Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, August 3, 2010

Tony Pua cabar Perlembagaan Persekutuan

.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan mewah di negeri itu disifatkan sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia membuktikan pendirian DAP tidak menghormati perkara-perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

"Saya fikir ini sebagai ketidakadilan dan juga usaha menjejaskan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Jika kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menerima cadangan itu, peluang bumiputera yang bergantung kepada diskaun tersebut untuk memiliki aset di negeri itu akan terjejas," katanya semalam.

Beliau mengulas cadangan Tony Pua kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu. Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mendedahkan, statistik pada 2007 menunjukkan pemilikan bangunan oleh orang Melayu masih rendah iaitu cuma 15.7 peratus dan hartanah komersial pula hanya sekitar 29.2 peratus.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, dakwaan Tony Pua bahawa tindakan itu bertujuan mengatasi masalah hartanah yang dibeli dengan harga diskaun itu dijual semula oleh orang tengah dengan harga lebih mahal, sebagai alasan semata-mata.

"Kalau benar hendak mengatasi masalah itu, perlu dikemukakan cadangan yang lebih konkrit dan tidak perlu pemansuhan pemberian diskaun itu secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Noh berkata, Selangor kini seolah-olah terdesak kerana menghadapi masalah kekurangan dana disebabkan polisi tindakan pentadbirannya. "Slogan Selangor Negeri Kebajikan menyebabkan mereka terpaksa membuat peruntukan yang besar dalam perbelanjaan.

"Oleh itu, cadangan Tony Pua dilihat sebagai cara terdesak kerajaan negeri mendapatkan sumber kewangan secara cepat," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang berbahaya dan berbentuk provokasi.

"Kami di MBM meminta ahli politik berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang menyentuh isu sensitif.

"Cadangan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ahli politik dan beliau seharusnya berfikir panjang terlebih dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011