
Salam ukhwah,
Salam 1Malaysia
Alhamdulillah... ForumPerdana Palestin "Cabaran & Peranan Kita" yang berlangsung tadi telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya... Lebih 600 Kakitangan dan Pelajar telah menghadirkan diri bagi mendengar dan berkongsi pandangan bersama panel forum berkaitan Isu Palestin ini.
Mungkin tiada ungkapan kata atau penulisan tinta yang dapat menggambarkan ilmu serta penghayatan yang diperolehi menerusi forum ini... hanya yang hadir sahaja dapat merasakan betapa hati naluri ini terpanggil untuk menyumbang demi Palestin dan betapa semangat tersemai bahawa isu Palestin bukan isu terpencil bahkan isu ummah yang harus kita perjuangkan bersama.
Betapa perasaan bercampur baur antara hiba, sedih, marah dan simpati atas penganiayaan yang dilakukan Israel laknatullah terhadap saudara kita di Palestin... gambar-gambar menyayat hati... gambar yang memaparkan kekejaman Rejim Zionis Israel... gambar anak-anak yatim piatu... serta segala kesedihan, penderitaan, ketabahan dan semangat serta kisah rakyat Palestin disampaikan begitu baik oleh panelis forum ini... betapa hati-hati ini tersentuh dan dan menginsafi bahawa kerdilnya ujian Allah buat kita jika dibandingkan ujian yang sedang dihadapi ummah di Palestin.
Betapa anak-anak Palestin menderita dan zaman kanak-kanak mereka musnah akibat kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga... Betapa anak-anak ini telah menjadi lebih dewasa dan matang berbanding usia mereka demi untuk terus 'survived' dalam situasi genting sebegitu... betapa akhlak mereka dipelihara Allah walau kehilangan didikan ibu serta ayah dan keluarga mereka...
Ditambahkan pula dengan penceritaan pengalaman sendiri oleh 2 panelis yang merupakan sukarelawan yang terlibat dalam insiden Mavi Marvara diserang tentera komando Israel... mendedahkan segala kekejaman dan taktik keji Israel laknatullah demi menjajah dan memusnahkan negara Palestin. Segala pendedahan ini membuatkan penghayatan hadirin terhadap isu ini begitu mendalam sekali...
PRAGMATIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada panels forum ini iaitu Tuan Haji Jamuluddin Elias (yayasan Amal), Encik Mustafa Mansor (MAPIM) dan Puan Hashimah Salleh (AMAN Palestin) serta moderator forum ini Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin (Aman Palestin) kerana menjayakan forum ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas sumbangan besar kalian dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dibumi Anbiya' ini.
PRAGMATIS turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan dan para pelajar yang telah hadir memberikan sokongan terhadap program ini. Semoga manfaat dan ilmu yang diperolehi dapat disebarkan agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita seharian. Semoga anda terus dapat memberikan sokongan terhadap program yang bakal dianjurkan lagi oleh PRAGMATIS.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan buat sahabat seperjuangan dari urusetia AMAN Palestin, PEMBINA dan PRAGMATIS atas sumbangan dan jasa bakti semua bagi menjayakan forum ini.
Temu janji kita yang seterusnya adalah pada Konsert Demi Mu Al-Aqsa yang akan berlangsung esok (17 Julai 2010) jam 8.00 malam di stadium tertutup nilai. Tiket berharga RM 10.00 sahaja dan boleh didapati di agen tiket di LINK INI (sila Klik). Kesemua kutipan akan disalurkan kepada kerja-kerja kemanusiaan Palestin dan anggaplah kehadiran menerusi pembelian tiket itu merupakan sumbangan saudara/saudari semua demi perasaan cinta terhadap bumi Palestin.
Sesungguhnya segala kebaikan dan kejayaan penganjuran Program Forum ini adalah dari Allah SWT... segala kekurangan dan kelemahan penganjuran forum ini adalah dari kami. Urusetia PRAGMATIS USIM memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan ini. InsyaAllah dengan izin Allah... murahnya rezeki, umur yang panjang dan pertemuan yang ditakdirkan kita akan bertemu lagi pada program yang akan datang... Wassalam.
"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"
.
.
No comments:
Post a Comment