Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, March 23, 2012

Biar saling menaruh kepercayaan


Mohd. Farid Zuhni (duduk dua dari kiri) berbual bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika sesi minum teh tarik bersama mahasiswa selepas Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di UiTM Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Izham Jaafar


LAWATAN ulangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kelmarin sekali lagi membuka mata golongan muda akan perubahan yang dijanjikan termasuklah dalam hubungan antara rakyat dan kepimpinan tertinggi negara.

Jika sebelum ini ada yang mengadu dalam kalangan pemimpin mahupun menteri yang datang, ada di antaranya tidak 'mendekati' pelajar seperti diharapkan, Perdana Menteri pula berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.

Transformasi yang dijanjikan bukan sahaja kepada dasar dan pendekatan kerajaan dalam urusan negara malahan urusan bersama rakyat termasuklah golongan muda ini yang bukan sahaja dapat mendekati, malahan minum teh tarik bersama Perdana Menteri.

Najib bukan sahaja menonjolkan sentuhan seorang pemimpin yang tulus mahu mendekati rakyat, beliau pada malam itu turut menggarap realiti semasa dan harapan masa depan golongan muda yang mahu suara mereka didengar dan diambil kira.

Dalam menyampaikan amanat di hadapan lebih 10,000 mahasiswa dari seluruh negara sempena majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Perdana Menteri juga berkongsi harapan dan peringatan kepada golongan muda dalam usahanya melindungi masa depan mereka.

Di samping mengingatkan mahasiswa tidak termakan hasutan dan janji manis sesetengah pihak, Najib turut melahirkan keyakinan kemampuan golongan pelajar berfikir, menilai dan membuat pertimbangan sendiri terhadap 'janji bulan dan bintang' itu secara matang dan bijaksana.

Walaupun berharap golongan muda terus memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk terus memimpin, Perdana Menteri terlebih dahulu memberi kepercayaan kepimpinannya kepada mahasiswa dengan berjanji untuk tidak menutup atau mengongkong minda mereka.

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 menjadi antara bukti kepercayaan kerajaan kepada mahasiswa kerana apa jua pilihan mahasiswa dan golongan muda, ia akan memberi kesan kepada masa depan mereka sendiri.

Namun, Perdana Menteri juga mengingatkan mahasiswa, walaupun kepercayaan yang diberi itu atas dasar menekankan kebebasan, ia perlu seiring dengan rasa tanggungjawab terhadap setiap tutur kata dan tindakan mereka.

Bagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS, Datuk Khairul Anwar Rahmat, rakyat terutamanya mahasiswa sendiri mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri yang memberi kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan sendiri.

"Namun, seperti yang Perdana Menteri katakan, kebebasan bersuara dan sebagainya tidak boleh dijadikan tiket untuk mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai mahasiswa.

"Belajar, pergi ke kuliah dan memahirkan diri sebagai persediaan hidup berkerjaya perlu diutamakan. Jika mahu berkecimpung dalam politik, tunggu hingga selesai tanggungjawab hakiki itu dahulu," tegas beliau.

Jelasnya, apa yang diungkapkan Najib umpama setiap unit keluarga, masyarakat mahupun negara yang ada undang-undang dan peraturan untuk menjaga tingkah laku anggotanya.

Tambahnya, semua itu bukan sebagai sekatan tetapi setiap kebebasan datang dengan tanggungjawab yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan.

Beliau yang turut hadir dalam majlis perasmian itu menyatakan, hadirin dapat merasakan nadi keikhlasan pemimpin nombor satu negara walaupun perbezaan umur mencecah puluhan tahun berbanding mahasiswa.

"Perdana Menteri merendah diri berbicara sehinggakan suasana hening seketika kerana mahasiswa tidak menyangka intonasi beliau memohon kepercayaan mereka. Najib tidak mahukan autokrasi dalam demokrasi.

"Walaupun tahu tidak akan mendapat 100 peratus sokongan, beliau dengan nada santun, menyentuh sanubari mahasiswa sehingga terdiam mereka mendengar Perdana Menteri meminta diberi peluang sekali lagi untuk kembalikan era kegemilangan," katanya.

Menurut beliau, Najib mengakui mungkin ada kesilapan terdahulu sama ada oleh pemimpin, keputusan mahupun dasar kerajaan tetapi berharap golongan muda memberi peluang dan kepercayaan sekali lagi terhadap kepimpinannya.

