Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Saturday, July 31, 2010

Perkahwinan elak Malaysia dihuni warga tua

Perkahwinan elak Malaysia dihuni warga tua

KADAR kelahiran bayi di Malaysia yang dijangka terus menurun sehingga ke paras bawah dua peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang boleh menyebabkan struktur kependudukan negara menuju kepada peningkatan golongan warga tua.

Ketika ini peratusan kadar kelahiran bayi adalah 2.2 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2000. Angka itu akan terus menurun di bawah dua peratus pada 2030. Peningkatan warga tua berbanding golongan muda bukan sahaja akan memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk tetapi juga daya maju negara.

Sesuatu yang bersifat subjektif dan peribadi ialah keputusan untuk berkahwin atau tidak, melambatkan perkahwinan dan sekiranya sudah berkahwin, berapa anak yang diinginkan.

Ada yang melihat faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain.

Persoalan juga timbul, apakah kecenderungan untuk berkahwin atau tidak banyak dipengaruhi oleh faktor seperti perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.

Kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan serta alasan ekonomi atau masalah peribadi juga dilihat antara faktor penyumbang kepada senario kahwin lewat. Memandangkan bahawa jumlah lelaki dan wanita yang berkahwin lewat semakin ramai, ia dilihat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya bersifat individu lagi.

Melalui keadilan gender dari aspek pendidikan dan kerjaya, ia banyak mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional. Secara tidak langsung ia menggalakkan keadaan untuk berkahwin lewat dan mempunyai sedikit anak untuk terus berlaku.

Bukan mudah untuk berhadapan pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong hanya kerana diri belum atau tidak berkahwin. Dalam menukar minda dan sikap terhadap kecenderungan berkahwin lewat, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang Timur. Agama Islam, contohnya menuntut umatnya berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat.

Perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul dan penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia.

Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi lebih banyak kesan negatif dari positif kepada individu dan orang sekeliling. Adalah penting untuk keluarga terutama ibu dan teman rapat memberi sokongan psikologi dan emosi kepada individu berminat untuk berkahwin. Kita juga hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan akan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita.

Ada pandangan yang berpendapat syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit. Ada yang melihat pandangan ini sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif.

Seperti mana kata, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seia Kie, bagi menangani isu kadar kelahiran bayi yang rendah, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta harus bekerjasama dalam menyediakan sistem sokongan kepada pekerja agar mereka dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan keperluan berkeluarga.

Prof. Madya Dr. Sapora Sipon

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ESQ boleh dilaksana di Malaysia

ESQ boleh dilaksana di Malaysia

PUTRAJAYA 14 Julai - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun, ia harus dipantau di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustin itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

"Muzakarah juga memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti serta perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

"Muzakarah turut bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan muzakarah jawatankuasa itu mengenai modul program motivasi anjuran sebuah syarikat motivasi dan pembinaan karakter yang dikatakan terpesong dari segi akidah dan syariah Islam di sini hari ini.

Panel syariah ESQ yang dilantik oleh pihak ESQ terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abd. Rahman; Penasihat Majlis Agama Johor, Datuk As-Sheikh Nooh Gadut; bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim; bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Kadir Talib dan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Adnan Yusof.

Sebelum ini, Wilayah Persekutuan melalui Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mewartakan fatwa tentang penyelewengan ajaran dan fahaman program itu di bawah Seksyen 34(1), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Ia menyebut sekurang-kurangnya 10 ciri dalam ajaran, pegangan dan fahaman dibawa oleh syarikat tersebut boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Abdul Shukor menjelaskan, keputusan muzakarah yang bersidang tujuh kali bermula April tahun lalu melibatkan mufti-mufti seluruh negara hanya bersifat pandangan hukum serta tidak mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang.

"Sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan muzakarah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

"Muzakarah menghormati keilmuan tokoh-tokoh ini (panel syariah ESQ) dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menilai kandungan program ESQ.

"Program ESQ juga dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikuti dan memberi komen.

"Berasaskan pertimbangan itu, kita mengatakan bahawa ESQ patut diberi peluang meneruskan program mereka di negara ini," katanya

Ibu bapa kena jadi contoh terbaik

Ibu bapa kena jadi contoh terbaik


Terapi kemahiran seperti membaca perlu untuk anak-anak yang sedang membesar. - Gambar hiasan.


Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah suci dan polos, maka ibu bapa merekalah yang menjadi pencorak kepada kehidupan masa depan anak-anak.

Menurut Pakar Kaunseling dan Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani, ibu bapa berperanan penting dalam menunjuk hala yang betul untuk kehidupan anak-anak.

Katanya, anak-anak sekarang memerlukan bimbingan dan galakkan bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada.

Ilmu dan pelajaran memang penting untuk hidup dan membangunkan diri mereka sendiri, malah anak-anak yang mempunyai ilmu lebih berkeyakinan diri.

''Jangan memberikan banyak tekanan kepada anak-anak dalam keinginan mereka untuk belajar yang menyebabkan mereka akan menjadi tertekan, stres dan murung.

''Galakkan anak-anak belajar kerana mereka suka untuk belajar dan mengaut ilmu yang banyak dan bukannya mereka belajar kerana pentingnya untuk lulus dalam peperiksaan,'' jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa harus beringat, jangan sesekali mengukur standard kehidupan mereka dan anak-anak sebagaimana anak-anak orang lain. Ukur dahulu kebolehan anak-anak mereka kerana untuk memenuhi kehidupan bukannya perlu menandingi orang lain.

''Kita nampak anak-anak orang lain berjaya. Sebagai ibu bapa kita pun mahu juga anak kita itu berjaya.

''Jangan marahkan anak sekiranya anak-anak tidak lulus periksa sekiranya mereka itu sudah berusaha, tetapi akan marah sekiranya tidak lulus periksa kerana mereka tidak berusaha,'' katanya.

Katanya, beri anak-anak tanggungjawab yang mereka boleh pikul seperti berusaha dan berjaya dalam pelajaran untuk kehidupan mereka sendiri pada masa depan dengan mesej yang jelas.

