Salam Ukhwah,
Salam 1Malaysia
Pertama-tamanya sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat bertemu semula dan kembali bertugas selepas lama bercuti bagi menyambut ketibaan Aidilfitri lalu. Walaupun masih dalam 'mood' raya namun kesungguhan warga USIM terserlah apabila berjaya dalam penganjuran Majlis Konvokesyen USIM kali ke 8.
Ap yang menjadi fokus seluruh warga USIM adalah Majlis Konvokesyen Khas USIM : Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat Kepada YABhg Tun Mahathir Mohamed seorang pemimpin yang begitu dekat di hati rakyat dan turut disegani, dikagumi, disayangi serta menjadi idola setiap lapisan rakyat Malaysia.
Seluruh warga USIM mengucapkapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan sumbangan bakti YABhg. Tun Mahathir terutama terhadap pembangunan dan perkembangan USIM serta atas kesudian menerima Anugerah ini.
Bagi tahun ini Majlis Konvokesyen kali ke 8 ini adalah yang teristimewa kerana berlangsung untuk 3 sesi iaitu pada 24 September 2010 di sebelah pagi - Majlis Konvokesyen Khas, dan pada 25 September 2010 yang mana masing-masing satu sesi untuk pagi dan petang. Ini seharusnya menyedarkan kita betapa USIM telah semakin berkembang dengan bilangan pelajarnya yg semakin bertambah. Tidak mustahil USIM suatu hari nanti bakal mengadakan sesi konvokesyen lebih banyak lagi seperti Universiti yang lebih awal penubuhannya.
Untuk Majlis Konvokesyen kali ke 8 tahun ini lebih 900 orang graduan terlibat termasuk di peringkat siswazah. Bagi sesi pagi (25 September 2010) USIM telah menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Tan Sri Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Husin, Naib Canselor pertama USIM manakala pada sesi petang pula USIM menganugerahkan Doktor Falsafah Kehormat dalam Quran dan Sunnah kepada Prof. Dr. Raghib Zaghlol al-Najjar, pakar Geologi daripada Mesir yang menulis tafsir tentang "al-Ayat al-Kawniyyah".
PRAGMATIS USIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua petugas yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke 8 USIM ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang dapat membalas budi, jasa dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Ingatlah sahabat semua, bekerja hanya demi mengharapkan balasan dan ganjaran serta penghormatan insan akhirnya hanya akan mengecewakan kita namun jika kita bekerja dengan penuh keikhlasan dan kerana Allah SWT pekerjaan itu akan menjadi ibadah yang memberikan pulangan berganda saham kita di dunia dan akhirat.
Sempena semangat Konvokesyen yang masih membara, marilah kita ketepikan sikap mementingkan diri dengan mengetapikan pertanyaan "Apakah yang Universiti dapat berikan kepada kita?" dan menggantikannya dengan " APA YANG KITA DAPAT SUMBANGKAN KEPADA UNIVERSITI?" Apakah kerja dan sumbangan kita telah dapat membalas segala keistimewaan dan habuan yang kita perolehi hasil bekerja dengan USIM...
Marilah kita berusaha dengan lebih kuat lagi berserta komitmen yang jitu demi kemajuan USIM. Semoga USIM akan terus cemerlang dan diangkat serta diiktiraf sebagai salah sebuah universiti terbaik di dunia nanti.
Teruskan Perjuangan, Sekian
"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"
Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.

Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment