Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, December 23, 2010

Permata Insan diiktiraf antarabangsa



Rosmah Mansor menyampaikan komputer riba kepada sebahagian kanak-kanak Program Permata Insan di USIM, Nilai, Seremban, semalam.


SEREMBAN 22 Dis. - Program Permata Insan sedang melalui skala lebih besar apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas jalinan kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Al Mawhibbah King Abdul Aziz di Riyadh, Arab Saudi yang kini berada di fasa permuafakatan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui pengiktirafan itu, Program Permata Insan di USIM turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Al Tayyibah, Madinah dalam membangunkan kurikulum khususnya bidang al-Quran dan al-Sunnah.

''Kerjasama antara USIM dan Al Mawhibbah akan dimeterai pada 10 Januari tahun depan di Riyadh, Arab Saudi.

''Saya akan menyaksikan detik bersejarah itu kerana kebetulan saya berada di Riyadh bagi membentangkan ucaptama Persidangan Pendidikan anjuran Kementerian Pelajaran Arab Saudi," katanya ketika berucap sempena lawatan kerja ke Perkhemahan Permata Insan di USIM Nilai dekat sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda dan Pengarah Akademi Permata Insan USIM, Prof. Datin Seri Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.

Rosmah yang merupakan Penaung Permata Negara memberitahu, adalah menjadi harapannya agar usaha itu berjaya sekali gus mampu membangunkan cendekiawan Islam mengikut landasan yang betul.

''Memang menjadi hasrat kita mahu melihat anak-anak dalam program Permata suatu hari nanti menjadi insan hebat, boleh menguasai pelbagai bahasa, berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan tidak kekok dalam banyak aspek serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi," ujar beliau.

Rosmah menjelaskan, dalam program Permata Insan, seramai 9,000 pelajar berusia lapan tahun dari seluruh negara telah menduduki Ujian Universiti Kebangsaan Malaysia 1 (UKM) - Kecerdasan dan hanya 390 orang yang layak ke saringan UKM2.

''Selepas mereka melalui saringan 3 dan 4, hanya 50 peserta akhir yang menyertai kem ini tetapi cuma 48 yang dapat hadir kerana dua lagi mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan," kata beliau.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyerahkan sebanyak 48 unit komputer riba dan perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada peserta yang menyertai perkhemahan itu.

''Pemberian komputer riba ini bertujuan melihat peningkatan berterusan diberikan kepada peserta yang terlibat dan membolehkan mereka mengikuti pembelajaran melalui dalam talian sekembali di rumah masing-masing,'' katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kagum dengan kebolehan peserta perkhemahan Permata Insan yang menunjukkan bakat membaca al-Quran, membimbing bacaan doa serta menjadi juruacara majlis.

Perkhemahan Permata Insan di USIM itu yang berlangsung sejak 11 Disember lalu dan berakhir Jumaat ini, melibatkan 48 pelajar berusia lapan tahun dari seluruh negara termasuk dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011