Malangnya, sekarang ibu bapa memberi mesej yang lain terhadap anak-anak mereka yang mengatakan mereka akan berasa malu sekiranya anak-anak ini tidak lulus periksa mahupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam pada itu Saedah menambah, sekiranya mahu melihat anak-anak itu berubah dari segi psikologi, ibu dan bapa mereka perlu diubah terlebih dahulu.

''Anak-anak yang berumur di bawah 12 tahun hanya mempunyai 3/4 sel neuron berbanding kita . Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara matang seperti kita yang dewasa.

''Justeru untuk memberi bimbingan, ibu bapa perlulah tahu selok-belok untuk membimbing anak-anak,'' katanya.

Saedah berkata, anak-anak yang mempunyai masalah perlu dibimbing secara kaunseling kepada ibu bapa.

Dalam soal ini mereka perlu diberikan latihan secara terapi. Kanak-kanak yang mempunyai masalah psikologi boleh dibimbing menerusi terapi bercerita, drama, melukis dan sebagainya.

''Ini dinamakan pendidikan psiko yang membantu mereka menerusi kemahiran pendidikan terapi.

cara-cara bimbingan kaunseling kanak-kanak secara terapi, bercerita, melukis dan sebagainya.

Dalam pada itu Saedah turut menegaskan ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sesi kaunselor bagi terapi anak-anak mereka boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) setiap daerah.

Beliau juga turut memberi cadangan kepada pihak sekolah agar memberi modul melatih secara terapi seperti drama, melukis, bercerita dan sebagainya kepada kanak-kanak sekolah dan remaja.

''Saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan untuk membina modul seperti dilakukan JKM untuk membantu kanak-kanak dan remaja secara kemahiran terapi.

''Setakat ini apa yang ada di sekolah hanyalah kaunselor yang efektif untuk kaunseling mereka yang dewasa secara individu tetapi tidak terlatih dalam bidang terapi untuk kanak-kanak,'' jelasnya.

USIM NAIB JOHAN DEBAT ALAM SEKITAR

DAS cungkil wibawa pendebat


Saifuddin Abdullah (tiga dari kanan) bersama pendebat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang menjuarai Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara IPT 2010 di Universiti Malaysia Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Mahasiwa lazimnya dilihat berada dalam kelompok utama barisan depan yang akan menerajui dan mencorakkan masa depan negara melalui kepimpinan, pentadbiran dan jentera pelaksana.

Selain kecemerlangan akademik, tahap keupayaan mereka kelak turut bersandarkan kemahiran komunikasi yang tinggi dan kefahaman meluas untuk meyakinkan umum terhadap sebarang persoalan dan pendekatan.

Debat merupakan salah satu pendekatan untuk mengasah kemampuan dalam berkomunikasi, selain menggalakkan mereka untuk berfikiran lebih terbuka, kritis, analitikal, rasional dan kreatif serta celik pengetahuan berhubung isu yang dikupas.

Justeru banyak pertandingan diadakan di peringkat institusi pengajian tinggi setiap tahun termasuk Debat Alam Sekitar (DAS) yang menjadi legasi debat paling lama bertahan malah mengekalkan prestijnya sebagai kejuaraan yang diidamkan.

DAS antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang paling konsisten dan memasuki tahun ke-20 usia penganjurannya, menjadi pertandingan debat tertua dan paling mendapat sambutan.

Ia dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama kukuh Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam pertandingan 2010 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan hujah meyakinkan muncul sebagai juara sekali gus memecah tradisi penguasaan universiti awam sekian lama.

Institusi pengajian itu yang diwakili Junnyaruin Anak Barat, Muhammad Imran Muiz Abidin, Muhamad Siddiq Mahyuddin dan Mohd. Khazaidi Kamaruddin menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam peringkat akhir debat tersebut.

UTP bertindak sebagai kerajaan berdebat berhubung usul Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar.

Dengan kemenangan dalam pertandingan debat berprestij itu, UTP membawa pulang Piala Pusingan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, wang tunai RM8,000 dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Aziyah Mohamed dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Komitmen yang semakin tinggi daripada pihak IPT dapat dilihat melalui peningkatan penyertaan yang melibatkan 25 universiti awam dan swasta pada tahun ini berbanding lapan universiti awam apabila ia dimulakan pada tahun 1991.

Sepanjang penganjurannya, hanya tujuh universiti pernah menjulang kejuaraan dengan UIA paling banyak memenanginya iaitu sebanyak enam kali (1992, 2000, 2003, 2005, 2006 dan 2007), diikuti Universiti Malaya yang menjuarai empat kali (1993, 1998, 2002 dan 2004).

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula muncul juara bagi tiga edisi (1991, 1994 dan 2009), Universiti Sains Malaysia (USM) juga tiga kali (1995, 1996 dan 1997) manakala Universiti Malaysia Sabah menang pada 1999, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2001 dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2008.

Mengimbau rentetan sejarah penganjuran, DAS bermula dengan format debat konvensional dengan tujuh sesi perdebatan menggunakan sistem kalah mati (empat perdebatan pada peringkat awal, dua separuh akhir dan satu akhir).

Pertandingan tahunan pertama itu yang dilangsungkan di UKM dimenangi oleh UPM.

Pada tahun 1995, format DAS dipinda dengan memasukkan sesi debat terbuka dan tambahan masa 12 minit diberikan untuk sesi yang mirip berbalas pantun sebelum sesi penggulungan.

Debat yang menjurus ala Parlimen mula diperkenalkan pada 2002 di UIA untuk memberi peluang kepada generasi muda IPT memahami tatasusila di Parlimen.

UM menjuarai pertandingan dengan konsep baru itu yang terus dikekalkan sehingga pertandingan tahun ini.

Dengan kaedah debat yang lebih menarik dan meriah, ia lebih mencabar keupayaan pendebat untuk berhujah dan menyampaikan segala maklumat yang disusulkan dengan lebih fokus selain menguji pemahaman dan penguasaan isu melalui celahan dan jawapan kepada celahan semasa debat berjalan.

