmu dan kehidupan berlandaskan agama.

Menurut peserta terlibat, mereka bukan sahaja dapat mengukuhkan cara untuk belajar tetapi pada masa yang sama dapat mengukuhkan jati diri.

Salah seorang peserta, Ahmad Al-Atif Ahmad Subki, 8, berkata, sejak dia memasuki perkhemahan itu, banyak ilmu yang diperoleh termasuklah aspek pembentukan jati diri dan kehidupan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

''Saya dapat belajar dengan kaedah betul, malahan corak pengajiannya juga berlainan. Ini sesuatu yang baru bagi saya," katanya ketika ditemui pada Perkhemahan Permata Insan di USIM, Nilai dekat sini hari ini.

Program perkhemahan itu hari ini menerima kunjung isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan Penaung Program Permata Negara.

Kata Ahmad Al-Atif yang berasal dari Ampang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Ilmi, dia berbangga kerana terpilih daripada kalangan 9,000 peserta lain untuk memasuki perkhemahan itu dan tentulah pembelajaran yang didedahkan selama dua minggu itu memberi kesan.

''Di sini kami diajar membaca dan memahami al-Quran dan al-Sunnah, selain diajar berbahasa Arab dan bahasa Inggeris serta mental aritmatik.

''Kita juga diajar bersyarah, berbual bicara, melakukan persembahan dan berfikiran kreatif," katanya.

Ahmad Al-Atif yang bercita-cita menjadi seorang guru agama turut diberi penghormatan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada majlis yang dihadiri Rosmah.

''Saya mula menghafal ayat suci al-Quran sejak berusia empat tahun," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Seorang lagi peserta, Ahmad Faiz Yazid, 8, dari Sekolah Dato' Hashim 2, Kota Bahru, Kelantan pula, menyifatkan program Permata Insan sebagai yang terbaik.

''Saya memohon memasuki Permata Pintar dan telah menjalani ujian UKM pelbagai peringkat. Apabila saya diterima memasuki perkhemahan ini, tentulah saya gembira, apatah lagi ia merupakan program Permata Insan.

''Saya dapati ia banyak memberi manfaat kepada diri saya dalam mendalami ilmu agama, selain mampu membentuk jati diri saya agar lebih kuat, menghormati kedua ibu dan bapa, sertai orang lain di sekeliling," katanya yang ditugaskan sebagai juruacara pada majlis yang dihadiri Rosmah, hari ini.

''Di sini kami diajar bersolat dengan betul, aspek berkaitan akidah dan pemantapan diri," ujar anak tunggal daripada keluarga pendidik itu.

Bagi Nur Shafiqah Natasha Johari, 8, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chi Wen, Wilayah Persekutuan Labuan berkata, dia mendapat ramai kawan dan kenalan baru dalam program tersebut.

''Seronok sekali. Didikan dalam Permata Insan melibatkan banyak perkara, dari kita berpakaian sehinggalah adab membaca al-Quran.

''Dalam aspek pendidikan lain seperti mental aritmatik, saya kini lebih faham kaedah belajar dan mengira dengan betul, pantas dan berkesan. Ini akan membuatkan minda saya sentiasa berfikir dengan positif," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Nur Shafiqah yang bercita-cita menjadi doktor perubatan memberitahu, dalam agama Islam juga mempunyai didikan berkaitan perubatan.

''Saya percaya, ilmu yang diperoleh di sini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian apabila balik kelak,'' katanya yang kini menguasai bahasa Mandarin dengan baik.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011