Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, August 31, 2010

Pelajar harus terap aspek patrotisme

ARKIB UTUSAN : 31 OGOS 2010

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI


Dr. Muhamad Muda bersalaman dengan pelajar USIM pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai, baru-baru ini.


SEREMBAN 31 Ogos - Golongan pelajar dan kakitangan universiti disaran memperkasakan semangat patriotisme dalam diri mereka agar berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara dengan mempunyai jati diri yang tinggi.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, nilai patriotisme juga perlu disertakan kefahaman serta amalan bagi memantapkan lagi kesedaran mengenai semangat cintakan negara.

Tambah beliau, semua pihak perlu sedar bahawa nikmat kemerdekaan negara ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dinikmati, tetapi ia memerlukan pengorbanan dan semangat untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

''Kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek tetapi ia dilakukan dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah para pejuang kemerdekaan dan limpah rahmat daripada Allah.

''Justeru, sebagai generasi selepas kemerdekaan harus sentiasa syukur dengan nikmat kemerdekaan ini dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi," ujarnya.

Muhamad berkata, demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai dekat sini, baru-baru ini.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini turut dilancarkan di kampus USIM cawangan Pandan Indah yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof. Dr. Musa Ahmad.

''Memandangkan pada kali ini, sambutan kemerdekaan jatuh pada Ramadan, USIM mengambil kesempatan menggabungkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga USIM," kata Muhamad.

Turut diadakan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain diadakan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Bahagian Keselamatan USIM.

Pelajar harus terap aspek patrotisme

ARKIB UTUSAN : 31 OGOS 2010

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI


Dr. Muhamad Muda bersalaman dengan pelajar USIM pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai, baru-baru ini.


SEREMBAN 31 Ogos - Golongan pelajar dan kakitangan universiti disaran memperkasakan semangat patriotisme dalam diri mereka agar berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara dengan mempunyai jati diri yang tinggi.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, nilai patriotisme juga perlu disertakan kefahaman serta amalan bagi memantapkan lagi kesedaran mengenai semangat cintakan negara.

Tambah beliau, semua pihak perlu sedar bahawa nikmat kemerdekaan negara ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dinikmati, tetapi ia memerlukan pengorbanan dan semangat untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

''Kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek tetapi ia dilakukan dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah para pejuang kemerdekaan dan limpah rahmat daripada Allah.

''Justeru, sebagai generasi selepas kemerdekaan harus sentiasa syukur dengan nikmat kemerdekaan ini dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi," ujarnya.

Muhamad berkata, demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai dekat sini, baru-baru ini.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini turut dilancarkan di kampus USIM cawangan Pandan Indah yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof. Dr. Musa Ahmad.

''Memandangkan pada kali ini, sambutan kemerdekaan jatuh pada Ramadan, USIM mengambil kesempatan menggabungkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga USIM," kata Muhamad.

Turut diadakan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain diadakan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Bahagian Keselamatan USIM.

Saturday, August 21, 2010

Pembelajaran sepanjang hayat jadi agenda - Muhyiddin


UTUSAN : 20/08/2010

PUTRAJAYA 20 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program pembelajaran sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara.

Beliau berkata, program yang dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang 2015.

"Kita bersetuju ini aspek yang penting dalam kertas yang dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2010-2020,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Katanya, antara institusi yang dijangka terlibat dalam menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat termasuklah kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam, agensi kerajaan dan institusi pendidikan jarak jauh. - Bernama

Thursday, August 19, 2010

JEMPUTAN PENYERTAAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS USIM


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia.

Adalah dimaklumkan PRAGMATIS akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 September 2010 (Khamis)
Masa : 6.30 petang - 8.15 malam
Tempat : Bilik Latihan Dataran Selera USIM.
Tetamu Kehormat : Pendaftar USIM

Seluruh Kakitangan USIM yang terdiri dari Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM dan keluarga dijemput menyertai majlis ini.

Bagaimana ingin sertai mudah sahaja... Cetak dan isikan borang penyertaan yang diedarkan menerusi webmail USIM, kemudian menyerahkan borang dan membuat bayaran kepada wakil memungut bayaran PRAGMATIS. Anda akan menerima keratan kupon untuk dibawa semasa majlis.


