Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, April 19, 2012

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN PTM FC MENENTANG PRAGMATIS FC



Perlawanan Persahabatan Bola sepak Pragmatis FC menentang PTM FC pada 3 April lalu bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihan menyaksikan satu perlawanan sengit yang mana penguasaan keseluruhan perlawanan didominasi secara seimbang di antara kedua-dua pasukan. 

Walaupun Pragmatis FC baru sahaja ditubuhkan dan baru berbanding PTM FC yang sudah bertaraf kelab "veteran" dalam liga profesional USIM, pemain Pragmatis USIM dilihat mampu menyaingi PTM FC dengan dikemudi oleh kapten pasukan Sdr Marwan serta digerakkan menerusi midfielder (MC) berpengalaman Sdr Hammad Farhi... manakala jentera serangan di pertajamkan dengan pemain kelahiran US (kelantan) Mr. Shah "Drogba" yang mendominasi larian-larian licik lagi mengelirukan melepasi pertahanan lawan.

Namun begitu Pragmatis agak goyah dengan ketiadaan penyerang veteran berbisa iaitu Tuan Haizuan (Pendaftar USIM) menyebabkan Pragmatis FC gagal memecah kebuntuan gol.

Pelawanan berkesudahan PTM FC menang ke atas Pragmatis FC dengan jaringan 5-0

Apapun kepada semua pemain, rakan, sahabat dan keluarga serta penyokong yang hadir terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Walau tewas Pragmatis tetap menang dengan kejayaan mengumpul rakan-rakan untuk hadir dan menyertai perlawanan persahabatan ini seterusnya mengaktifkan budaya hidup sihat menerusi sukan.

Akhir kalam, Majulah Sukan Untuk Negara!
Pantang Menyerah! Kita Teruskan Perjuangan !



No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011