Salam Perpaduan
Salam 1Malaysia
Pertamanya tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 yang terpilih serta mendapat mandat dan kepercayaan untuk memimpin dan membawa mahasiswa/i USIM ke arah kecemerlangan selaras dengan hasrat dan matlamat USIM dan Negara amnya.
Saya turut berasa bangga dan teruja kerana Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 kebanyakannya merupakan bekas "anak didik" dan "sahabat" semasa saya menerajui Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).
Saya masih lagi ingat walaupun berada di tahun 1 pengajian, mereka ini telahpun menunjukkan bakat serta kepimpinan yang baik melalui pendedahan, latihan dan sumbangan aktif bersama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Pemilihan mereka oleh suara majaoriti Mahasiswa/i USIM sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 membuktikan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) telah berjaya merintis dan melatih serta mengasah bakat yang berketerampilan untuk kita ketengahkan sebagai pemimpin Mahasiswa/i USIM.
Dalam pertemuan tidak formal baru-baru ini ada "sahabat" yang merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 meminta buah fikiran serta idea untuk memandu mereka terutamanya mengenai idealisme dan halatuju Mahasiswa/i USIM agar Mahasiswa/i USIM dapat dipandang tinggi dan diangkat martabatnya sebaris dengan pimpinan universiti tersohor yang lain. Saya telahpun memberikan serba sedikit pandangan dan buah fikiran namun rasanya masih belum mencukupi dan diharapkan menerusi artikel ini akan dapat membantu "sahabat" kita, pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 lebih memahami pandangan saya seterusnya membuka jalan agar mereka dapat merealisasikan hasrat murni ini.
Pertamanya biar saya tegaskan bahawa suasana USIM adalah begitu "unik" dan amat berbeza dengan universiti lain. Mahasiswa/i USIM memiliki idealisme dan acuan yang meletakkan perpaduan serta kesatuan sebagai intipati utama dengan matlamat akhir adalah untuk melahirkan graduan yang holistik dan mampu memainkan peranan sebagai agen penyatuan masyarakat lebih-lebih lagi kebanyakan graduan USIM memiliki latar belakang agama Islam.
Kepimpinan Mahasiswa/i USIM adalah melalui pemimpin yang berbakat dan mampu menterjemahkan misi ini dan bukan terpilih berlandaskan persoalan Ideologi kepartian.
Kepimpinan Mahasiswa/i USIM adalah melalui pemimpin yang mampu memperjuangkan aspirasi Mahasiswa/i bukan sahaja di USIM malahan peringkat nasional dan antarabangsa.
Kepimpinan Mahasiswa/i USIM adalah melalui pemimpin yang mampu mencari titik penyatuan kelompok yang lebih besar dan menjadi agen penyatuan ummah!
"Sahabat" dan "rakan" inilah hasrat dan "idea" murni yang harus diambil sebagai rujukan bagi melahirkan idealisme kepimpinan Mahasiswa/i USIM malahan perlu dihayati dan difahami bukan sahaja oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 malahan seluruh Mahasiswa/i USIM.
Ini adalah kerana masih kedengaran suara mahasiswa/i yang merasakan hasrat dan "idea" ini mengongkong dan mengawal mereka sehinggakan mereka beranggapan Perjuangan Mahasiswa/i USIM kini lemah, lesu dan tidak bermaya dan tidak lagi merupakan perjuangan yang tulen.
Persoalannya apakah dengan membawa masuk soal kepartian dan ideologi ke dalam minda dan perjuangan Mahasiswa/i akan menjadikan perjuangan ini lebih tulen, kuat dan dihormati???
Jika kita lihat di Universiti lain perbezaan ideologi politik memecah belahkan perpaduan serta menyempitkan corak pemikiran Mahasiswa/i hinggakan situasi politik luar turut mempengaruhi idealisme mereka.
Pelbagai isu "luar" dan politik sempit menghimpit perjuangan pimpinan Mahasiswa/i di sana hinggakan isu "sebenar yang harus diperjuangkan di atas platform Pimpinan Mahasiswa atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terpinggir atau terus dilupakan. Mereka lebih ghairah menjadikan idealisme parti politik sebagai "kiblat" perjuangan walaupun kadangkala isu atau perjuangan yang dicedok dari parti politik ini tidak ada kena mengena langsung dengan idealisme "sebenar" kita selaku Mahasiswa/i. Ideologi kepartian membataskan mereka dari melihat persoalan yang lebih besar terutama berkaitan kepentingan perpaduan demi negara dan kemaslahatan ummah.
Apa yang melucukan mereka mengatakan bahawa perjuangan mereka bebas, tulen dan merupakan suara sebenar mahasiswa namun kenapa isu yang diketengahkan senada dengan parti politik tertentu malahan dilihat mereka seolah-oleh dijadikan alat propaganda parti politik berkenaan.
Ada yang menyedihkan lagi apabila mereka membawa masuk gaya liar parti politik di luar ke dalam kampus. Lihat sahaja kejadian di UPM dan di beberapa IPT "tersohor" lain. Inikah yang kita mahu lihat terjadi di USIM? Pendekatan konfrantasi dengan pihak Universiti dan Kerajaan bukanlah langkah terbaik. Sesungguhnya pendekatan berhikmah disamping hubungan baik adalah kunci kejayaan dan penyelesaian sesuatu masalah.