Tujuan Utama Program adalah seperti berikut :-
1. Merapatkan hubungan ukhwah dikalangan Pegawai Pentadbir dan Keluarga Kakitangan Pengurusan & Profesional USIM.
2. Berbuka puasa bersama-sama dalam suasana muhibbah dan silaturrahim.
3. Sebagai platform penyatuan wadah dan pemikiran serta pembentukan semangat keserakanan dikalangan Pegawai Pengurusan & Profesional USIM.

Nasi Arab

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia berikut :-
Encik Salehudin - 8055
Encik Zulfadli - 6463
Encik Akashah - 8039
Encik Syafful - 6204

Maklumat lanjut Program adalah seperti berikut:-

A) Bayaran Penyertaan
1. Pegawai & Pasangan (sahaja) - RM 28.00
2. Kanak-Kanak 6 sehingga 15 tahun - RM 8.00
3. Individu (per pax) - RM 15.00
4. Kanak-Kanak 5 tahun dan kebawah - PERCUMA


Assorted Fruit ... sweet & fresh!

B) Menu Cadangan (tertakluk kepada perubahan akhir)
1. Nasi Arab Special
2. Kuih 3 Jenis
3. Murtabak
4. Mee Goreng
5. Air Sejuk & Panas (kopi & Tea)
6. Kurma
7. Buah-Buahan
8. Agar-Agar
9. Air Kosong

C) Wakil Memungut Bayaran Penyertaan
1. Encik Akashah (Jab Canselori) - P&P Bangunan Canselori
2. Encik Mohd Helmi Mansor (Library) - P&P Perpustakaan
3. Encik Shahrol Nizam (Pembangunan) - P&P JPPF & Keselamatan
4. Encik Hazrol Fareza (HEP) - P&P HEP & Pusat Sukan
5. Encik Syafaat Shapawi - P&P Fakulti
6. Encik Razman (INFAD) - P&P Pusat-Pusat & COE
7. Encik Amirul Falanie (PPITM) - P&P PPITM & Penerbitan
8. Cik Hanan Ismail (FPg) - P&P Kampus Pandan Indah

* pegawai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan yang diedarkan menerusi web mail. Seterusnya menyerahkan borang dan melakukan pembayaran kepada wakil pemungut bayaran.


D) Aturcara Majlis
6.30 petang - Ketibaan Jemputan & Tetamu
6.45 petang - Ketibaan Pendaftar USIM
6.50 petang - Aluan Majlis oleh MC
6.55 petang - Ucapan Presiden Penaja PRAGMATIS
7.05 petang - Ucapan Pandaftar USIM
7.20 petang - Persiapan berbuka
7.21 petang - Azan & Bacaan Doa Berbuka Puasa
- Berbuka Puasa / Solat Maghrib / Jamuan
8.30 Malam - Bersurai


Sifat kehambaan sangat dituntut

MANUSIA tidak akan dicipta-Nya kecuali untuk memperhambakan diri kepada-Nya yang mempunyai 99 nama (Asma-ul-Husna) yang memberikan gambaran secara jelas tentang sifat-sifat Allah SWT.

Belajar dan berusaha mengenali sifat-sifat Allah adalah merupakan ibadah. Ilmu mengenali Allah dan sifat-Nya amat dituntut daripada kita berada dalam buaian hingga ke liang lahad.

Manusia yang benar-benar kenal Allah dan sifat-Nya tidak akan berani berbuat sebarang dosa atau kemungkaran. Malah tidak akan sanggup melakukan walaupun termasuk dalam apa yang dinamakan dosa-dosa kecil.

Masalah rasuah, tuang kerja, rompak, curi, tipu, tidak amanah, edar dan penyalahgunaan dadah, putus silaturahim, kes-kes buang anak dan janin serta pelbagai kemungkaran lagi tidak akan berlaku bagi mereka yang kenal Allah dan sifat-sifat-Nya.

Hanya hamba-Nya yang hilang sifat kehambaan akan sanggup berbuat dosa dan kemungkaran. Apatah di kalangan mereka yang memisahkan diri darpada al-Quran yang merupakan himpunan kata-kata Allah yang sarat dengan tegahan dan larangan.