Pada 2003, DAS melakar lembaran sejarah dengan penyertaan dibuka kepada IPTS yang menarik penglibatan Universiti Tenaga Nasional, UTP dan Universiti Multimedia.

Meskipun sudah muncul beberapa pertandingan debat lain selepas 2000, ia tidak mengurangkan populariti DAS yang terus kekal berada dalam kelasnya tersendiri.

Selain menuntut ketepatan fakta untuk didebatkan, isu tempatan dan antarabangsa yang menjadi tajuk perdebatan memerlukan pembacaan, kajian dan penghayatan kesedaran di kalangan pendebat sebelum diterjemahkan dalam bentuk perbahasan.

DAS merupakan medan kupasan pelbagai isu permasalahan alam sekitar secara ilmiah yang boleh memangkin kesedaran terhadap kecintaan alam sekitar, suatu anugerah tak ternilai yang sering digadaikan atas nama pembangunan.

Kelangsungan tekad untuk memelihara alam sekitar sekurang-kurangnya dapat dicanai oleh golongan mahasiswa sebagai wahana pemupukan kesedaran di kalangan generasi muda.

Ia demi membina tanggungjawab bersama agar anugerah ini dapat terus dikekalkan dan diwarisi oleh generasi hari muka demi kesejahteraan hidup mereka.

Lengkapkan ilmu sebelum masuk IPT

Lengkapkan ilmu sebelum masuk IPT

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Golongan pelajar terutama yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain mahir berucap di depan khalayak untuk menjadi pemimpin hebat.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Razali Daud berkata, adalah tidak memadai jika para pelajar hanya mahir mengurus dan bijak dalam pengucapan awam sedangkan mereka ketandusan ilmu.

"Hanya mereka yang berilmu dan berkemahiran dalam pengucapan awam sahaja yang mampu menjadi seorang pemimpin hebat dan disegani.

"Kalau ada yang pandai berucap tetapi isinya kosong atau tiada ilmu pengetahuan untuk memenuhi keperluan semasa, mereka tak layak jadi pemimpin yang cemerlang," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan majlis penutup Bengkel Kepimpinan Pelajar Pra-Universiti 2010 Parlimen Kuala Terengganu di Akademi Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Batu Rakit di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) merangkap Pengarah Akademi Kepimpinan GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad.
.

Tarik lebih pelajar cemerlang ke IPT

ARKIB UTUSAN: 30/07/2010

Tarik lebih pelajar cemerlang ke IPT

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya setanding dengan universiti luar negara dan seterusnya menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, peningkatan kualiti IPT tempatan memang diberi keutamaan supaya pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk belajar di dalam negara sama ada di IPT awam atau swasta.

"Di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), kementerian sedang melaksanakan 23 projek agenda kritikal, ada di antaranya secara langsung untuk memperkasakan universiti tempatan.

"Antara program tersebut adalah My Brain 15, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta pengantarabangsaan, khususnya untuk IPTA bersaing di persada antarabangsa.

"Sebagai bukti, lima universiti tempatan kini tergolong sebagai antara yang terbaik di dunia sementara IPT lain pasti akan berusaha meningkatkan kedudukan mereka bagi menawarkan pengajian berkualiti untuk pelajar cemerlang SPM," katanya.
.

Akta halal diwujudkan

ARKIB : 30/07/2010

Akta halal diwujudkan

SEREMBAN 29 Julai – Pemantauan serta penguatkuasaan berhubung soal penggunaan status halal di kalangan penjual serta pengeluar makanan di negara ini akan diperkemaskan menerusi kewujudan Akta Halal yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

berkata, akta baru itu telah selesai dibincang dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang sebelum ia dikuatkuasakan.

‘‘Akta Halal ini akan dibentangkan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 menerusi kajian, penelitian dan hasil pembentangan yang dijalankan bersama rakan saya, Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

‘‘Lanjutan daripada itu, kita akan mempunyai satu akta baru yang boleh berdiri secara sendiri dalam usaha memperkemas serta memantapkan penguatkuasaan dan proses perundangan bagi memantau soal halal di negara ini,” katanya.

Jamil berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, penguatkuasaan serta tindakan bagi memantau penggunaan status halal diyakini dapat ditingkatkan menerusi struktur perundangan yang diwujudkan di bawah akta berkenaan.

‘‘Ini bermakna, dengan wujudnya akta ini, penguatkuasaan serta pemantauan terhadap premis perniagaan serta peniaga yang terlibat dengan pengusahaan berteraskan produk halal akan dapat dimantapkan.

‘‘Untuk itu, pihak saya akan menjalinkan kerjasama erat dengan KPDNKK termasuk Kementerian Kesihatan untuk mempergiatkan usaha bagi memastikan pihak terlibat mematuhi kriteria halal,”

‘‘Bahkan, saya juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti akta yang telah siap dibincangkan itu sebelum ia dibentangkan nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Jamil yang diminta mengulas berhubung penubuhan sekolah khas bagi menempatkan remaja hamil luar nikah memberitahu, langkah itu perlu dikaji dan dirumuskan melalui pandangan dari pelbagai pihak sebelum ia boleh dilaksanakan.

‘‘Bagi saya, kewajaran untuk menubuhkan sekolah ini tertakluk kepada rumusan yang dibuat dari kajian, penelitian dan pandangan semua pihak.

‘‘Ini kerana ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang tidak, maka kita perlu kumpulkan semua pandangan itu sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya

Kesan ketara meritokrasi ke IPTA

ARKIB : 20/07/2010

Kesan ketara meritokrasi ke IPTA

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

HEBOH seketika dulu apabila jumlah pelajar wanita ke insititusi pengajian tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2009/2010 mengatasi pelajar lelaki. Daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula Jun lalu misalnya, 65 peratus atau 26,200 orang daripada mereka ialah pelajar wanita.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend pelajar perempuan mendominasi IPT sudah menjadi sesuatu yang biasa. Ia turut berlaku di kebanyakan negara apabila kebanyakan wanita hari ini mempunyai akses yang sama rata kepada sistem pendidikan.

