Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, October 29, 2010

Muhamad Nor tokoh qiraat


utusan : 28/10/2010


Syaikh ismail Mohamad ialah antara anak didik Muhammad Nor Che Ibrahim.


Salah seorang tokoh yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu Qiraat di Malaysia ialah Datuk Muhammad Nor Che Ibrahim.

Beliau dilahirkan pada tahun 1905 dan meninggal pada tahun 1987. Pernah menjawat jawatan mufti negeri Kelantan antara tahun 1968 hingga 1987.

Keilmuannya yang tinggi dalam bidang hafazan al-Quran dan yang berkaitan dengannya telah diberikan amanah oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pengasas Maahad Tahfiz al-Quran di Masjid Negara iaitu antara tahun 1965 hingga 1968.

Berkat kesungguhan dan kesabarannya mendidik generasi pertama di Malaysia menghafaz al-Quran maka lahirlah tokoh-tokoh al-Quran seperti Datuk Abu Hasan Din al-hafiz, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Mohamad al-hafiz, Datuk Salahuddin Omar al-hafiz, Muhsin Mohd. Said al-hafiz, Zainal Abidin Ahmad al-hafiz dan lain-lain.

Mereka inilah yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan tahfiz al-Quran dan Ilmu Qiraat di Malaysia.

Muhammad Nor menghafaz al-Quran di Mekah. Menurut Syaikh Ismail Mohamad, antara guru Muhammad Nor di Mekah ialah Tok Senggora yang terkenal dengan karanganya dalam ilmu tajwid yang bertajuk Mawrid al-Zam'an.

"Allahyarham seorang guru yang tegas, keras tetapi baik. Alhamdulillah, kami dapat belajar dengan beliau selama dua setangah tahun dan menghabiskan al-Quran 30 juzuk.

"Seperkara mengenai Allahyarham ialah sungguhpun bertubuh kecil tetapi gerun melihatnya. Memang saya akui sukar untuk dicari ganti orang seperti beliau ditambah pula, beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris, apa lagi bahasa Melayu.

"Beliau juga seorang yang alim, warak, Kalau nak cari seperti ini memang sukarlah sekarang ini," kata Syaikh Ismail yang menganggap Allahyarham seperti bapanya sendiri.

Sementara itu, Prof. Dr Abdullah Alwi Hasan dalam artikelnya 'Datuk Hj Muhammad Nor bin Hj Che Ibrahim', Muhammad Nor mendapat ijazah al-Quran dan juga Tujuh Qiraat daripada 20 qari tersohor di Mekah. Antara mereka ialah Sheikh Tiji.

Jika dilakukan penelitian sanad al-Quran Muhammad Nor ia merupakan sanad yang tinggi. Salasilah hubungan gurunya iaitu Sheikh Tiji hingga kepada Rasulullah SAW adalah sanad yang masyhur di tanah arab sama ada di Mesir, Syria atau Arab Saudi.

Nama penuh Sheikh Tiji ialah Sayyid Ahmad Ibn Hamid Ibn Abdul Razzaq al-Husaini al-Tiji al-Ridi. Beliau lahir pada tahun 1285 hijrah di kampung Ridah, Mesir dan meninggal dunia di Mekah pada tahun 1368 hijrah.

Beliau menghafaz al-Quran dan menerima ilmu qiraat dari beberapa guru antaranya Sheikh Ali Dabba' iaitu Sheikh Qurra di Mesir.

Sheikh Tiji amat dikenali di kalangan ulama Mekah dan Madinah. Ramai di kalangan mereka yang menjadi muridnya antaranya ialah Sheikh Muhamad Amin al-Kutbi, Sheikh Ahmad Abdullah al-Hijazi.

Sheikh Tiji menjadi rujukan dalam ilmu qiraat sehingga digelar Sheikh Qurra Mekah atau Sheikh Qurra Hijaz.

Sumbangan besar beliau kepada al-Quran selain pengajaran ialah menjadi pentashih al-Quran bersama-sama Sheikh Abdul Zahir Abu al-Samh imam dan Khatib Masjid al-Haram Mekah dan Sayyid Muhammad Ahmad Syata.

Al-Quran yang ditulis oleh Sheikh Muhamad Tahir al-Kurdi itu ditulis mengikut kaedah Rasm Uthmani. Hasil semakan lujnah pentashih tersebut menjadi kenyataan apabila mushaf berkenaan dicetak buat pertama kalinya di Arab Saudi pada tahun 1369 hijrah. Dan nama Sheikh Tiji bersama pentashih lain terdapat di akhir helaian mushaf yang dipanggil Mushaf Makkah al-Mukarramah.

Berbalik kepada Muhammad Nor, setelah menabur jasa kepada generasi pertama penghafal al-Quran di Masjid Negara, beliau balik ke negerinya Kelantan dan memberi sumbangan dalam pengajaran al-Quran.

Beliau diamanahkan mengasas kelas tahfiz al-Quran dan Tafaqquh fi al-Din di Masjid Muhamadi iaitu di antara tahun 1970 hingga 1974.

Selain meninggalkan murid yang berkaliber dalam ilmu al-Quran dan syariah, beliau juga meninggalkan penulisan yang terus menjadi rujukan umat Islam di negara kita pada hari ini seperti Tafsir Pimpinan Rahman dan Mastika Hadith. Kedua-duanya terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dalam bidang qiraat, karanganya ialah berkaitan kaedah bacaan riwayat Warsy dari Qiraat Nafei Ibn Abi Nuaim. Walaupun sudah terdapat penulisan disertasi berkaitan Muhammad Nor, artikel yang diterbit di jurnal Universiti Sains Islam Malaysia dan wacana berkaitan pandangannya dalam ilmu fiqh diadakan.

Namun aspek sanadnya dalam al-Quran dan qiraat dari sudut terjemahan guru-gurunya hingga ke Rasulullah SAW perlu dikaji dengan lebih mendalam dan teliti.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011