Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, March 22, 2012

Terus beri kepercayaan - PM

SHAH ALAM 21 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para mahasiswa agar tidak termakan dengan hasutan dan janji-janji manis yang ditaburkan oleh sesetengah pihak.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap, mereka akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang untuk terus memimpin negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak bermain dengan jual beli janji sebaliknya membentuk kehidupan rakyat termasuk mahasiswa sehingga membolehkan mereka meletakkan keyakinan kepada para pemimpin sekarang.

''Anda semua boleh memberikan kami kepercayaan untuk memimpin negara, ini jaminan kerajaan Insya-Allah hari esok akan lebih baik daripada hari ini untuk saudara-saudari sekelian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 10,000 mahasiswa dari seluruh negara pada majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri menegaskan, terdapat golongan yang sanggup menjual apa saja janji termasuk bulan dan bintang serta cakeralawa.

''Saya hendak beritahu mereka boleh janji tetapi kerajaan boleh melaksanakan penyampaian untuk rakyat pada hari ini dan akan datang," katanya.

Beliau berkata, sebenarnya perubahan besar berlaku dalam negara sekarang hasil pelaksanaan dasar transformasi kerajaan dan ia bukan sekarang retorik politik sebaliknya satu kenyataan.

Dalam hal ini Perdana Menteri berkata, menjadi cabaran besar buat kerajaan untuk membuat perancangan dalam menyediakan 70 peratus pekerjaan yang belum wujud pada hari ini demi masa depan generasi akan datang termasuk mahasiswa.

''Kalau kita tidak dapat mengemudikan negara kita, menguruskan tadbir negara dengan baik sama ada melalui dasar tidak kena pada tempat, sama ada kita kecewa kerana gagal pelaksanaannya atau salah gunakan amanah yang diletakkan di atas bahu kita, maka pada masa itu akan hancur segala impian yang besar dan teragung yang ada pada setiap siswa," katanya.

Sebab itulah, kata Najib kerajaan membuat perancangan bagi jangka masa panjang dengan memastikan negara dapat dinobatkan sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

Mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Perdana Menteri berkata, ia dilakukan kerana kerajaan yakin golongan mahasiswa boleh berfikir secara matang.

''Saya tekankan soal kebebasan tetapi dengan rasa tanggungjawab sepenuhnya. Ada peluang boleh nak pergi mana-mana, boleh dengar ceramah sesiapa, boleh jadi anggota parti mana-manapun tetapi apabila dalam kampus tumpukan kepada pelajaran masing-masing," katanya.

Najibi menegaskan, kerajaan tidak akan menutup dan mengongkong minda para mahasiswa dengan melakukan sekatan ke atas mereka daripada pandangan pihak lain.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan bersikap terbuka dengan memberikan mereka kebebasan membuat penilaian secara matang dan bijaksana terhadap maklumat yang diperolehi daripada pelbagai penjuru.

''Kita tidak tutup minda, mereka boleh dengar daripada sesiapa pun dan ada yang rajin jemput ke rumah dia, mereka boleh dengar, yang penting sekali siswa-siswi boleh buat penilaian, boleh membuat pertimbangan.

''Sebab itu, kerajaan bukan hendak kongkong, kita hendak membentuk minda, tidak mengapa mendapat maklumat daripada mana-mana penjuru tetapi buat pertimbangan secara matang dan bijaksana kerana mahasiswa akan menentukan masa depan," katanya.

Mengenai YSS, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberikan peruntukan sewajarnya bagi membolehkan mahasiswa terlibat dengan kegiatan kesukarelawan bagi membolehkan mereka mendampingi masyarakat.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011