Tetapi ada perkara lain daripada jumlah pengambilan pelajar baru ke IPTA di negara ini yang sepatutnya lebih mendapat perhatian. Secara komposisi kaumnya, daripada jumlah keseluruhan pelajar ke IPTA sesi kali ini, sebanyak 27,829 orang adalah calon bumiputera. Seramai 10,116 orang pula merupakan pelajar kaum Cina manakala selebihnya iaitu sebanyak 2,421 terdiri daripada pelajar kaum India dan kaum lain.

Pada dasarnya, kemasukan pelajar bumiputera masih tinggi berbanding pelajar bukan bumiputera. Tetapi apa yang tidak kelihatan ialah bagaimana pecahan sebenar komposisi pelajar itu jika dilihat daripada kaedah kemasukan iaitu berdasarkan prinsip meritokrasi?

Sejak 2003, pengambilan pelajar ke IPTA tidak lagi berdasarkan kuota yang mana 55 peratus tempat diperuntukan kepada bumiputera manakala 45 peratus yang lain kepada bukan bumiputera. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan kemampuan pelajar.

Ketika diperkenalkan, sistem meritokrasi antara lain dirujuk sebagai satu bentuk pengajaran kepada kaum bumiputera supaya tidak mensia-siakan peluang pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengan pelaksanaan itu juga, para pelajar akan dipilih berdasarkan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Pemilihan itu pula dibuat oleh sebuah badan yang ditubuh khas iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (yang dahulu dikenali Unit Pusat Universiti atau UPU). Ketika peringkat awal pelaksanaannya, kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA dicatatkan sebanyak 68.9 peratus. Ia memeranjatkan banyak pihak terutamanya mereka yang menentang pelaksanaannya kerana bimbang sistem itu akan dibolot oleh pelajar bukan bumiputera yang diketahui lebih pandai dan cemerlang.

Rekod penguasaan pelajar bumiputera itu terus dipertahankan untuk tahun-tahun berikutnya iaitu 62.6 peratus pada sesi 2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005. Bagaimanapun selepas kira-kira lapan tahun pelaksanaannya, jumlah pelajar bumiputera itu menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Tahun ini, iaitu bagi pengambilan pelajar sesi 2009/2010 yang bermula Jun lalu, jumlah pelajar bumiputera yang layak berdasarkan prinsip meritokrasi dikatakan hanya sebanyak 26 peratus sahaja. Bakinya iaitu 74 peratus tempat yang lain, dibolot oleh pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Meskipun fakta ini tidak didedahkan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pelajar ke IPTA, namun ia mempunyai asas yang kukuh untuk diyakini.

Ini bermaksud, apa yang dibimbangi oleh banyak pihak sebelum ini mengenai akan berlakunya tempat yang dibolot oleh pelajar bukan bumiputera menjadi kenyataan.

Asas kebimbangan itu sebenarnya sangat jelas kerana pelajar bukan bumiputera mempunyai kelebihan dari sudut pencapaian akademik kerana beberapa faktor. Antaranya kerana kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik yang membolehkan pelajar bukan bumiputera mendapatkan pendidikan tambahan di luar sesi persekolahan.

Malah, ada yang mampu mengupah guru persendirian khusus untuk mengajar anak-anak mereka secara peribadi. Sudah semestinya, keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bumiputera yang rata-ratanya hanya bergantung kepada pendidikan asas di sekolah biasa.

Ketidakadilan itu lebih dirasai oleh pelajar-pelajar di luar bandar yang mana akses mereka kepada pendidikan tambahan lebih terhad. Belum pun satu dekad prinsip meritokrasi itu dilaksanakan, jurang antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera yang layak ke IPTA sudah kelihatan begitu besar.

Tidak mustahil, tiada lagi pelajar bumiputera yang layak ke IPTA berasaskan sistem merit sekiranya dasar ini dikekalkan untuk satu jangka masa panjang. Kerana itu adalah wajar bagi kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan mengambil kira survival pendidikan tinggi bumiputera.

Perkara ini bukan tidak disedari oleh pihak kerajaan kerana khabarnya, kerajaan terpaksa menambah bilangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengimbangi jumlah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTA.

Ini kerana UiTM ketika ini merupakan satu-satunya universiti khusus milik bumiputera dan tidak mengamalkan sistem merit sepenuhnya dalam pengambilan pelajar. Akan tiba masanya, UiTM juga tidak lagi mampu menampung lebihan pelajar berkenaan dan ketika itu, ke mana pelajar-pelajar bumiputera akan ditempatkan?

Soal menjamin pendidikan kepada bumiputera adalah sesuatu yang jelas dalam Perlembagaan dan menjadi tanggungjawab kerajaan. Tidak perlu ada rasa bersalah dalam memastikan bumiputera mendapat kelebihan kepada akses pendidikan yang sempurna termasuk di peringkat pengajian tinggi kerana itu merupakan hak mereka.

Sementelah, kaum bumiputera juga berdepan dengan persekitaran yang tidak adil untuk diajak bersaing secara terbuka menerusi pelaksanaan prinsip meritokrasi. Ini kerana mereka tidak berkemampuan untuk ke sektor pengajian swasta seperti kaum lain sekiranya gagal ke IPTA kerana kos pengajian yang terlalu tinggi.

Kaum bukan bumiputera pula seharusnya sedar bahawa sistem kuota yang dilaksanakan sebelum ini tidak sedikit pun menafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dengan komposisi kemasukan pelajar mengikut kaum yang terlalu kecil, kuota 45 peratus yang disediakan kepada bukan bumiputera ke IPTA masih meninggalkan baki yang tidak dipenuhkan.

Selain itu, mereka juga disediakan beberapa buah universiti khusus untuk kaum tertentu yang dananya disalurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan beberapa universiti lain. Begitu juga dengan lambakan universiti dan kolej universiti swasta yang majoriti pelajarnya terdiri daripada bukan bumiputera.

Dalam erti kata yang lain, kaum bukan bumiputera sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi di negara ini meskipun ketika amalan kuota diguna pakai.

