Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, February 17, 2010

KERJA ADALAH IBADAH

Salam Ukhwah,
Salam 1Malaysia

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti.

Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:

“Katakanlah(Wahai Muhammad): ”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani.

Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:

“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)

Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:

1.Bekerja untuk keperluan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”

2. Bekerja untuk keperluan keluarga.

Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat

Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”

4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah

Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini.


Pendek cerita, ada 5 syarat bagi menjadikan satu-satu kerja itu boleh menjadi ibadah.

1. Pertama, niat yang betul dan baik. Contohnya bekerja kerana memenuhi tuntutan fardhu kifayah, menyara keluarga. Bukannya bekerja untuk menjatuhkan seseorang, untuk sombong dan sebagainya.

2. Kedua, kerja itu halal dan sah menurut syarak. Mencari kerja yang halal adalah wajib. Bekerja dalam perkara yang mengingkari perintah Allah adalah haram. Contohnya menjual arak, insuran riba dan sebagainya.

3. Ketiga, pelaksanaan kerja itu betul dan menurut syarak. Contohnya soal tuntutan (claim), waktu bekerja, menutup aurat, tidak menipu, tidak menerima rasuah dan lain-lain.

4. Keempat, natijah yang baik. Ertinya hasil pendapatan disalurkan ke jalan yang baik. Keluarga jangan diabai, zakat ditunaikan serta rajin bersedekah.

5. Kelima, tidak mengabaikan ibadah asas. Contohnya, solat 5 waktu.


Manakala ciri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-

a) Niat kerana Allah
b) Berteraskan Iman dan taqwa
c) Tidak meninggalkan yang wajib
d) Mendapat ganjaran dunia dan akhirat


Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-

a) Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b) Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c) Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d) Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e) Menghasilkan kerja yang berkualiti

Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-

a) Menerima 3 jenis balasan
1) Mendapat balasan dalambentuk material
2) Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3) Mendapat pahala di akhirat kelak

b) Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c) Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d) Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e) Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi


Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri dengan sentiasa membetulkan niat apabila melangkah keluar rumah untuk bekerja bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah Taala. Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan dan dapat menghindar diri dari bersifat culas dalam pekerjaaan kerana konsep ihsan yang menjadi pegangan hidup kita.

"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011