Tambahnya, dalam menegaskan kebebasan berfikir dan memilih, Perdana Menteri juga menawarkan golongan muda satu masa depan yang lebih pasti jika diberi kepercayaan itu, berbanding janji-janji manis pihak lawan.

Khairul Anwar yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) berharap mahasiswa juga akan memikirkan faktor 'kepastian' dalam membuat pilihan kepimpinan negara kelak.

"Kerajaan sedia ada memberi kepastian kepimpinan, ekonomi dan juga polisi negara. Kita tahu siapa yang akan menjadi pemimpin negara dan anggota Kabinet pusat dan negeri di samping polisi tetap berkaitan Islam, Barat mahupun Israel.

"Ekonomi kita juga mengekalkan dasar afirmatif membantu bumiputera dan bukan bumiputera kerana kaum bumiputera yang kuat akan melindungi kaum minoriti lain," ujarnya.

Beliau mendakwa, perbezaan nyata wujud di kalangan pembangkang yang tiada kepastian bukan sahaja dari segi politik, malahan ekonomi dan dasar luar serta terbukti tidak bersepakat dalam banyak perkara dengan bermacam jenis janji manis kepada kumpulan dan kaum berbeza.

Berhubung penubuhan YSS, beliau yakin ia akan membuka peluang mahasiswa turun ke peringkat akar umbi untuk melihat sendiri keluh kesah sebenar rakyat dan tanggungjawab dipikul kerajaan.

"Mahasiswa akan berpeluang pergi ke kampung dan bandar serta mengetahui sendiri keperluan setiap kelompok itu berbeza.

"Mereka juga mampu menjadi ejen jurubicara rakyat, wakil dan duta kecil kerajaan dalam menyampaikan permasalahan penduduk kepada kepimpinan tertinggi," katanya.

Jelasnya lagi, gerakan sukarelawan ini juga dapat menampilkan imej mahasiswa yang lebih baik di mata masyarakat berbanding golongan yang suka berdemonstrasi mahupun dituduh suka menimbulkan masalah semata- mata.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail pula berpendapat amanat penting Perdana Menteri kepada semua mahasiswa kelmarin menunjukkan kerajaan sedang berusaha membentuk pemikiran dan keperibadian mereka untuk sekarang dan masa hadapan.

"Perdana Menteri juga menyuntik semangat kebebasan berfikir kerana kerajaan tidak pernah pun menyekat pemikiran golongan muda dan terbuka untuk menerima pandangan kritikal mahasiswa.

"Tetapi, kita juga perlu belajar bertanggungjawab terhadap pemikiran, kata-kata dan perbuatan sendiri kerana mahasiswa bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat dan perlu memikul tanggungjawab sendiri," tegasnya.

Dia yang turut serta dalam ramah mesra bersama Najib memaklumkan, kerajaan telah membuka ruang untuk mahasiswa mengikut mahupun menyertai mana-mana fahaman atau parti politik tetapi mereka perlulah bertanggungjawab mengutamakan pendidikan masing-masing.

"Ingatlah bila sudah tamat pengajian nanti, cabarannya lebih besar. Kerajaan tidak melupakan hasrat dan keinginan mahasiswa dengan membuka banyak peluang pekerjaan terutamanya yang memerlukan kemahiran khusus dalam bidang tertentu.

"Jika mahasiswa tidak mempersiapkan diri sebaik mungkin, mereka tidak boleh pergi jauh. Perdana Menteri boleh harapkan sokongan kami, suara sumbang di tepi itu hanya minoriti dan kebanyakannya hanya buat bising sahaja," ujarnya.

Bagi Mohd. Farid Zuhri, situasi di luar universiti sangat mencabar dan akan lebih mencabar kelak dengan bermacam jenis orang menabur pelbagai janji manis. Namun, dia mengingatkan mahasiswa negara berfikiran matang dalam menilai apa dijanjikan pihak tertentu itu.

"Kerajaan sebenarnya sudah buktikan kemampuan mereka tetapi tetap terus berusaha membantu mahasiswa. Ekonomi negara cukup baik untuk kerajaan memberi bantuan baucar buku RM200 buat kali pertama dalam sejarah. Ini bukan sahaja untuk galakkan membaca, malah agar pelajar berfikir sendiri dan berfikir di luar kotak," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011