Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, April 14, 2011

MENUJU KE PUNCAK

MINDA PENDAFTAR 6/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Nama Azizulhasni Awang kini telah menjadi ikon tersohor di pentas lumba basikal kebangsaan dan antarabangsa. Anak muda yang lasak dan membesar di persekitaran tenang daerah Dungun Terengganu telah menjadi idola antarabangsa. Pada mulanya tiada siapa yang menyandarkan harapan kepada anak muda ini untuk menggegarkan kota Pruskowz Poland, mempersonakan pencinta sukan lumba basikal di Copenhangen Denmark serta menjadi igauan ngeri kepada Chris Hoy iaitu pesaing tradisi beliau di pentas dunia. Hanya minat tidak berbelah bagi, usaha yang tiada kesudahan menjadi azimat kepada beliau bahawa kesemuanya itu bukannya cerita rekaan dan sesuatu yang mustahil. Beliau telah membuktikan bahawa nama yang gah hanya dipersekitaran pasar malam Dungun telah menjadi cerita besar, kini jaguh dan superstar seluruh pelusuk dunia.
.

.
Hakikatnya beliau tidak menempuh jalan yang singkat untuk ke tahap tersebut. Campuran usaha, masa, peluang, nasib dan mentor yang betul menjadi intisari yang mengerakkan kejayaan beliau. Beliau membina keyakinan yang tinggi sehingga meragukan orang lain, namun beliau tahu apa sebenarnya yang dimahukan. Beliau turut menjaja bakat yang ada dan menghiasnya dengan kesungguhan tanpa jemu. Jatuh bangun dalam persaingan tidak langsung memudarkan semangat yang ada. Pengorbanan berjauhan dengan keluarga dan isteri merupakan suatu hakikat yang terpaksa diakui dan jauh sekali untuk merintih. Hidup dikelilingi dengan disiplin dan jadual latihan yang ketat. Umum juga sudah mengetahui azam beliau untuk meraih pingat emas di kota London pada 2012 yang tidak sampai 500 hari lagi. Beliau terlalu mencintai sukan yang beliau ceburi.
.

Kejayaan beliau ini menceritakan kepada kita bagaimana untuk menuju ke puncak itu harus melintasi pelbagai ujian dan pengorbanan. Apa yang membezakan ialah track yang beliau lalui tidak sama dengan laluan yang kita semua ceburi. Beliau mengayuh basikal dengan intinsiti fizikal yang tinggi manakala kita mengerahkan kapasiti mental yang kompleks untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran yang ada. Naluriahnya sama di mana semua orang berkeinginan untuk berada di puncak baik dalam kerjaya mahu pun berkaitan hobi yang diceburi.

Justuru apabila merungkaikan kesah perjalanan untuk menuju ke puncak sebagai kerjaya pentadbir Universiti, menjadi warganya yang mempunyai jiwa yang kental dan adatif dengan perubahan merupakan suatu kemestian. Penonjolan trait-trait keistimewaan peribadi sebagai pentadbir unggul yang mencerminkan kompentesi diri melibatkan rally yang panjang. Maka stamina dan pengekalan motivasi yang tinggi harus ada pada tubuh diri. Menifestasi daripada perjuangan Azizulhasni Awang ialah faktor kecintaan kepada profesion perlu dicontohi oleh kita semua.

Saya memang mendambakan watak-watak pentadbir yang lincah serta ghairah berkeksperimen dengan inovasi untuk mencapai kejayaan dengan berprestij. Jauh sekali dari mengelak untuk menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Matlamat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sangat berkait dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Di sinilah letaknya cabaran kepada kita untuk menyerlahkan keupayaan dalam menguasai kerja yang diberikan. Kita tidak boleh lagi tersangkut dengan permasalahan asas yang mencacatkan reputasi karisma pentadbir seperti datang lewat, tidak mesra pelanggan, kerja bertangguh, mengelat dan berbagai-bagai lagi yang saya saya boleh sifatkan sebagai virus berbisa. Tidak dapat diterima dalam benak mereka yang rasional adanya lagi watak-watak sebegini dalam dunia pentadbir Universiti. Jika boleh digambarkan dengan mudah untuk disampaikan kepada mereka yang sebegini, bahawa mereka ini tidak relevan lagi dalam kapal yang kita sedang naiki, maka untuk mengelakkan mereka terasing di dalam pelayaran yang kita sertai adalah lebih baik mereka ini mengundur diri.

Pegawai-pegawai harus menyerlah sifat berani untuk membawa pembaharuan. Memiliki cara yang bijaksana untuk memastikan idea-idea baru dapat diketengahkan dan diterima ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa saya menyimpan rasa cemas apabila melihatkan berleluasanya keadaan kalangan kita yang hanya menanti pihak lain yang memberikan idea dan selepas itu, kita hanya terkenal sebagai golongan perlaksana sahaja.

Akhirnya kita menjuruskan wajah profesion kita dalam mentaliti `maintenance’. Ini akan membuatkan kita tersekat-sekat untuk menjadi kelompok peneraju dan juga penggerak kepada perubahan. Tidak mustahil kelompok pentadbir akan menjadi jurai yang rapuh jika berterusan dalam keadaan sebegini.

Apabila ditanya bagaimana untuk mengelak dari kerapuhan dan kebejatan untuk menggorak kecemerlangan, maka saya menggambarkan perjuangan Azizulhasni Awang sebagai dorongan. Susuk dirinya kecil tetapi jiwanya bagaikan gargantuan, maka tidak hairan dunia mengelarkan beliau sebagai The Rocketpocket Man. Ertinya jiwa pentadbir adalah jiwa yang besar!

Sekian, wassalam

Muhammad Haizuan Rozali
14 April 2011 / 11 Jamadil Akhir 1432
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011