Malah jika faktor itu juga diambil kira, kita akan menyedari bahawa kaum bumiputera sebenarnya berdepan dengan peluang yang sangat terhad untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, bukan hanya kekuasaan ekonomi yang akan terlepas daripada tangan kaum bumiputera. Malah kita juga akan kekurangan kumpulan cerdik pandai yang akan menguruskan negara pada masa depan.
.

Usaha tarik pelajar Indonesia ke Malaysia perlu lebih agresif

ARKIB UTUSAN : 17/07/2010

Usaha tarik pelajar Indonesia ke Malaysia perlu lebih agresif

KETIKA penulis baru ditukar ke Jakarta dan tugasan pertama di luar ibu negara Indonesia adalah ke Lampung.

Oleh kerana tugasan yang diperolehi pada saat-saat akhir, penulis tidak dapat membeli tiket penerbangan.

Namun sebagai wartawan memang tidak boleh berputus asa, sebaliknya perlu tetap berusaha dan pada masa yang sama mengharapkan pertolongan daripada Allah. Sebagai ikhtiar terakhir penulis mendaftar nama di dalam senarai menunggu di lapangan terbang seawal pukul enam pagi.

Ketika itu penulis didatangi seorang lelaki berusia sekitar 50-an. Lelaki itu tempang kaki kirinya mengheret beg berodanya dan terus duduk di kerusi bersebelahan penulis.

Rupa-rupanya kami mahu menuju ke destinasi yang sama iaitu ke Lampung. Cuma bezanya penulis ke sana untuk bekerja, sedangkan lelaki berkenaan mahu pulang ke kampungnya.

Dia sebenarnya baru pulang dari Kuala Lumpur selepas menjenguk anaknya yang kini belajar di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur. Akhirnya lelaki yang berketerampilan cukup sederhana itu yang membantu penulis mendapatkan tiket penerbangan.

Baru-baru ini ketika membuat liputan pameran pendidikan tinggi Malaysia di Jakarta yang dijalankan oleh Pejabat Promosi Pendidikan Tinggi Malaysia di Jakarta, penulis sekali lagi teringatkan lelaki berkenaan.

Anak perempuan lelaki berkenaan merupakan salah seorang daripada 9,812 mahasiswa Indonesia yang menuntut di Malaysia dan mereka adalah sebahagian daripada 80,000 pelajar asing yang melanjutkan pelajaran ke negara kita.

Melihatkan jumlah pelajar dari Indonesia yang tidak sampai 10,000 orang itu, lantas terfikir oleh penulis mengapakah jumlahnya terlalu kecil berbanding jumlah penduduk republik itu hampir 240 juta orang.

Jika diambil 10 peratus daripada jumlah penduduk itu adalah golongan kaya ia bermakna kira-kira 24 juta orang dan daripada jumlah itu jika 0.5 peratus sahaja dapat dipikat untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran ke Malaysia, jumlahnya pastinya mencecah jutaan.

Namun melihatkan cara promosi diadakan, penulis segera memahami mengapa jumlah mereka yang memilih Malaysia masih lagi kecil. Pertama promosi itu diadakan di sebuah hotel lima bintang, pastinya bukan tempat tumpuan orang ramai.

Kedua pula para pelajar yang dibawa ke pameran itu adalah pelajar tingkatan empat atau di Indonesia disebut sekolah menengah atas kelas dua yang belum mempunyai perancangan ke pengajian tinggi kerana masih mempunyai dua semester lagi di alam persekolahan.

Seharusnya pameran itu diadakan di pusat membeli-belah mewah yang banyak terdapat di kota Jakarta yang menjadi tumpuan golongan kaya membeli-belah.

Penulis yakin pameran yang diadakan di hotel lima bintang itu hampir tidak disedari kewujudannya oleh penduduk Jakarta yang berjumlah kira-kira 9 juta orang itu.

Oleh itu pada pandangan penulis satu rangka model promosi harus disediakan dan Indonesia perlu dijadikan projek perintis kepada model tersebut dan bukan hanya promosi yang boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' sahaja standardnya.

Promosi harus dilakukan secara besar-besaran dan bukan hanya membabitkan bahagian promosi pendidikan di Jakarta sahaja, tetapi satu pasukan khusus dari Malaysia yang membabit pelbagai agensi kerajaan.

Ini adalah kerana pendidikan kini merupakan sebahagian daripada cabang potensi pelancongan yang cukup besar pasarannya untuk diterokai, khususnya di negara jiran yang sedang pesat membangun.

Promosi secara bersepadu membabitkan pelbagai kementerian yang berkaitan akan memberi impak yang lebih besar, daripada pameran berskala kecil.

Promosi bersepadu membabitkan pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan pelancongan sukan contohnya bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pengunjung, tetapi juga dapat menjimatkan kos.

Mungkin syarikat gergasi Malaysia yang terdapat di Indonesia seperti Proton, Kumpulan Perubatan Johor, Bank CIMB Niaga, Bank BII Maybank dan Petronas dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam promosi tersebut.

Kegiatan itu pula harus dijalankan dalam bentuk jelajah ke seluruh Indonesia melalui bandar-bandar utama seperti Jakarta, Bandung, Cirebon, Semarang, Solo, Malang, Surabaya, Lampung, Palembang, Padang, Pontianak, Balikpapan dan sebagainya.

Melalui promosi yang maksimum itu barulah jumlah pelajar Indonesia yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Malaysia akan dapat ditingkatkan.

Tidak memberi sebarang makna jika pelbagai kelebihan pendidikan di Malaysia termasuk kos yang rendah, kualiti pendidikan sama taraf dengan universiti di Barat serta pelbagai kemudahan lain yang disediakan kepada pelajar asing tidak didedahkan sepenuhnya kepada mereka yang berpotensi menjadi pelanggan.
.

Menentukan status IPTA/IPTS

ARKIB : 14/07/2010

Menentukan status IPTA/IPTS

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

DALAM tempoh 10 tahun kebelakangan ini, sektor pengajian tinggi banyak memperlihatkan usaha-usaha transformasi yang berskala besar dan radikal. Paling menyerlah ialah agenda jangka panjang Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 2007.