Ini telah saya dan rakan-rakan buktikan apabila kami berjaya mengubah tapuk pimpinan Mahasiswa/i sekitar tahun 2002/2003. Melalui pendekatan berhikmah dan jalinan hubungan yang akrab dengan semua, pihak Kepimpinan Mahasiswa ketika itu berjaya menyelesaikan banyak isu menerusi forum waima melibatkan perbincangan terus bersama YAB Perdana Menteri. Ini amat berbeza dengan pendekatan ala militan, berkonfrantasi dan menentang yang diamalkan oleh kepimpinan sebelumnya namun tetap gagal menyelesaikan pelbagai isu berbanding kami.
Sedar atau tidak Mahasiswa/i USIM lebih bertuah dan bernasib baik kerana keadaan di USIM jauh amat berbeza. Di USIM bagi saya hanya pemimpin yang tulen dan berkelayakan akan dipilih kerana pemilihan bukan berlandaskan Ideologi kepartian. Hasilnya segala racun permasalahan yang timbul akibat pertentangan Ideologi kepartian tidak timbul dan fokus sebenar boleh diberikan kearah usaha dan peranan serta halatuju perjuangan kepimpinan mahasiswa/i.
Perjuangan Mahasiswa/i perlu bersikap adil dan matang dengan menyokong dan menjadi agen penerangan kepada langkah bijak dan tepat oleh kerajaan. Sebaliknya turut menyuarakan pandangan dengan menggunakan "saluran" yang betul jika merasakan perlunya penambahbaikan di dalam polisi atau sesuatu keputusan oleh kerajaan. Perlu diingat peranan kita adalah seumpama penasihat kepada kerajaan agar keputusan tepat diambil bukannya bersikap seperti "Pembangkang".
Isu yang diperjuangkan juga perlu lebih "matang" dengan fokus pembahagian kepada isu Universiti, Nasional dan Negara. Isu yang dibawa perlu mengelakkan isu sempit yang menjurus kepada perjuangan ideologi politik. Sebagai panduan mungkin teras utama isu boleh menjurus kepada isu Mahasiswa, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Kemasyarakatan dan sebagainya.
Jaringan dengan KPT dan MPP universiti lain amat diperlukan terutama dalam merangka program berskala Nasional dan Antarabangsa selain program berbentuk pertukaran pelajar dan sebagainya. Untuk itu kita perlu proaktif dan tidak lagi segan silu untuk menonjolkan diri mewakili Mahasiswa/i USIM. Namun begitu kita perlu berhati-hati dalam usaha membentuk rangkaian kerana kita akan sentiasa didekati oleh individu, NGO malahan persatuan atau kumpulan tertentu terutama mereka yang bermatlamatkan mencari sekutu bagi perjuangan ideologi politik kepartian. Kita perlu bijak memilih dan melihat kesan jangka panjang ke atas hubungan dan jaringan yang ingin kita bina.
Beberapa rakan saya sama ada di peringkat USIM, KPT malahan Pimpinan Kerajaan melahirkan kebimbangan apabila Barisan Kepimpinan MPP USIM 20011/2012 telah dilabelkan menyebelahi kumpulan yang Pro dengan ideologi Parti Politik tertentu oleh beberapa media terutama media yang pro kepada Parti Politik tertentu. Ada antara mereka meminta pandangan terus daripada saya dalam cubaan merisik akan situasi sebenar "pasca" Pilihanraya Kampus (PRK) di USIM. Begitu mudah, jawapan yang saya berikan adalah konsisten dengan kepercayaan yang mengatakan bahawa suasana di USIM adalah "unik" dan "berbeza".
Kepercayaan inilah yang harus dipamerkan oleh bukan sahaja Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 malahan seluruh Mahasiswa/i USIM.
Semasa di Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), saya acapkali menegaskan bahawa Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) adalah sebuah landasan yang dibina ke arah usaha penyatuan Ummah. Kita di dalam Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) perlu terlebih dahulu membuka minda dan membebaskan pemikiran kita dari semua jenis sekatan agar kita mampu melihat gambaran menyeluruh masyaraka seterusnya bertindak sebagai orang tengah dan mengambil pendekatan "neutral" serta bebas daripada himpitan dan kekangan ideologi.
Pendekatan kita di SPMM juga tidak lagi dengan cara biasa atau konvensional malahan kita memilih kaedah alternatif dan unik dengan memanfaatkan teknologi semasa. Perjuangan kita harus melangkaui ideologi dengan fokus isu dan soal kemaslahatan ummah yang lebih besar serta menyeluruh dan berimpak tinggi bukan sahaja di peringkat nasional malahan antarabangsa.
Untuk itu diharapkan kepada "sahabat" SPMM yang kini diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan ujian dan amanah yang lebih besar sebagai pemimpin dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membawa aspirasi SPMM ini semasa melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012.
Kepada seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi 2011/2012 saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan semoga dibawah kepimpinan Saudara/i Mahasiswa USIM akan dapat diperkasakan dan mampu untuk "Berdiri sama tinggi & Duduk sama rendah" dengan Mahasiswa/i Universiti lain. Kita "Unik" dan "Berbeza"... jadikan keunikan dan perbezaan ini kekuatan USIM untuk mereka mengkagumi dan menjadikan USIM model ikutan ke arah penyatuan serta idealisme perjuangan Mahasiswa yang sebenar.
Sekian, wassalam
12 Mac 2011 / 4 Rabiul Akhir 1432
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Artikel Oleh:
Syafful Annuar Bin Sarani
Timbalan Presiden PRAGMATIS USIM Sesi 2011/2012
yang merupakan Penolong Pendaftar
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah

No comments:
Post a Comment