MINDA PENDAFTAR 3/2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
.
Bicara kali ini lebih instropektif dengan mengaitkan perkembangan semasa di mana kian ramai muka baru yang mendaftarkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di USIM. Mereka ini diucapkan syabas serta tahniah kerana telah berjaya melalui proses pemilihan yang ditetapkan. Kehadiran mereka amat diraikan dan akan dapat memperkukuhkan kelompok pentadbir USIM. Proses asimilasi dengan paradigma baru di Universiti ini diharapkan tidak memakan masa yang lama oleh mereka. Kita harus membuang tanggapan biasa yang membelengu pencapaian dengan meletakan proses `masih belajar’ atau `masih baru’ itu secara berpanjangan sehingga hilangnya rasa berdaya dan berkemampuan penuh untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Fenomena ini lebih menarik kerana sebahagian besar yang dipilih merupakan graduan USIM. Kesinambungan terhadap matlamat penubuhan institusi ini mula dialirkan kepada anak didik acuan USIM sendiri. Bukan sahaja rakan sekerja malah stake holder kita juga turut beriya untuk melihat akan kemampuan graduan kita di alam kerjaya. Sejak dari mula institusi ini beroperasi kita sentiasa menjelaskan kepada khalayak bahawa graduan kita adalah unik dan menyerlah aspek hard skills dan soft skills. Mereka kini sudah berada di arena yang sebenar untuk menterjemahkan hasil dari hasrat penubuhan institusi ini oleh pendokong-pendokong awal serta kita semua.
Memang tidak dapat dinafikan betapa pengalaman itu amat penting membentuk kematangan kerjaya. Sebagai staf baru, mereka tidak perlu merasa rendah diri jika membandingkan pengalaman dengan mereka yang telah lama berkhidmat. Apa yang lebih penting selain dari pengalaman ialah bagaimana (belief system) sistem keyakinan dalam diri membentuk personaliti yang selaras dengan tanggungjawab dan profesion yang dipikul. Mutu hasilan kerja seseorang merujuk kepada sistem keyakinan diri mereka yang membentuk personaliti unggul sebagai pekerja yang berkarisma. Usaha memantapkan sistem keyakinan diri perkerja merupakan cabaran yang amat besar kepada pengurus organisasi kerana ianya bermula dari dalam diri. Indikator kewujudannya sukar diramalkan melainkan reaksi tingkahlaku yang sudah tentu mengambil masa untuk mengesannya. Malah tidak keterlaluan adanya kakitangan yang ketinggian tahap akademik dan kemantapan emosi diselindungi oleh sistem kepercayaan diri mereka yang negatif.
Gagasan besar organisasi yang diletakan secara kolektif sering gagal dicapai kerana kelemahan sistem keyakinan dalam diri kakitangan. Agak malang apabila institusi besar yang dicambahi dengan kumpulan pemikir dan sarjana yang hebat beserta pula prasarana di kelas pertama berada dalam kelesuan apabila kakitangannya dihambat dengan krisis keyakinan dalam diri yang rendah, tumpul daya inovasi, teragak-agak dalam banyak perkara serta pelbagai lagi kesan psikoanalisis. Belenggu ini tidak sahaja mencengkam kakitangan baru tetapi turut menguliti keperibadian orang-orang lama di dalam organisasi.
Sebagai kakitangan di institusi menara gading, kita harus berasa bertuah dapat mengemudikan institusi yang sebegini. Ruang untuk kita membawa institusi ini ke tahap yang lebih hebat amat terbentang luas. Kita tiada harus menunggu sehingga ada orang luar yang mengerakkan kita untuk bertindak. Apa yang perlu kita harus menjadi peneraju pengerakan ke arah perubahan dan pembaharuan.
Sekian, wassalam
25 Februari 2011 / 23 Rabiul Awal 1432
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)