Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, April 18, 2012

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABDUL SHUKUR HUSIN DI LANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI USIM


Seluruh warga USIM khususnya ahli PRAGMATIS USIM mengucapkan tahniah dan selamat kembali kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM yang baru.



Seluruh warga USIM khususnya ahli PRAGMATIS USIM turut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM sebelum ini iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor di atas segala jasa dan sumbangan bakti yang begitu besar dan tidak terhitung banyaknya bermula dari penubuhan USIM sehinggalah USIM berkembang maju selama 12 tahun ini dan mampu berdiri megah setanding dengan IPTA lain seperti hari ini.

Sesungguhnya perlantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri umpama "sirih pulang ke gagang" memandangkan beliau merupakan Naib Canselor pertama USIM dan merupakan pengasas USIM yang telah memberikan sumbangan jasa bakti yang begitu besar dan bermakna selama ini. Perlantikan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri turut meningkatkan keyakinan seluruh kakitangan akan kesinambungan polisi dan hala tuju Universiti akan kekal diteruskan terutamanya dalam bersepadu semua pihak untuk membawa USIM ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Ini diterjemahkan Beliau dalam ucapan pertama sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM dalam Majlis Perhimpunan Khas Bersempena Perlantikan Baru Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Bersama kita hayati dan selami seterusnya merangka tindakan dalam usaha merealisasikan intipati ucapan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri.

INTIPATI UCAPAN PROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABDUL SHUKUR HUSIN DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS USIM BERSEMPANA PERLANTIKAN BARU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PADA 18 APRIL 2012 DI DATARAN CANSELORI USIM

1. Semua staf harus menyedari bahawa mereka memiliki kepentingan tersendiri dalam memainkan peranan spesifik dan unik terhadap Universiti daripada kakitangan di peringkat pengurusan tertinggi hinggalah kakitangan di peringkat bawah.

2. Kesemua kakitangan harus lah bekerja kuat dan bersama-sama sebagai satu pasukan dengan memiliki sikap "percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami" di antara satu sama lain untuk menjayakan agenda paling utama universiti.

3. Agenda utama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM adalah seperti berikut :
i. Pembinaan Masjid Besar USIM
ii. Pembinaan Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
iii. Pembinaan Bangunan Fakulti Pergigian
iv. Pembinaan Asrama Pelajar
v. Pelaksanaan kerja penyelenggaraan - USIM telah berusi 12 tahun
vi. Peningkatan penggunaan Aplikasi Teknologi Terkini di USIM
vii. Pembinaan Pusat Jagaan Anak dan Tadika - sebagai jaminan keselamatan & pendidikan
viii. Penumpuan terhadap pembangunan akademik bagi melahirkan graduan berkualiti
ix. Peningkatan peluang kepada kakitangan pentadbiran untuk melanjutkan pelajaran
x. Menyokong usaha ke arah meningkatkan kemahiran dan kompetensi kakitangan serta penekanan untuk kesemua kakitangan menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa.

4. Pihak universiti akan meningkatkan perhatian dan fokus berkaitan soal kebajikan kakitangan keseluruhannya bagi meningkatkan aspek kepuasan bekerja di USIM.

5. Pendekatan yang berhemah dan mesra mestilah diamalkan dalam perhubungan di setiap peringkat sama ada di peringkat atasan dan bawahan juga di antara Jabatan di USIM.

6. Pihak pengurusan akan bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan dengan menghayati prinsip dari pihak atasan ke bawah tidak semuanya betul dan dari pihak bawahan ke atas tidak semuanya salah.

7. Kakitangan akademik/penyarah muda dan baru kembali harus mempertingkatkan penguasaan berkaitan aspek pembangunan akademik. Universiti tidak selamanya mampu bergantung harap dengan pensyarah "lama" dan
penyarah muda dan baru kembali haruslah segera belajar dan mengambil ilmu serta pengalaman mereka.

8. Profesor yang telah "lama" berkhidmat diharapkan dapat memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar kepada
penyarah muda dan yang baru kembali khususnya dalam menghayati kehendak, aspirasi dan matlamat Pengurusan USIM.

9. Penjanaan pendapatan untuk universiti akan turut menjadi agenda utama memandangkan pada tahun 2015 universiti perlu menjana sekitar 20%-30% untuk menampung kos keseluruhan universiti. Kita telah melaksanakan penjimatan namun kaedah ini tidak akan selamanya bertahan kerana kita perlu menjana pendapatan untuk universiti secara sendiri.

10. Fokus juga harus diberikan dalam aspek pembangunan modal insan, pembangunan akademik dan aktiviti pembangunan mahasiswa/pelajar yang mana ketiga-tiga perkara ini harus diambil berat tanpa kompromi termasuk soal halangan dalam bajet yang diperlukan.

11. Semua pihak harus menyedari bahawa untuk menjayakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti semua pihak haruslah memberikan usaha yang terbaik. Kepentingan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh dilihat dengan amalan Korporat melihat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai indikator utama pemberian ganjaran kepada kakitangan meraka. Jika kita dapat memberikan yang terbaik dan mendapat pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang terbaik pastinya akan dibalas dengan sesuatu yang terbaik juga.

12. Marilah kita semua bersama-sama mencipta satu langkah kehadapan yang lebih bermakna iaitu satu langkah yang akan dapat membawa USIM dengan lebih baik lagi untuk mara kehadapan.

13. Akhirnya seluruh jentera kerja Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diseru untuk bekerja dalam satu pasukan yang mantap dengan menghayati semangat
ini diperteguhkan dengan sikap "percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami " di antara satu sama lain seterusnya bersama-sama dalam berusaha memartabatkan Universiti ini.

3 comments:

  1. Allhamdulillah... semoga semua warga USIM bersama-sama dengan pihak pengurusan berusaha dan sepakat mencapai harapan menjadikan USIM universiti termaju. Amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... mari kita sama sama menjayakan agenda yang dilihat begitu baik untuk seluruh warga USIM

    ReplyDelete
  3. semua kakitangan harus menghayati intipati ucapan beliau dari pengurusan tertinggi hinggalah kumpulan sokongan... paling penting penguruan tertinggi agar faham dan jelas akan kehendak beliau... kerana kebanyakannya adalah tepat kepada mereka...

    ReplyDelete

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011