Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, September 24, 2010

Jana pemikiran berasaskan Islam perlu berterusan

ARKIB UTUSAN : 24/09/2010

PUTRAJAYA 24 Sept. - Penjanaan pemikiran yang baik berteraskan Islam bagi kebaikan manusia dan alam seharusnya menjadi tumpuan dan usaha berterusan di kalangan cendekiawan Muslim.

Ia bagi menghasilkan kaedah dan pendekatan yang boleh menandingi dan menyaingi malah mengatasi pendekatan, idea, dan teori Barat yang pada masa ini menguasai dan mempengaruhi alam pemikiran global.

Pengaruh teori Barat itu telah menular di segenap sudut walaupun kadang kala idea dan pendekatan konvensional ini gagal dalam memberi penyelesaian terbaik.

Saranan ini dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan balas selepas dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin pada Majlis Konvokesyen Khas USIM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011