Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, September 17, 2010

'Hikmah'dipenjara : Kamil kenal Allah di penjara

ARKIB : 17/09/2010

KAMIL Hassan (bukan nama sebenar), dahulunya adalah sebuah nama yang mengecap populariti dalam industri seni negara terutama di era zaman 70-an.

Bagaimanapun, segala-galanya bagai batu besar dihempap atas kepalanya apabila dia menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 18 tahun kerana sabit kesalahan sumbang mahram.

Segala-galanya telah berlalu. Dia telah lupakan dunia hiburan, malah dunia luar kerana segala-galanya kini adalah kehidupan yang lebih baik dalam penjara.

Malah ketika ditemui di Penjara Kajang baru-baru ini, tiada duka terpamer di wajahnya kecuali ceria sambil sering merendah diri.

"Sedar tak sedar, sudah enam tahun saya di sini tetapi saya tidak terlalu memikirkan untuk bebas enam atau lapan tahun dari sekarang kerana walaupun terkurung di sini. Alhamdulillah saya bersyukur dengan takdir yang sebegini.

"Nak kata seronok mungkin kedengarannya agak keterlaluan. Tetapi saya benar-benar bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah memperbaiki diri di sini.

"Ini benar-benar satu hijrah yang besar dalam hidup," katanya yang berusia 59 tahun.

Saat dijatuhkan hukuman dan selangkah kaki masuk ke dalam penjara, sukar bagi Kamil untuk menelan hakikat pahit itu. Tetapi masa berjaya mengubat beliau.

Kini Kamil telah melupakan masa lampau yang hitam dan kelam itu dan tidak lagi dia menyesali nasib dan takdir.

"Dahulu kita mungkin ada ego kita sendiri, merasakan diri kita adalah yang terbaik, tidak perlu lagi sebarang ilmu apatah lagi ilmu-ilmu agama. Tetapi di penjara, segala pandangan hidup saya berubah. Selama ini kita begitu menongkat langit, kita lupa rumput di bumi.

"Banyak saya belajar di penjara ini sama ada melalui pelbagai program yang disediakan oleh Jabatan Penjara sehinggalah kita berkenalan dengan ramai banduan yang lain. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang mampu menimbulkan keinsafan dan memberikan pengajaran.

"Kalau saya berkenalan dengan banduan yang ketagih dadah misalnya, dari situ saya sedar betapa peritnya hidup dikongkong dadah, hidup benar-benar tidak merdeka.

"Melalui Program Pembangunan Insan (PPI) pula saya bagaikan si jahil yang mendapat ilmu walaupun soal syariat, disiplin diri, akhlak moral yang ditekankan dalam program itu mungkin bukan satu perkara baru tetapi saya menghayati sepenuhnya tanpa jemu," katanya.

Tetapi tahukah anda, Kamil tidak kurang popularnya di Penjara Kajang. Cuma mungkin tidak sehebat di zaman dia menjadi artis dahulu.

Di kalangan penghuni penjara, Kamil terkenal kerana memimpin kumpulan nasyid, yang dikenali An Nur. Kumpulan itu berjaya menjuarai pertandingan nasyid antara Penjara-penjara Seluruh Malaysia tahun ini.

Tidak sahaja dia memimpin malah sambil menepuk kompang, Kamil juga merupakan penyanyi solo yang mengajak seluruh manusia ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat.

Sebagaimana petang itu, alunan suara serak-serak basahnya berjaya menarik perhatian mereka yang hadir.

Ternyata bakat menyanyinya masih lagi tebal, cuma kini atas tiket dakwah dan menjadi banduan.

Begitu juga apabila Kamil memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada majlis khatam al-Quran banduan Penjara Kajang, dia mempunyai bacaan yang baik.

"Saya anggap semua ini adalah satu peluang keemasan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Kalau saya lepas, bebas dan berada di luar penjara, belum tahu peluang sebaik ini dapat saya nikmati," tambahnya.

Perkembangan yang menarik juga apabila Kamil membuktikan rasa cinta kepada negara apabila menduduki tempat ketiga Pertandingan Mencipta Lagu Patriotik 2010 yang liriknya ditulis oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertajuk Tuah Bumi Ini.

"Walaupun hanya tempat ketiga tetapi bagi saya, kemenangan ini sangat bererti kerana dapat menyatakan rasa syukur dan kasih sayang saya terhadap negara.

"Walaupun negara menjatuhkan hukuman penjara terhadap saya, rupa-rupanya negara sayangkan saya supaya saya berubah dan menjadi warga yang terbaik," katanya.

Pertandingan itu melibatkan 68 penyertaan termasuk penggubah lagu dan penulis lirik dan sehingga ke peringkat hanya lapan peserta layak masuk ke peringkat itu.

Begitulah Kamil yang pada raut bersihnya kini, beliau tidak putus-putus menebus dosa lampau dan penerimaan masyarakat kelak adalah perkara kedua, kerana yang lebih penting Allah masih menerimanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011