Sedangkan sikap kehambaan terhadap Allah itu sangat dituntut. Ini terbukti apabila daripada 6,236 keseluruhan ayat al-Quran, terdapat 2,799 kali sebutan nama Allah dan keesaan-Nya yang sangat- sangat layak disembah dan diperhambakan diri oleh kita hamba-Nya.

Daripada 2,799 sebutan nama Allah dalam al-Quran itu pula, terdapat 967 sebutan Rabbi yang membawa maksud memiliki, mendidik dan memelihara, manakala Rahman (Maha Pemurah) dan Rahiim (Maha Penyayang) ada disebut 560 kali.

Perkataan Ghafuur yang merupakan antara nama-Nya yang membawa maksud maha pengampun ada disebutkan sebanyak 233 kali sebagai tanda bakti, selain daripada pemurah dan penyayang kepada hamba-Nya, Allah juga maha pengampun.

Juga kerap disebut dalam al-Quran adalah Maalik yakni yang memiliki atau jika dipendekkan mimnya ia akan membawa maksud 'Raja' yang memerintah dan menguasai alam ini dan juga alam akhirat.

Maknanya, kita kena sedar bahawa kita kepunyaan Allah dan kita tidak boleh lari daripada tidak menjadi kepunyaan-Nya.

Oleh kerana kita kepunyaan-Nya, maka kita kena patuh kepada apa yang disuruh dan kena menjauhi daripada apa yang ditegah.

Allah pula maha pemurah, apa yang dikehendaki mesti diminta daripada-Nya. Allah juga maha penyayang. Tidak ada sebab untuk kita benci dan menjauhkan diri atau mengingkari apa yang disuruh dan ditegah oleh-Nya.

Sebagai manusia kita tidak dapat bebaskan diri daripada melakukan dosa kerana kejahilan kita.

Tetapi sifat maha pengampun-Nya patut dieksploitasi untuk kita bertaubat nasuha supaya daripada banyak membuat dosa kita bertukar menjadi hamba-Nya yang rajin mengumpul pahala dan daripada jahil menjadi alim.

Dalam bulan puasa inilah masanya untuk yang masih tidak kenali Allah kena berusaha mengenali Allah, yang jahil berusaha untuk alimkan diri dan yang bergelumang dengan dosa berhenti daripada melakukan kerja dosa kemaruk serta ketagihkan diri melakukan kerja-kerja yang mendatangkan pahala.

Paling penting, bina, pelihara dan tingkatkan kualiti perhambaan diri terhadap-Nya kerana Dia adalah pemilik kita.

Sumber : Utusan 19/8/2010

Thursday, August 12, 2010

KEMPEN MAKAN MAKANAN HALAL : BUFET RAMADHAN MAKLUMAT HOTEL HALAL

Hotel AnCasa Kuala Lumpur

Salam Ikhlas,
Salam Ramadhan A,- Mubarak,
Salam 1Malaysia,

Ketibaan Ramadhan membuka ruang kepada hotel-hotel untuk menawarkan pakej berbuka puasa dengan nama "buffet Ramadhan". Maka bagi umat Islam yang berkemampuan ramailah berduyun-duyun berbuka di hotel bagi menikmati offer terhebat "buffet Ramadhan" berkenaan.

Namun sedar atau tidak sebagai ummat Islam kita perlu memastikan agar makanan yang kita makan adalah dijamin"HALAL". Apakah status puasa kita andainya kita berbuka dengan makanan yang "TIDAK HALAL"? Mungkin selama ini kita tidak mengendahkannya tetapi sempena Ramadhan ini marilah sama-sama memastikan sumber yang menjadi "darah daging" kita terjamin halal.

Untuk kepastian seharusnya kita menyemak sama ada tempat yang bakal kita berbuka itu dijamin halal atau tidak? Caranya amat mudah sekail !

Mari kita semak di JAKIM - sila klik link berikut :-
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel

buffet
Hidangan secara buffet

Firman Allah di Dalam Al-Quran

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah an-Nahl: 114)

“Dan menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.” (Al-A’raf: 157)




Petikan Hadis Nabi SAW

Daripada Ka’ab bin Ujrah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang paling utama baginya.” (Riwayat at-Tirmizi)


Kenapa kita masih bersikap endah tak endah dan masih makan makanan yang tidak dijamin HALAL? Walhal di negara kita terbentang banyak pilihan lain yang terbukti dijamin Halal untuk kita... Mudahkan untuk berubah... hanya perlu lebih prihatin dan memilih selepas ini... Selamat Memilih Produk HALAL!