Pelan itu antara lain bermatlamat meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur IPT dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

Sebanyak tiga langkah khas ditetapkan untuk mencapai matlamat itu antaranya meningkatkan tadbir urus sendiri di kalangan IPT awam yang akan dilaksanakan serta-merta di samping melaksanakan audit prestasi akademik ke atas semua IPT awam dan swasta.

Teras ketiga ialah memperkenalkan status universiti apeks (apex) di kalangan universiti tempatan. Secara ringkasnya, Universiti Apex ialah universiti paling tersohor yang menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi negara.

Universiti ini dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Pemilihan pihak pengurusan tertinggi universiti itu juga dibuat berdasarkan merit calon dari dalam mahupun luar negara. Dalam erti kata yang lain, Universiti Apex merupakan sebuah universiti elit yang bertujuan membolehkan negara menghadapi persaingan di peringkat global.

Dalam rancangan PSPTN jangka pendek, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diletakkan sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya sebuah Universiti Apex sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berakhir.

Bagaimanapun, ketika RMK-9 berada dalam fasa-fasa terakhir pelaksanaan, bayangan kepada sebuah universiti apex yang tersohor dan terbilang itu masih kabur. Malah, impian itu sebenarnya boleh dikatakan hampir tiada melihat kepada keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) 2009 diumumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin.

Daripada 58 buah universiti dan kolej universiti awam serta swasta yang dinilai, tidak ada satu pun daripada universiti itu yang mencapai Tier 6 iaitu tahap Terbilang. Dari beberapa sudut, Tier 6 itu sendiri sudah semestinya memiliki persamaan daripada kriteria yang digariskan untuk melahirkan sebuah universiti apex.

Ini berdasarkan kepada 25 kriteria yang digariskan di bawah eksesais Setara yang meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan ouput dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ia turut melibatkan perbandingan dengan amalan di luar negara dengan merujuk antaranya kepada amalan Higher Education Funding Council of England (HEFCE) dan kajian Teaching & Learning Quality Indicators in Australia Universities oleh Denise Chalmers pada 2008. Maklum balas terhadap instrumen itu juga diperoleh daripada rakan-rakan dari ASEAN iaitu tiga buah universiti di Indonesia dan 31 buah di Thailand.

Pencapaian IPT pula diberi penarafan dalam enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 iaitu Terbilang sebagai tahap tertinggi manakala Tier 1 iaitu Lemah sebagai yang paling rendah.

Berdasarkan data universiti dan kolej universiti pada 2009, sebanyak 18 buah universiti dan kolej universiti mencapai Tier 5 iaitu tahap Cemerlang membabitkan 7 buah IPT awam dan 11 buah IPT swasta. 25 buah IPT awam dan swasta lain tergolong dalam Tier 4 iaitu tahap Sangat Baik manakala empat buah universiti dan kolej universiti swasta menduduki Tier 3 iaitu tahap Baik.

Tiada IPT awam atau swasta yang pencapaiannya dikategorikan pada Tier 2 iaitu tahap Memuaskan atau Tier 1 iaitu Lemah.

Sebanyak 11 universiti dan kolej universiti lain tidak diberikan penarafan kerana beberapa faktor. Antaranya kerana merupakan IPT baru, tidak menawarkan program Ijazah Pertama, tiada pelajar tahun akhir atau belum melahirkan graduan atau universiti bukan konvensional seperti universiti terbuka yang mungkin memerlukan instrumen tersendiri.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) adalah dua IPT awam yang tidak diberikan penarafan itu. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana instrumen Setara ini boleh digunakan dalam menentukan kedudukan terbaik di kalangan keseluruhan IPT awam dan swasta.

Ketika ini, IPT tersebut hanya dibahagikan kepada enam kategori sahaja tanpa meletakkan universiti manakah yang paling terbaik. Kedudukannya di dalam setiap kategori juga disusun mengikut abjad dan bukannya rating IPT dengan markah paling tinggi.

Realitinya dalam membandingkan kelebihan sesebuah universiti, khalayak ingin mengetahui IPT manakah yang berada pada kedudukan paling teratas. Perbandingan ini mungkin tidak perlu bagi sesetengah pihak namun ia sebenarnya boleh dijadikan kayu ukuran kepada penggiat akademik di sesebuah universiti itu sendiri untuk melonjakkan nama universiti masing-masing.

Kerana pada hakikatnya, siapa yang tidak berbangga mencari ilmu atau menabur bakti di sebuah IPT yang diiktiraf terbaik meskipun hanya di peringkat tempatan. Maka adalah wajar sekiranya Setara turut mengambil garis panduan yang ditetapkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dalam menentu prestij dan kualiti IPT tempatan.

Meskipun banyak perdebatan mengenai sejauh mana kesahihan penilaian THES yang dibuat oleh badan bebas yang berpangkalan di London itu, namun kita tidak boleh menolak hakikat bahawa ia memberi kesan dan pengaruh yang besar dalam persekitaran pengajian tinggi antarabangsa. Lebih-lebih dari sudut pandangan umum masyarakat dunia terhadap prestij dan kualiti sesebuah universiti. Justeru, penarafan Setara juga perlu memberi impak dan melonjakkan IPT tempatan.

Setara tidak boleh takut untuk dibandingkan dengan THES kerana kriteria penilaian yang dibuat sebenarnya lebih terperinci. Difahamkan pihak kementerian juga akan mengambil kira dua lagi fungsi utama universiti iaitu penyelidikan dan perkhidmatan dalam penilaian Setara 2011.

Dengan beberapa penambahbaikan lain seperti berkongsi eksesais ini di bawah ASEAN Quality Assurance Network (AQAN), tidak mustahil dalam tempoh dua tahun akan datang, kita dapat menyaksikan bukan hanya sebuah universiti Tier 6 iaitu Terbilang dapat dilahirkan, malah sebuah universiti apex juga akan menjadi kenyataan.
.
.

Pelajar IPTA bayar 10 peratus yuran pengajian

ARKIB : 05/07/2010

Pelajar IPTA bayar 10 peratus yuran pengajian

KUANTAN 4 Julai - Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanya membayar sebanyak 10 peratus daripada yuran pengajian keseluruhan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menjelaskan, sebanyak 90 peratus lagi yuran pengajian pelajar di IPTA ditanggung kerajaan.

