Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT PULANG DAN TAHNIAH : ENCIK HAMMAD FARHI MOHD SAUDI

Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Ahli PRAGMATIS USIM mengucapkan selamat kembali dan tahniah kepada Encik Hammad Farhi Mohd Saudi - Timbalan Pendaftar, Unit Komunikasi Korporat yang telah pulang dari menyambung pengajian beliau dan telah melaporkan diri untuk mula bertugas kembali di USIM pada hari ini.

Beliau telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana beliau selama 9 bulan sahaja di sebuah Universiti di United Kindom dalam bidang "Corporate Branding". Beliau merupakan perintis dengan menjadi individu pertama di kalangan pentadbir mendapat biasiswa penuh bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sesungguhnya usaha keras beliau sepanjang pengajian dengan membawa nama USIM dan cabaran dengan membawa keluarga bersama sewaktu pengajian seharusnya mendapat pujian oleh kerana bukan mudah untuk menamatkan pengajian dalam masa yang begitu singkat sekali.

Semoga kejayaan beliau dapat menjadi inspirasi di kalangan Pentadbir USIM bagi terus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik agar mampu memberikan sumbangan optimum kepada USIM.

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"

1 comment:

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011