Petikan Artikel Utusan 10 Ogos 2010

‘‘Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan diberikan pensijilan halal oleh Jakim.

“Dari Mei hingga Julai lalu pula, Jakim telah menerima permohonan daripada sembilan hotel. Empat telah diluluskan manakala lima lagi dalam proses,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Menurut bloger RuangBicaraFaisal (RBF), hotel-hotel famous berikut tak dapat sijil halal lagi:
  • Hotel JW Mariot
  • Hotel Westin
  • Hotel Istana
  • Hotel Imperial (Sheraton Imperial)
  • Hotel Concorde
  • Hotel Parkroyal
  • Hotel Equatorial
  • Hotel Berjaya Time Square
  • Hotel Nikko
  • Hotel Legends
  • Hotel Grand Millenium
  • Hotel Palace Of Golden Horses
  • Hotel Impiana
  • Hotel Ritz Carlton
  • Hotel Hilton KL Sentral
  • Hotel Le Meridean
  • Hotel Cititel, Boulevard dan Garden (Mid Valley)

PRAGMATIS mengucapkan selamat berbuka dan semoga ibadah puasa kita diterima dan kita senantiasa dibawah payung Keredhaah dan Rahmat Allah di sepanjang Bulan Ramdhan yang mulia ini.

"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"
.

OFFER TERHEBAT BULAN RAMADHAN - CEPAT SEBELUM TERLAMBAT


Klik Pada Gambar Untuk "Offer Ramadhan" Yang Lebih Jelas

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN - PRAGMATIS




Salam Ikhlas Penuh Ukhwah,
Salam 1Malaysia

PRAGMATIS USIM mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh Kerahmatan dan Keberkatan.

Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana kita terpilih untuk dipanjangkan usia bagi menemui Ramadhan kali ini.

Seharusnya kita dapat sama-sama mengisi ruang waktu yang dikunakan Allah SWT disepanjang ramadan ini dengan amal ibadah yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, Insyaallah.

Diharapkan kita dapat saling bermaafan agar dapat mensucikan hati dan beroleh ketenangan dalam menunaikan ibadah selepas ini terutamanya disepanjang bulan yang penuh Kemuliaan ini.


"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemelangan"


LEBIH 7,000 HADIRI SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR DI USIM




Bandar Baru Nilai, 9 Ogos 2010 – Lebih 7,000 termasuk tetamu kehormat, pelajar, pensyarah, kakitangan USIM dan masyarakat setempat hadir menenuhi Stadium Tertutup Nilai untuk mendengar Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini.


Suasana dewan yang penuh sesak dengan penonton terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sejak awal jam 8.30 pagi lagi sudah membanjiri Stadium Tertutup Nilai untuk bertemu dan bersalam dengan Tokoh Negarawan ini. Tun Mahathir dengan penuh mesra bersalaman dan melambai-lambai tangan kepada pelajar yang berada di bahagian atas tempat duduk sambil disambut oleh ribuan pelajar USIM.


8 tahun yang lalu, Tun Dr. Mahathir hadir ke kampus USIM di nilai ketika majlis pecah tanah pada 11 ogos 2002 dan ketika itu kawasan ini adalah sebuah pekan kecil. Namun kedatangan Tun Dr. Mahathir kali ini berbeza melihat USIM berdiri segak di kampus nilai yang sudah berubah wajah sebagai bandar ilmu berdekatan lingkaran koridor raya multimedia.



Pidato selama 1 jam 15 minit yang disampaikan oleh Tun Mahathir di atas tajuk “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam : Antara realiti dan Cabaran Masa Depan” menggambarkan bahawa idea dan buah fikiran Tun tidak dimamah usia.


Tun Dr Mahathir memulakan syarahan beliau dengan mengungkapkan definisi Ilmu Islam berdasarkan ayat pertama turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kalimah Iqra’. Sejarah Islam dibedah oleh Tun dengan menceritakan kehebatan tamadun Islam telah menggunakan ilmu untuk menguasai dunia seterusnya mencetuskan tamadun unggul hingga terbinanya Baitul Hikmah.