Menurutnya, kerajaan menyediakan peruntukan sehingga berbilion ringgit untuk menyalurkan subsidi bagi memastikan golongan muda mendapat pendidikan tinggi.

"Sebagai contoh, bagi pengajian perubatan selama lima tahun di IPTA, kos sebenar adalah sebanyak RM200,000 iaitu yuran yang dibayar pelajar hanya RM19,000 kerana selebihnya iaitu RM181,000 adalah subsidi kerajaan.

"Bagi pengajian kejuruteraan pula, kos pengajian bagi empat tahun adalah sebanyak RM105,404 dan kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM94,644 bagi membolehkan pelajar membayar sebanyak RM10,760.

"Oleh itu, sekiranya kerajaan tidak memberi subsidi dan menyediakan pelbagai kemudahan pastinya negara tidak mempunyai tenaga kerja pakar seperti jurutera dan doktor," katanya.

Beliau berucap merasmikan minggu induksi siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2010 di Gambang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin.

Menurut Mohamed Khaled, bagi Pengajian Sastera Ikhtisas, kos keseluruhan pengajian selama tiga tahun adalah sebanyak RM27,813 apabila pelajar hanya membayar RM7,638 sementara baki kos sebanyak RM20,175 ditanggung kerajaan.

Dalam pada itu, tambahnya, tahun lalu, kerajaan mengeluarkan subsidi sebanyak RM8.5 bilion membabitkan 20 IPTA di seluruh negara.

"Kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa dan pinjaman pelajaran yang disediakan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membolehkan pelajar membayar yuran pengajian yang dikenakan," katanya.

UiTM tawar pengajian percuma kepada pekerja tidak mampu

ARKIB UTUSAN : 29/06/2010

UiTM tawar pengajian percuma kepada pekerja tidak mampu

SHAH ALAM 28 Jun – Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.

“Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.

Khaled berkata tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur.

Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelum diserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau.

Katanya maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian itu boleh didapati menerusi iklan yang akan disiarkan oleh UiTM.

Di bawah program CSR yang sama juga, Khaled berkata, UiTM telah mengambil kira-kira 5,000 penuntut daripada anak golongan miskin yang tidak mendapat keputusan cemerlang bagi mengikuti pengajian pradiploma.

“Kesemua mereka dipilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma selama enam bulan secara percuma,” katanya.

Khaled berkata, mereka yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan pengajian peringkat diploma mengikut bidang bersesuaian.

Seramai 60,000 penuntut baru UiTM mendaftar untuk mengkuti pengajian pada sesi pengajian kali ini.

Khaled turut meminta universiti lain terutama universiti swasta memberikan biasiswa membantu mereka yang tidak berkemampuan. – BERNAMA
.
.

Saturday, July 24, 2010

Nasihat sebelum melangkah ke universiti

ARKIB UTUSAN : 22/06/2010

Nasihat sebelum melangkah ke universiti

SEKALUNG tahniah ditujukan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjejakkan kaki untuk memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), pada sesi pengajian Julai 2010.

Tawaran menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS tentunya berita yang sangat menggembirakan pelajar dan seluruh keluarga. Justeru, tidak hairan jika ada yang sanggup berhabis menyediakan bas rombongan untuk mengangkut jiran sekampung semata-mata untuk menghantar anak masuk ke universiti. Kegembiraan itu ditambah lagi dengan majlis kenduri kesyukuran yang diadakan.

Namun lebih daripada itu, setiap pelajar selayaknya mengucapkan syukur yang tidak terhingga atas kurnia Ilahi kerana terpilih masuk ke universiti. Mana tidaknya, antara ratusan ribu pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu, hanya sebilangan kecil ditawarkan ke IPTA/IPTS yang menyediakan tempat terhad kepada mereka yang benar-benar layak.

Seterusnya kejayaan itu hendaklah dibuktikan pula dengan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara. Sedia difahami bahawa kejayaan yang bakal dikecapi tidak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa disertai usaha dan komitmen yang jitu oleh setiap pelajar.

Jangan hanya bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ di awal semester tetapi setelah tahu selok-belok berada di universiti, mereka mula lalai tidak hadir ke kuliah, terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah, asyik dilamun cinta yang kesemuanya bakal memusnahkan harapan keluarga dan negara.

Apatah lagi setelah berjaya mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang jika tidak diurus dengan baik pasti akan digunakan untuk tujuan yang tidak betul.

Golongan mahasiswa juga perlu mengikhlaskan niat sejak hari pertama melangkah kaki ke universiti, untuk menuntut ilmu semata-mata kerana Allah SWT dan tidak hanya berharap segulung sijil dan gaji lumayan apabila bergraduat nanti.

Dewasa ini, terdapat golongan terpelajar yang terjebak melakukan aktiviti jenayah kolar putih seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah kemungkinan disebabkan tiada keberkatan ilmu akibat niat yang tidak ikhlas.

Tiada kesepaduan antara ilmu dan amal juga boleh menyumbang kepada gejala buruk itu. Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah bersabda: “Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah”.

Selain itu, para pelajar juga diingatkan agar sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT. Amalan berdoa dan memohon pertolongan-Nya adalah jalan terbaik untuk cemerlang. Ini kerana walau genius mana sekalipun seseorang itu, tanpa hubungan erat dengan Pencipta-Nya, seseorang itu tidak akan berjaya dalam erti kata kejayaan holistik, dunia dan akhirat.

Golongan pelajar Muslim juga dinasihatkan tidak mengabaikan tanggungjawab utama iaitu melaksanakan ibadat wajib yang diperintahkan Allah SWT seperti sembahyang lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan.

Alasan kesuntukan masa, sibuk dengan kuliah, banyak tugasan untuk diselesaikan bukan hujah untuk tidak mengerjakan perintah itu. Ini kerana sebagai individu Muslim, ibadah kepada Allah SWT wajib diutamakan sebelum yang lain-lain. Menurut Waqi, guru kepada Imam Shafie, ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada pelaku maksiat.

