Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, November 4, 2010

Umur bersara hakim 66 tahun

UTUSAN : 03/11/2010


JAMIL Khir Baharom melihat kecederaan Mohd. Ajril Azizi yang terlibat dalam kemalangan di Hospital Selayang, semalam.


SEREMBAN 2 Nov. - Kerajaan melanjutkan had usia persaraan hakim Mahkamah Syariah daripada 58 tahun kepada 66 tahun mulai tahun ini, selaras matlamat menambah baik sistem kehakiman syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu juga selaras dengan had usia persaraan hakim Mahkamah Sivil.

"Keputusan ini diharap meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agar hakim yang baru dapat menimba pengalaman daripada hakim yang senior ini.

"Selain itu, ia berdasarkan keperluan semasa memandangkan kes Mahkamah Syariah semakin meningkat. Dengan adanya hakim-hakim yang berpengalaman ini, kita harap tiada kes tertangguh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Syariah dan Undang-Undang peringkat kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut; Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor; dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Jamir Khir menambah, keputusan tersebut memberi pilihan kepada pesara mengisi jawatan terbabit tidak melebihi lima tahun sehingga mencapai had usia maksimum 66 tahun.

Katanya, lantikan tersebut melibatkan Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri.

"Dulu selepas persaraan wajib 58 tahun, perkhidmatan mereka disambung secara kontrak pada setiap tahun tetapi kini tempoh persaraan mereka adalah sehingga 66 tahun," katanya.

Dalam pada itu, dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, seminar seperti itu sangat penting dan bernilai tinggi dalam membantu menambah baik serta memartabatkan sistem kehakiman syariah.

"Pengetahuan lebih bersifat holistik sebegini diharap membantu pengamal undang-undang syariah dalam mencari jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan serta isu syariah yang makin kompleks," katanya.

Tambahnya, adalah penting untuk mereka sentiasa selari dengan arus semasa, kreatif dan proaktif dalam merungkai isu-isu yang timbul dan dalam mentafsir undang-undang syariah berlandaskan pada hukum syarak.

"Pemisahan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah tidak wajar dilihat sebagai penyelesaian muktamad, malah memerlukan penggemblengan tenaga dan usaha yang berterusan ke arah memartabatkan undang-undang syariah di negara ini," katanya.

Beliau berkata, inisiatif yang konsisten perlu untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap keunggulan undang-undang Islam dalam menjamin keadilan kepada semua pihak tanpa batasan bangsa atau agama.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011