Tun menyatakan bahawa “Ilmu Islam bukan hanya terhad kepada ilmu akar Islam iaitu Syariah, Usuluddin namun lebih daripada itu iaitu termasuk ilmu sains, perubatan, pertahanan, undang-undang dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini harus dikuasai oleh umat Islam dalam menjaga keselamatan dan kesihatan umat Islam seluruh dunia.”


Katanya lagi, “ Umat Islam tidak boleh ketinggalan dalam menguasai ilmu teknologi semasa kerana apabila kita ketinggalan maka umat Islam akan tertindas. Tuntutan menguasai ilmu ini menjadi satu tuntutan fardhu kifayah dan dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T”.


Syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang julung-julung kalinya diadakan di USIM bersempena dengan sambutan 10 Tahun USIM. Tidak ketinggalan dalam syarahan ini yang turut hadir ialah Mantan Menteri di jabatan Perdana Menteri Y.Bhg Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Naib Canselor Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Ahli Lembaga pengarah USIM dan tetamu kehormat USIM.

Naib Canselor USIM ketika mengulas tentang syarahan perdana ini menyifatkan syarahan ini cukup bermakna bagi USIM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang bergerak melahirkan teknokrat Islam abad ini.


“USIM berbesar hati menyambut kedatangan Tun dan menyampaikan syarahan perdana sempena sambutan 10 Tahun USIM. Segala apa yang diperkatakan oleh Tun akan dihalusi dan dihayati dalam membina USIM sebagai institusi pengajian Islam tersohor”, katanya.


Orang bijak pandai bermadah "Patah Tumbuh Hilang Berganti", namun bagi kami di PRAGMATIS USIM Ayahanda Tun Mahathir merupakan insan yang tiada duanya... dihati kami dan seluruh rakyat Malaysia Ayahanda Tun Mahathir tiada gantinya...

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih diatas kesudian ayahanda Tun Mahathir Mohamed kerana sudi hadir dan menyampaikan Syarahan Perdana Sempena 10 Tahun Penubuhan USIM... Sesungguhnya tertegaknya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan pelengkap kepada sistem pengajian tinggi Islam di Malaysia adalah hasil usaha dan jasa ayahanda Tun Mahathir sewaktu beliau menerajui negara. Warga USIM dan seluruh ummat Islam haruslah mengenang jasa ini yang berjaya memartabatkan sistem pendidikan Islam dalam aliran nasional.

Kami seluruh warga USIM dan PRAGMATIS khususnya mendoakan agar ayahanda Tun Mahathir Mohamed diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta sentiasa dalam naungan rahmat Allah SWT... Amin. Semoga Allah memberikan ruang dan peluang untuk seluruh warga USIM dapat bersama-sama dengan Ayahanda Tun Mahathir di masa kan datang.

Terima Kasih

Thursday, August 5, 2010

SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR


LATAR BELAKANG & SEJARAH PENUBUHAN USIM

Penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) adalah kemuncak kejayaan kepada impian dan aspirasi untuk menubuhan sebuah Universiti Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.

Cadangan penubuhan Universiti ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada awal Jun 1997 dan telah diwartakan pada bulan Mac 1998 melalui sebuah pasukan khas yang terdiri daripada Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin bagi menggerakkan idea penubuhan USIM ini kepada realiti.

Kini, USIM adalah satu-satunya IPTA yang memberi peluang kesinambungan pengajian tinggi kepada lepasan sekolah menengah agama sejak 10 tahun yang lepas.

Bermula dengan jumlah pelajar sulung seramai 255 orang pelajar, kini jumlah enrolmen pelajar USIM telah melebihi 7000 orang yang akan terus bertekad mengorak langkah ke abad seterusnya. Sehingga kini, USIM telah melahirkan lebih daripada 4000 graduan.

TUJUAN PROGRAM

Oleh yang demikian, majlis syarahan ini diadakan dengan tujuan untuk mengingati hasrat dan perjuangan pembukaan USIM

Mendapatkan buah fikiran serta cetusan idea daripada tokoh yang berpengalaman untuk memandu USIM dalam mengorak langkah seterusnya dengan mengambil kira realiti dan cabaran Institusi Pengajian Tinggi berteraskan Islam dalam era globalisasi masakini.


