Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, March 25, 2011

MINDA PENDAFTAR 5/2011 : PENGHARGAAN DAN PUJIAN

MINDA PENDAFTAR 5/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

PENGHARGAAN DAN PUJIAN

Salah satu KPI dibawah aktiviti utama KRA ke-4 USIM ialah memastikan seramai 80 peratus staf memiliki kepuasan kerja. Justeru, menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menyediakan prasarana dan mewujudkan iklim pengurusan yang kondusif agar staf memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka. Menyingkap soal kepuasan berkerja ini, seksyen Pembangunan Bahagian Modal Insan Jabatan Pendaftar telah melaksanakan kajian melalui soal selidik kepuasan kerja kepada semua staf bermula 13hb. Disember hingga 15hb. Disember 2010. Kajian ini menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang diedarkan secara online melalui infopro. Antara domain yang dikaji ialah;

a) Skop kepuasan kerja
b) Peluang kemajuan dan peningkatan kerjaya
c) Hubungan dengan pelbagai pihak
d) Kebajikan staf


Daripada maklumbalas yang diberikan terhadap semua item di dalam domain di atas boleh dikatakan kebanyakan staf memberikan respond di tahap berpuashati dan sangat berpuashati. Namun begitu, terdapat maklum balas yang menarik perhatian saya ialah dibawah domain peluang kemajuan dan peningkatan kerjaya dengan item kekerapan mendapat penghargaan atau pujian. Boleh dikatakan separuh dari subjek kajian memberikan respond di bawah tahap berpuas hati terhadap penerimaan penghargaan dan pujian.

Jika itulah keadaannya ia membawa maksud budaya memberi pujian dan pengiktirafan dalam pentadbiran kita masih perlu dipertingkatkan lagi. Tidak kira dari pihak atasan kepada staf seliaan ataupun sesama rakan sepejabat. Biarpun kita ada majlis-majlis rasmi untuk memberi pengiktirafan kepada staf yang berjasa, namun itu dirasakan belum memadai disebabkan lumrah manusia yang memiliki naluri yang inginkan diri mereka diakui, dipuji dan dihormati dalam kehidupan seharian. Setiap sumbangan mereka perlulah diiktiraf dan tidak semestinya dengan ganjaran fizikal bahkan memadai dengan rasa terima kasih yang tulus.

Apakah kita terlalu kedekut untuk menghambur kata-kata pujian atau berkeadaan terlalu berhati-hati bagi mengelakkan seseorang itu menjadi riak apabila dipuji. Menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa untuk mengkritik orang lain tidak sesukar untuk memujinya. Hidup tanpa pujian ini telah menjadi lakuan budaya sebahagian besar daripada kita dan bukannya tidak suka kepada pujian tetapi sikap berat untuk mengungkapkan pujian telah menjadi norma subjektif yang terikat dalam sanubari. Hidup diserang oleh simpton paradigma paralysis iaitu gagal melihat seseorang dari sudut positif tentang kehebatan dan kedinamikannya.

pujian itu racun


Dalam sesebuah organisasi, pujian dan pengiktirafan merupakan ransangan atau pendorong motivasi yang tinggi. Budaya memberikan pujian dan mengiktiraf pencapaian staf perlu disemarakan dalam mana-mana organisasi termasuklah juga USIM. Sikap mencemburui dan menganggap rakan-rakan sekerja sebagai pesaing tanpa sebab boleh memburukkan keharmonian organisasi.

Marilah kita menerapkan budaya untuk memberi pujian sesama kita. Langkah untuk menyuburkannya perlu digerakan di setiap peringkat. Baik dari peringkat Pengurusan Tertinggi hinggalah kepada staf sokongan. Kita boleh menjadikan ianya sebagai amalan harian untuk menyerikan interaksi sesama kita asalkan ia merupakan suatu yang ikhlas. Pujian merupakan suntikan yang berbisa untuk menyuburkan rasa kekitaan, ketulusan dan lebih dari itu ianya mencerminkan keperibadian kita.

Begitu jugalah dalam kehidupan berumah tangga. Memuji pasangan pada lumrahnya makin surut apabila usia perkahwinan sudah menginjak beberapa tahun. Berat lidah, segan dan berasa tidak berapa sesuai sudah menjadi alasan yang dicipta. Kadang-kadang menjadi lucu apabila mengenangkan ada rakan yang jiwanya lebih lebih terisi dengan gelagat orang gaji yang kerap memuji dirinya berbanding dengan isteri sendiri.

Sekian, wassalam

25 Mac 2011 / 19 Rabiul Akhir 1432
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011