Pelajar juga diingatkan agar sentiasa taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT terutama dari aspek pemakaian yang menutup aurat, menjaga batasan pergaulan lelaki dan perempuan serta jangan terlibat dengan perkara-perkara yang melanggar peraturan agama mahupun universiti seperti menganggotai pergerakan Jemaah Islamiyah (JI) yang boleh menimbulkan huru-hara dalam negara.

Ia bertepatan dengan status sebagai pelajar universiti yang matang dan boleh mempertimbangkan sesuatu dengan baik berasaskan akal yang sihat dan landasan agama yang benar. Justeru, sebelum melakukan sesuatu, berfikirlah dengan matang dan bijaksana.

Golongan pelajar juga perlu bersedia untuk berkorban sepenuh masa dan sekuat tenaga untuk berjaya mengharungi liku-liku perjalanan sebagai pelajar universiti. Ia tak ubah seperti tentera yang bersabung nyawa berjihad di jalan Allah SWT. Malahan jika diperhalusi, ia adalah perjuangan untuk menaikkan kembali maruah dan ketinggian Islam melalui peradaban dan ketamadunan ilmu yang dikuasai oleh umatnya.

Nama-nama tersohor seperti Abu Muhammad al-Khawarizmi, al-Biruni, al-Farabi, Ibnu Khaldun dan ramai lagi adalah bukti kegemilangan tamadun Islam terdahulu yang berpaksikan kepada ilmu pengetahuan sebagai teras kegemilangan.

Nabi Muhammad SAW direkodkan pernah bersabda: “Barang siapa yang inginkan dunia dan kemewahannya hendaklah dengan ilmu, barang siapa yang inginkan akhirat dan kenikmatannya hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang ingin kedua-duanya (dunia dan akhirat) juga hendaklah dengan ilmu.”

Justeru peluang mendapat tempat di universiti perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar agar menjadi insan berguna satu masa nanti. Begitu juga diingatkan agar tidak ada yang menjadikan segulung ijazah untuk mendabik dada dan menyombong diri sehingga berasa dialah yang terbaik daripada segala-galanya.

Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Thursday, July 22, 2010

KONSERT DEMIMU AL-AQSA BERJAYA



Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izinnya Konsert Demi Mu Al-Aqsa telah dianjurkan dnegan jayanya. Lebih 3,500 ummat Muhammad telah hadir ke konsert ini yang mana telah berjaya menzahirkan kesedaran Ummah bahawa isu Palestin terutamanya bagi membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tangan rejim Zionis Israel.

Konsert ini merupakan projek kerjasama sulung PRAGMATIS USIM dengan badan di luar USIM yang mana PRAGMATIS telah mengusahakan penjaan CELCOM dan tajaan penggunaan Stadium Tertutup Nilai oleh USIM bagi penganjuran Konsert ini serta bantuan logistik dan persiapan tempat.


Sesungguhnya benarlah janji Allah SWT bahawa Allah akan mempermudah dan membantu usaha baik yang kita lakukan terutama usaha yang mendokong dan memartabatkan syiar Islam. Bermula dengan mesyuarat tergempar PRAGMATIS akibat insiden serangan Rejim Zionis Israel atas insiden keatas kapal Mavi Marmara, PRAGMATIS terus mengorak langkah dengan usaha membawa kertas cadangan kepada pengurusan Universiti untuk PRAGMATIS menggerakkan usaha kesedaran berkaitan isu Kemanusiaan di Palestin.



Dimulakan dengan tindakan penyebaran Risalah mengutuk serangan Rejim Zionis Israel atas insiden keatas kapal Mavi Marmara, diikuti Kejayaan penganjuran Forum Perdana Palestin dan dengan kemuncak kejayaan penganjuran konsert Demi Mu Al-Aqsa telah membuka lembaran baru untuk PRAGMATIS bukan sahaja bergerak aktif di dalam USIM malahan dapat menyumbang bakti serta mengharumkan nama USIM diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Segalanya dipermudahkan Allah dengan hadirnya rakan dan sahabat NGO dan pihak Korporat bagi membantu usaha murni ini.

Konsert ini telah dimulakan dengan gabungan persembahan lakonan dan nyanyian Kumpulan Nasyid Interacksee (Pelajar USIM) dan kumpulan teater kakitangan USIM. Diteruskan dengan persembahan mantap Kumpulan MESTICA, DAIE dan Bacaan Sajak Oleh Saudari Nisah Haron. Disemarakkan kemudiaanya oleh persembahan bersemangat Kumpulan Shaoutul Harokah yang didatangkan khas dari indonesia yang kemudiannya diserikan oleh bacaan sajak oleh Dr Lim Siew Tim serta diakhiri sesi penyampaian sumbangan.



PRAGMATIS mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan dari AMAN Palestin, PEMBINA, ISMA, KRISS, CELCOM dan rakan-rakan dari pelbagai agensi dan pertubuhan lain atas kejayaan penganjuran konsert ini.


Kepada hadirin yang hadir ke konsert ini terima kasih diucapkan dan sesungguhnya kehadiran saudara/saudari sedikut sebanyak telah menyumbang kearah gerakan kemanusiaan di Palestin dan usaha pembebasan Al-Aqsa masjid suci ummat Islam.

Kepada rakan-rakan PRAGMATIS USIM jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong kepada kita untuk lebih gigih berusaha disamping merapatkan uhkwah dan melebarkan lagi jaringan yang ada serta memandang potensi lebih besar yang boleh kita capai menerusi PRAGMATIS ini.

Semoga rakan dan sahabat akan dapat terus bersama-sama memberikan sokongan ke atas usaha dan program yang dilaksanakan PRAGMATIS pada masa hadapan.

Terima Kasih

"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"


.

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Petikan dari : Ruang Bicara Faisal (Klik Sini)

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Cerita dibawah dikirim melalui e mel kepada saya oleh saudara Lukman-rbf

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

NOTA :

"Yang baik dijadikan pedoman dan tauladan dan yang buruk kita jadikan pengajaran" Allah Maha mengetahui.
.

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011