Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, November 12, 2010

Adat Perpatih mampu cegah penagihan dadah

ARKIB : 11/11/2010

SEREMBAN 10 Nov. - Sistem kekeluargaan yang diterapkan menerusi amalan Adat Perpatih di negeri ini mampu dijadikan perisai dalam usaha mencegah penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pengarah Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin berkata, sistem berkenaan menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang mempunyai pegangan serta jati diri yang teguh lagi unggul.

"Justeru, sistem kekeluargaan adat Perpatih yang unik serta mengandungi pelbagai elemen menarik ini dilihat mampu melahirkan generasi bersahsiah tinggi.

"Jangan biarkan ia lenyap ditelan zaman dan tidak diwarisi oleh anak belia kita kerana ia mampu menjadi benteng ke arah mengelakkan mereka daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah," katanya pada konvensyen Transformasi Program Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rujihan Ramli.

Jelasnya, selain keluarga, tiga institusi lain iaitu komuniti, institusi pendidikan dan tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam membanteras gejala berkaitan dadah.

"Bagaimanapun, peserta konvensyen yang hadir hari ini diharapkan dapat menterjemahkan input yang diterima dengan memperlihatkan usaha untuk membanteras dadah dengan apa cara sekali pun dan bukan sekadar melepas batuk di tangga," katanya.

Abd. Halim berkata, institusi pendidikan dan tempat kerja disarankan untuk memainkan peranan dalam membentuk persekitaran bebas dadah khusus di kalangan pelajar atau pekerja masing-masing.

"Pelabagi program yang mereka boleh adakan di pusat pendidikan dan pengajian atau pejabat bagi tujuan tersebut termasuk aktiviti pencegahan dan juga khidmat kaunseling," katanya.

Sementara itu, Abd. Samad memberitahu, semua resolusi yang diputuskan dalam konvensyen berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Resolusi ini bakal dijadikan garis panduan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di negeri ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011