QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN PRAGMATIS USIM MENEWASKAN KELAB VETERAN USIM
.
"KAN TERUS MEMBELA MARUAH KITA"
Sejarah telah tercipta apabila Kelab Pragmatis FC yang diketuai oleh Sdr. Marwan (kapten) telah memperolehi kemenangan sulung dengan penuh bergaya mengatasi Kelab Veteran USIM dengan kemenangan penuh bergaya 5 - 1.
Keseluruhan perlawanan dilihat seimbang apabila kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan "striker" kedua-dua pasukan acap kali melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan. Benteng Pragmatis FC dilihat begitu kukuh dengan dikemudi oleh kapten pasukan sdr. Marwan hingga banyak sekali kesalahan "offside" dilakukan penyerang Kelab Veteran USIM.
Akhirnya pada separuh masa pertama satu serangan balas pantas dari Veteran USIM telah membuahkan hasil apabila Tuan Haizuan (Pendaftar USIM) melakukan larian pantas melepasi perangkap "offside" seterusnya melakukan sepakan lencong yang begitu mengelirukan dari luar petak penalti untuk jaringan pembukaan oleh Kelab Veteran USIM.
Sebaik sahaja separuh masa kedua Pragmatis FC segera mendominasi perlawanan. Umpama harimau malaya yang telah dilukai, Pragmatis FC melakukan amukan dengan melakukan jaringan 3 jaringan pantas dalam tempoh 15 minit separuh masa kedua. Namun begitu permainan dicemari insiden kecederaan pemain pertahanan Pragmatis FC yang tercedera ketika mengekang asakan lawan.
Setelah 20 minit separuh masa kedua berlangsung, Kelab Veteran USIM dilihat gagal mengekang serangan bertali arus Pragmatis FS yang menggunakan taktikal dan formasi 4-3-3. Sehingga tamat perlawanan Pragmatis FC telah berjaya mengatasi Kelab Veteran USIM dengan kemenangan 5-1.
Ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dan syabas kepada para pemain yang terlibat kerana menunjukkan semangat kesukanan yang begitu baik sekali yang mana wajar sekali anugerah "fairplay" diberikan kepada pasukan dalam perlawanan ini.
Kemenangan sulong Pragmatis FC ini merupakan langkah kebangkitan yang akan diteruskan pada perlawanan akan datang...
Selepas ini Manager Pragmatis FC sedang mendapatkan persetujuan untuk perlawanan pemanas badan menjelang liga profesional eropah berkemungkinan Pragmatis FC akan berhadapan Pasukan Elit PAP USIM yang berpangkalan di German Barat. Diberitakan Pragmatis FC turut menerima jemputan perlawanan ulangan dengan Kelab Veteran USIM sebagai persiapan Kelab mereka untuk menyertai pertandingan Piala V- Intercontinental nanti.
Sekian.
Pantang Menyerah! Teruskan Perjuangan!
Nota : Gambar tiada disebabkan kamera kehilangan kuasa bateri oleh itu sesiapa ada snap gambar hantarkan menerusi email kepada saudara syafful Annuar PPKI untuk kemaskini post.
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
-
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment