Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, December 22, 2010

Program Permata Insan USIM

SEREMBAN 21 Dis. - Seramai 48 pelajar berusia lapan tahun kini memasuki 'kampus' Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai untuk mengikuti Program Permata Insan bermula 11 Disember lalu hingga Jumaat ini.

Program tersebut merupakan pendekatan untuk mengenal pasti pelajar pintar seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara menyeluruh ke tahap yang optimum.

Unit Komunikasi Korporat USIM dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu, program yang dijalankan itu juga memberi penekanan terhadap aspek penyediaan dan pembangunan sistem sokongan termasuk bimbingan kepada ibu bapa bagi membantu perkembangan holistik pelajar.

Bersempena dengan perkhemahan ini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Program Permata Negara dijangka mengadakan lawatan kerja ke program itu esok bermula pukul 9.30 pagi bagi menyatakan sokongan kepada para peserta.

Tambah kenyataan itu, dengan tema, 'Menjana Cendekiawan Islam', diharap dapat menjadi satu langkah yang proaktif bagi membentuk generasi yang celik ilmu duniawi dan ukhrawi, selain mengembalikan zaman kegemilangan ulama silam.

Usaha ini dilihat sebagai langkah permulaan bagi negara untuk melahirkan kanak-kanak generasi al-Quran yang bakal menjadi tokoh ilmuwan Islam serta mampu membangunkan metodologi baru dalam menafsirkan al-Quran dan sunnah.

Program di USIM ini akan menjadi satu titik tolak kepada aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai teknokrat dan profesional Islam pada masa hadapan.

Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang terpilih telah menjalani siri ujian pemilihan khas dan ia telah dibuat menerusi proses saringan Ujian Kecerdasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) I yang berlangsung sepanjang bulan Mac hingga Mei lalu.

Mereka yang berjaya melepasi tahap kecerdasan UKM 1, disaring di peringkat seterusnya melalui Ujian Kecerdasan UKM II dan Ujian USIM I bagi melihat kecenderungan mereka dalam pengajian agama di samping menilai sahsiah pelajar dan sokongan keluarga.

Menerusi bengkel dan aktiviti perkhemahan, pelajar juga perlu menjalani proses pembelajaran, pengukuhan dan penilaian berterusan di lokasi strategik dengan melalui beberapa fasa dari usia lapan tahun hingga ke peringkat pendidikan menengah.

Potensi dan prestasi pelajar akan dikembangkan dengan berpandukan modul pembelajaran yang disediakan oleh Akademi Permata Insan, USIM.

Akademi ini terdiri daripada ahli-ahli profesional mengikut kepakaran tertentu dari kalangan pensyarah, kaunselor, guru, serta pelajar USIM peringkat sarjana atau doktor falsafah.

Sehubungan itu, kurikulum Permata Insan dibina merangkumi empat aspek utama iaitu al-Quran dan as-sunnah, bahasa Inggeris, Arab dan pembangunan insan yang merangkumi pembangunan sahsiah, emosi, kreativiti, ICT, mental aritmetik, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Hasil kerjasama dengan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi, kurikulum yang digunakan ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kerjasama ini juga dapat mendedahkan para pelajar dengan pengalaman pembelajaran di luar negara, lawatan ke institusi-institusi ilmu, penyertaan ke persidangan dan bengkel, program pertukaran pelajar antarabangsa dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011