Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, August 11, 2010

LEBIH 7,000 HADIRI SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR DI USIM




Bandar Baru Nilai, 9 Ogos 2010 – Lebih 7,000 termasuk tetamu kehormat, pelajar, pensyarah, kakitangan USIM dan masyarakat setempat hadir menenuhi Stadium Tertutup Nilai untuk mendengar Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini.


Suasana dewan yang penuh sesak dengan penonton terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sejak awal jam 8.30 pagi lagi sudah membanjiri Stadium Tertutup Nilai untuk bertemu dan bersalam dengan Tokoh Negarawan ini. Tun Mahathir dengan penuh mesra bersalaman dan melambai-lambai tangan kepada pelajar yang berada di bahagian atas tempat duduk sambil disambut oleh ribuan pelajar USIM.


8 tahun yang lalu, Tun Dr. Mahathir hadir ke kampus USIM di nilai ketika majlis pecah tanah pada 11 ogos 2002 dan ketika itu kawasan ini adalah sebuah pekan kecil. Namun kedatangan Tun Dr. Mahathir kali ini berbeza melihat USIM berdiri segak di kampus nilai yang sudah berubah wajah sebagai bandar ilmu berdekatan lingkaran koridor raya multimedia.



Pidato selama 1 jam 15 minit yang disampaikan oleh Tun Mahathir di atas tajuk “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam : Antara realiti dan Cabaran Masa Depan” menggambarkan bahawa idea dan buah fikiran Tun tidak dimamah usia.


Tun Dr Mahathir memulakan syarahan beliau dengan mengungkapkan definisi Ilmu Islam berdasarkan ayat pertama turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kalimah Iqra’. Sejarah Islam dibedah oleh Tun dengan menceritakan kehebatan tamadun Islam telah menggunakan ilmu untuk menguasai dunia seterusnya mencetuskan tamadun unggul hingga terbinanya Baitul Hikmah.

Tun menyatakan bahawa “Ilmu Islam bukan hanya terhad kepada ilmu akar Islam iaitu Syariah, Usuluddin namun lebih daripada itu iaitu termasuk ilmu sains, perubatan, pertahanan, undang-undang dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini harus dikuasai oleh umat Islam dalam menjaga keselamatan dan kesihatan umat Islam seluruh dunia.”


Katanya lagi, “ Umat Islam tidak boleh ketinggalan dalam menguasai ilmu teknologi semasa kerana apabila kita ketinggalan maka umat Islam akan tertindas. Tuntutan menguasai ilmu ini menjadi satu tuntutan fardhu kifayah dan dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T”.


Syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang julung-julung kalinya diadakan di USIM bersempena dengan sambutan 10 Tahun USIM. Tidak ketinggalan dalam syarahan ini yang turut hadir ialah Mantan Menteri di jabatan Perdana Menteri Y.Bhg Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Naib Canselor Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Ahli Lembaga pengarah USIM dan tetamu kehormat USIM.

Naib Canselor USIM ketika mengulas tentang syarahan perdana ini menyifatkan syarahan ini cukup bermakna bagi USIM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang bergerak melahirkan teknokrat Islam abad ini.


“USIM berbesar hati menyambut kedatangan Tun dan menyampaikan syarahan perdana sempena sambutan 10 Tahun USIM. Segala apa yang diperkatakan oleh Tun akan dihalusi dan dihayati dalam membina USIM sebagai institusi pengajian Islam tersohor”, katanya.


Orang bijak pandai bermadah "Patah Tumbuh Hilang Berganti", namun bagi kami di PRAGMATIS USIM Ayahanda Tun Mahathir merupakan insan yang tiada duanya... dihati kami dan seluruh rakyat Malaysia Ayahanda Tun Mahathir tiada gantinya...

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih diatas kesudian ayahanda Tun Mahathir Mohamed kerana sudi hadir dan menyampaikan Syarahan Perdana Sempena 10 Tahun Penubuhan USIM... Sesungguhnya tertegaknya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan pelengkap kepada sistem pengajian tinggi Islam di Malaysia adalah hasil usaha dan jasa ayahanda Tun Mahathir sewaktu beliau menerajui negara. Warga USIM dan seluruh ummat Islam haruslah mengenang jasa ini yang berjaya memartabatkan sistem pendidikan Islam dalam aliran nasional.

Kami seluruh warga USIM dan PRAGMATIS khususnya mendoakan agar ayahanda Tun Mahathir Mohamed diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta sentiasa dalam naungan rahmat Allah SWT... Amin. Semoga Allah memberikan ruang dan peluang untuk seluruh warga USIM dapat bersama-sama dengan Ayahanda Tun Mahathir di masa kan datang.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011