Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Monday, September 27, 2010

PENGHORMATAN UNTUK TUN MAHATHIR


SUMBER AKHBAR BERITA HARIAN : Penghormatan untuk Tun Dr Mahathir


p1020204.JPG


KAMPUS USIM yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan terus menjadi tumpuan di kalangan pelajar yang menginginkan pengajian berlandaskan pendidikan islam dalam ilmu moden.

Tun Dr Mahathir (hiasan)

Sempena Majlis Konvokesyen Khas USIM : Tun Mahathir Terima Ijazah Doktor Falsafah (kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat daripada USIM

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ke-12 di negara ialah universiti pertama ditubuhkan Kerajaan Malaysia pada permulaan abad ke-21 dengan tujuan memartabatkan pendidikan Islam dan membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi moden dalam pengajaran dan penyelidikan.

Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, selain Bahasa Melayu, menjadi tumpuan. Dengan ini, USIM bertekad membuat paduan antara Ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia menjadi teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu. Inilah yang membezakan USIM dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain di Malaysia.

Perbezaan itulah yang dituntut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau meluluskan USIM pada 1997. Sejak itu, beliau terus mengikuti perkembangan dan kemajuan USIM. Ketika majlis pecah tanah kampus USIM pada 2002, beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan ada yang mengkhianati falsafah USIM itu.

Walaupun baru mencecah 10 tahun, suatu umur yang amat muda bagi sesebuah universiti, perkembangan dan kemajuan USIM amat pesat, terutama dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Bilangan pelajar prasiswazah dan siswazah semakin meningkat. Semua program menerima pengiktirafan dan akreditasi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta negara luar.

USIM terus menjadi tumpuan di kalangan pelajar yang menginginkan pengajian berlandaskan pendidikan Islam dalam ilmu moden. Kini sudah ada pelajar dari 25 negara menuntut di USIM. Antara program yang menjadi tumpuan ialah Pengajian Ekonomi dan Muamalat dari Peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Dr Mahathir telah terbabit secara langsung dalam perkembangan ekonomi dan muamalat negara.

Wawasan 2020 menjadi landasan kepada semua program pembangunan ekonomi dan muamalat yang dijalankan oleh Dr Mahathir. Banyak rintangan dan cabaran untuk melaksanakan wawasan ini. Perancangan diatur dengan rapi dan banyak pembaharuan telah dilaksanakan, terutama dalam pengembangan ekonomi negara, sesuai dengan tuntutan sebagai negara Islam termaju pada 2020.

Namanya melonjak ke persada dunia ketika kegawatan ekonomi 1997. Beliau berpendapat bahawa kegawatan itu adalah akibat penyelewengan oleh penyangak kewangan dan bukan kerana kelemahan landasan ekonomi. Beliau tidak percaya dengan cara ‘satu pil untuk semua penyakit’ yang diamalkan oleh Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dalam menangani kegawatan seperti ini.

Beliau membuat ‘ubat sendiri’ yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain dengan melonggarkan bekalan wang, menurunkan faedah dan memperkenalkan tambatan ringgit dengan dolar Amerika. Pendapat dan cara penyelesaian kegawatan ekonomi ini mendapat tentangan dan cemuhan oleh pelbagai badan antarabangsa serta pakar terkenal. Hasil penyelesaiannya kini sudah menjadi sejarah apabila ia menjadi model ekonomi beberapa negara.

Pembangunan perbankan Islam dan pelbagai produk amat pesat berkembang ketika pimpinan Dr Mahathir. Dasar luar negara, terutama dengan negara Islam dan berkecuali, berjalan dengan lancar, Dialog Langkawi menjadi tumpuan kepada negara ketiga untuk menjana idea memajukan negara mereka.

Polisi Pandang ke Timur ialah satu dasar ekonomi yang menumpukan kepada perubahan struktur pentadbiran, sikap dan latihan pada 1981 telah berjaya mengubah dinamik pemikiran rakyat Malaysia dalam usaha untuk memajukan negara. Malaysia menikmati hasil polisi itu yang mana pekerja mementingkan kualiti penggunaan sumber (tenaga, kewangan dan bahan) yang lebih cekap serta pengurangan pembaziran.

Usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkenal, termasuk Bill Gates, pernah berkata ‘mereka belum pernah melihat seorang pemimpin negara yang amat mahir dengan ICT seperti Dr Mahathir’. Ini adalah sanjungan yang amat tinggi kepada beliau terhadap Wawasan Multimedia Super Corridor (MSC). Kini seluruh negara menikmati kemudahan ICT jalur lebar, termasuk kawasan luar bandar. Jentera muamalat negara semakin pantas dan maju dengan adanya sistem ICT moden.

Penubuhan industri berat seperti Proton dan Perodua menambahkan keupayaan negara dalam industri yang sofistikated dan mempunyai saingan hebat menjadikan ramai tidak menyetujuinya. Kesan limpahan dan modal insan dalam jangka panjang amat dititikberatkan. Kini rakyat menikmati kemajuan industri berat negara.

Pemodenan negara diteruskan dengan pembinaan prasarana, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, lebuh raya dan smart-tunnel demi pembangunan ekonomi. Perlumbaan Formula 1 turut mengangkat nama negara di persada dunia dan memberikan keuntungan, sehingga ada pemimpin negara lain menyesal kerana tidak mengambil peluang mengadakan perlumbaan itu.

Ramai pembesar luar, terutama negara membangun, amat kagum dengan perkembangan dan kemajuan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir, sehingga ada yang menyatakan ingin meminjam Dr Mahathir untuk memimpin negaranya. Ini juga sanjungan yang amat tinggi kepada Dr Mahathir.

Maka wajar USIM menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011