QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
DAHULU PERTIM KINI DIKENALI SEBAGAI PRAGMATIS
Salam Ukhwah,Salam 1Malaysia,Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM dahulu lebih dikenali dengan singkatan PERTIM. Namun selepas beberapa ketika pendaftaran persatuan ini dibawah singkatan nama PERTIM tidak dapat dilaksanakan kerana telah terdapat persatuan yang menggunakan singkatan nama PERTIM ini. Ketika itu usaha untuk mewujudkan sebuah persatuan berdaftar untuk para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Iktisas telah tertangguh atas masalah berkenaan.Namun begitu bermula pada penghujung tahun 2009 Y.Bhg. Encik Muhamad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM telah melahirkan hasrat dan idea agar dapat tertubuhnya sebuah persatuan yang mengumpulkan dan merencanakan aktiviti khusus untuk Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas. Menerusi beberapa siri perjumpaan dan perbincangan serta sokongan padu dari Y.Bhg. Pendaftar USIM maka usaha telah digerakkan dengan aktif sehingga Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM berjaya diaktifkan dan digerakkan semula setelah melalui proses penjenamaan semula dan kini dikenali dengan singkatan nama PRAGMATIS.PRAGMATIS kini masih berstatus jawatankuasa penaja dan digerakkan aktif dengan diterajui oleh saudara Mohd Salehudin Sukor (Penolong Pendaftar Pusat Perkembangan Strategik & Hubungan Korporat) selaku pengerusi dan saudara Zulfadhli Hamzah (Penolong Pendaftar Pusat Inovasi Pengajaran & Pembelajaran) selaku setiausaha.Sehingga kini seramai 60 pegawai telah pun berdaftar selaku ahli meliputi pelbagai cabang perkhidmatan di USIM. Ketika ini PRAGMATIS sedang diperingkat akhir kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertububuhan (ROS) dan dijangkakan mendapat kelulusan sekitar bulan Mac 2010.Semoga dengan penjenamaan semula dibawah PRAGMATIS ini Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM akan terus mendapat sokongan daripada para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas agar kita dapat bersatu memacu perkembangan USIM menjadi institusi pendidikan yang tersohor dan terbilang."'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
NAMA KORPORAT . PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (PRAGMATIS) NAMA PENDAFTARAN . Persatuan Pegawai Tadb...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam 1 Malaysia, Salam Ukhwah. SEMUA ADALAH DI JEMPUT HADIR KE KONSERT DEMI MU AL-AQSA... SEBAGAI MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN TERHADAP ISU P...
-
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan pen...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment