Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, August 31, 2010

Pelajar harus terap aspek patrotisme

ARKIB UTUSAN : 31 OGOS 2010

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI


Dr. Muhamad Muda bersalaman dengan pelajar USIM pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai, baru-baru ini.


SEREMBAN 31 Ogos - Golongan pelajar dan kakitangan universiti disaran memperkasakan semangat patriotisme dalam diri mereka agar berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara dengan mempunyai jati diri yang tinggi.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, nilai patriotisme juga perlu disertakan kefahaman serta amalan bagi memantapkan lagi kesedaran mengenai semangat cintakan negara.

Tambah beliau, semua pihak perlu sedar bahawa nikmat kemerdekaan negara ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dinikmati, tetapi ia memerlukan pengorbanan dan semangat untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

''Kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek tetapi ia dilakukan dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah para pejuang kemerdekaan dan limpah rahmat daripada Allah.

''Justeru, sebagai generasi selepas kemerdekaan harus sentiasa syukur dengan nikmat kemerdekaan ini dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi," ujarnya.

Muhamad berkata, demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di USIM, Nilai dekat sini, baru-baru ini.

Sambutan Bulan Kemerdekaan ini turut dilancarkan di kampus USIM cawangan Pandan Indah yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof. Dr. Musa Ahmad.

''Memandangkan pada kali ini, sambutan kemerdekaan jatuh pada Ramadan, USIM mengambil kesempatan menggabungkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga USIM," kata Muhamad.

Turut diadakan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain diadakan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Bahagian Keselamatan USIM.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011