ATURCARA MAJLIS SYARAHAN PERDANA SEMPENA 10 TAHUN USIM
OLEH YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

TAJUK : “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam: Antara Realiti & Cabaran Masa Depan”

8.00 pagi : Ketibaan tetamu
8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
8.45 pagi : Ketibaan tetamu kehormat & dif jemputan
9.00 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda
Naib Canselor USIM
9.15 pagi : Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
: Nyanyian lagu Negaraku dan USIM Terus Maju
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda,
Naib Canselor USIM
9.30 pagi : Syarahan Perdana oleh :YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
: Penyampaian Cenderamata
: Jamuan
10.30 pagi : Bersurai

Sehubungan itu kesemua rakan-rakan pegawai USIM adalah dijemput hadir bagi mendengar amanat dari tokoh yang begitu disegani ini agar tutur kata, nasihat dan buah fikiran beliau dapat kita ambil sebagai panduan kita dalam usaha memperkasakan USIM.

"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"
.

Tuesday, August 3, 2010

Minta kerajaan gempur kubu kuat skim cepat kaya

Atikel Utusan - Arkib 3/8/2010

SKIM cepat kaya masih menghantui masyarakat Malaysia terutama kaum Melayu. Dari bandar raya Kuala Lumpur sampailah ke kawasan Felda, tidak serik-serik golongan lintah darat ini mengambil kesempatan. Malah lebih memalukan golongan penyangak ini terdiri daripada kaum Melayu juga.

Skim-skim cepat kaya pada zaman ini boleh dikatakan sebagai amat licik dan berteknologi tinggi dengan berbekalkan umpan seperti kenderaan mewah dan cerita-cerita perubahan hidup yang berjaya dilakukan dalam jangka masa singkat selepas mengikuti skim cepat kaya itu.
Mengapa ramai orang Melayu terjebak dalam permasalahan ciptaan sendiri? Kurang bijaksanakah orang Melayu atau sengaja mencari jalan mudah untuk mencapai kekayaan?
Jika kita katakan yang terjebak atau yang terperdaya dengan skim ini adalah golongan Melayu berpendidikan rendah maka jawapan saya adalah salah. Ramai juga Melayu profesional menjadi mangsa lintah darat ini.

Ada antara mereka yang telah terjebak dengan skim ini menjadi sombong kerana telah menerima 'kekayaan' segera dan tanpa berlengah lagi mengajak sanak saudara agar turut serta menjadi 'lembu masuk ke dalam kandang.'

Saya tidak menyaran orang Melayu menjadi kedekut dan simpan duit di bawah bantal. Saya cuma mahu mengajak orang Melayu menggunakan masa yang ada untuk meneliti sebarang pelaburan kewangan jangka masa panjang.

Sebagai contoh, saya akan mengambil masa yang lama untuk berfikir ketika membeli kenderaan, rumah, insurans/takaful, saham amanah dan juga pelaburan dalam instrumen kewangan lain. Ini kerana membeli kenderaan memerlukan komitmen kewangan selama tujuh tahun, rumah memerlukan komitmen kewangan dalam 30 tahun dan pelaburan lain memerlukan jangka masa yang amat panjang.

Sedih saya melihat bagaimana golongan lintah bangsa ini mengutuk golongan yang tidak mahu menyertai 'skim gerenti kaya' mereka dengan label seperti kolot dan jumud. Lebih sedih lagi golongan ini telah memanipulasikan artis-artis, ahli politik dan juga tokoh-tokoh agama terkenal.
Orang Melayu apabila sudah melihat golongan ternama dan terkenal seperti itu turut serta dalam skim ini, maka ia seolah-olah memberi lampu hijau dan menghalalkan segala yang termaktub dalam skim tersebut. Sedangkan golongan tersebut tidak tahu menahu mengenai skim itu dan tidak pernah menyertainya.

Nasihat saya kepada artis, menteri, ahli politik dan tokoh agama supaya berhati-hati ketika diminta merasmikan apa sahaja bentuk perniagaan kerana gambar ketika merasmikan majlis tersebut akan dijaja sebagai lesen halal untuk syarikat tersebut beroperasi. Bukan sekali dua saya melihat golongan skim cepat kaya ini menjaja gambar-gambar menteri merasmikan premis mereka tanpa segan silu.

