Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, December 5, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN SKIM PERKHIDMATAN UNIVERSITI

MASTI telah mendapat jemputan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Skim Perkhidmatan Universiti pada 4 Disember 2012 bertempat di PICC, Putrajaya bermula pada jam 8.00 malam. 

MASTI telah diwakili Presiden MASTI Pn. Hjh Nor Hashimah Rahmat (UiTM) - , Setiausaha MASTI En. Salehudin Sukor (PRAGMATIS USIM) dan Urusetia MASTI En. Syafful Annuar Sarani (PRAGMATIS USIM. 

Mesyuarat ini turut melibatkan YBhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa Ketua Pengarah JPT, Y.Bhg. Professor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah mewakili Naib-Naib Canselor dan Rektor IPTA, Y.Bhg. Dato' Wan Azman Wan Omar mewakili Pendaftar-Pendaftar IPTA, Wakil Persatuan kakitangan akademik (MAAC), Wakil Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI), ahli jawatankuasa pembangunan Skim Saraan Universiti (SSU) dan pegawai-pegawai KPT. 

Namun begitu GAKUM dan CUEPACS tidak hadir pada mesyuarat ini

Mesyuarat ini adalah khusus bagi menggabung jalin idea dan pandangan terbaik bagi membentuk kertas cadangan akhir Skim Saraan Universiti (SSU) yang akan dikemukakan kepada kerajaan menerusi KPT.


 Pelbagai isu, tuntutan, cadangan dan penambahbaikan telah dibincangkan dan diambil perhatian pada mesyuarat ini dan dipersetujui agar kesemua perkara ini digabung jalinkan tanpa meminggirkan kepentingan dan isu yang diperjuangkan perlbagai pihak terutama dari MASTI, MAAC dan GAKUM. Jaminan ini diberi oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa Ketua Pengarah JPT dan pihak MASTI amat mengambil serius agar cadangan yang di bawa tidak dipinggirkan begitu sahaja serta akan terus memantau penyediaan kertas kerja SSU ini bagi memastikan soal pokok yang diperjuangkan MASTI diterima dan dimasukkan ke dalam kertas kerja ini. 

Kita tidak mahu apa bila siap kertas kerja SSU ini dan ditakdirkan diterima pakai masih ada suara-suara ketidakpuasan hati timbul akibat kegagalan membawa isu penting menerusi SSU ini umpama " Rumah Dah Siap Pahat Masih Lagi Berbunyi". Kita tidak mahu janji tinggal janji sahaja dengan bercakap soal transformasi dan berani berubah namun hakikatnya kita masih berada ditakuk lama.

Apapun keterbukaan YBhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa Ketua Pengarah JPT dan
Y.Bhg. Professor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah serta rakan-rakan mesyuarat wajar diteruskan dalam platform lain di masa akan datang. 


Harapan kita menerusi SSU akan dapat menyelesaikan banyak isu berkaitan soal kebajikan di dalam skim perkhidmatan yang di alami sekarang ini di universiti seluruh Malaysia.

KITA TELAH MERANCANG
NAMUN SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MAHA MERANCANG 

DAN PERANCANG ALLAH JUALAH YANG SEBAIK-BAIKNYA

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011