Yang lebih memalukan adalah penglibatan penjawat awam di dalam skim ini yang rata-ratanya menjadi mangsa. Mengapa? Sekali pandang boleh dibuat kesimpulan, ini kerana gaji dan emolumen yang tidak mencukupi.

Namun salah satu sebab utama adalah kelemahan dalam merancang kewangan diri dan keluarga. Ada yang gaji baru RM2,000 sebulan sudah mahu memandu kenderaan bernilai RM80,000 ke atas dan jangan terperanjat jika ada penjawat awam ke pejabat menaiki kenderaan bernilai hampir setengah juta.

Melihat mereka yang berjaya juga menyebabkan golongan ini menjadi iri hati dan ingin mencapai kejayaan yang sama dalam masa yang pantas. Kadang-kadang benda yang cepat tak semestinya bagus.

Cadangan saya mudah. Kita minta jasa baik kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia , Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan yang lain menggempur kubu kuat lintah bangsa ini.

Kita pukul kubu mereka laksana tsunami. Namun semua ini memerlukan maklumat dan bantuan daripada mangsa-mangsa yang terlibat. Jika tiada aduan maka tiadalah tindakan daripada pihak kerajaan.

Mohammad Noorizzuddin Nooh
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Tony Pua cabar Perlembagaan Persekutuan

.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan mewah di negeri itu disifatkan sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia membuktikan pendirian DAP tidak menghormati perkara-perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

"Saya fikir ini sebagai ketidakadilan dan juga usaha menjejaskan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Jika kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menerima cadangan itu, peluang bumiputera yang bergantung kepada diskaun tersebut untuk memiliki aset di negeri itu akan terjejas," katanya semalam.

Beliau mengulas cadangan Tony Pua kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu. Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mendedahkan, statistik pada 2007 menunjukkan pemilikan bangunan oleh orang Melayu masih rendah iaitu cuma 15.7 peratus dan hartanah komersial pula hanya sekitar 29.2 peratus.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, dakwaan Tony Pua bahawa tindakan itu bertujuan mengatasi masalah hartanah yang dibeli dengan harga diskaun itu dijual semula oleh orang tengah dengan harga lebih mahal, sebagai alasan semata-mata.

"Kalau benar hendak mengatasi masalah itu, perlu dikemukakan cadangan yang lebih konkrit dan tidak perlu pemansuhan pemberian diskaun itu secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Noh berkata, Selangor kini seolah-olah terdesak kerana menghadapi masalah kekurangan dana disebabkan polisi tindakan pentadbirannya. "Slogan Selangor Negeri Kebajikan menyebabkan mereka terpaksa membuat peruntukan yang besar dalam perbelanjaan.

"Oleh itu, cadangan Tony Pua dilihat sebagai cara terdesak kerajaan negeri mendapatkan sumber kewangan secara cepat," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang berbahaya dan berbentuk provokasi.

"Kami di MBM meminta ahli politik berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang menyentuh isu sensitif.

"Cadangan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ahli politik dan beliau seharusnya berfikir panjang terlebih dahulu," katanya.

Cadangan mahasiswa berpolitik tidak wajar - Khaled

ARKIB : 01/08/2010

Cadangan mahasiswa berpolitik tidak wajar - Khaled

JOHOR BAHRU 31 Julai - Cadangan Pemuda UMNO supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa aktif berpolitik adalah langkah yang kurang wajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun saranan itu bersyarat iaitu pensyarah perlu menumpukan kepada pengajaran manakala pelajar memberi perhatian terhadap pelajaran namun pelbagai masalah akan timbul.

Katanya, jika warga universiti dibenarkan berpolitik, proses mempengaruhi akan berlaku termasuk pensyarah berjawatan politik berusaha agar pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong oleh semua pihak.

Beliau mempersoalkan apakah akan terjadi kepada universiti yang merupakan institusi tamadun sesebuah negara apabila warganya lebih sibuk kepada soal politik.

"Kalau kita hendak benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga.

"Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang UMNO dan pensyarahnya daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Golf Amal Mayang di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyarankan Pemuda UMNO supaya mengemukakan cadangan yang sama kepada Majlis Tertinggi (MT).

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli UMNO akan patuh tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.


BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011