Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Monday, September 27, 2010

KPT sedia hantar pensyarah tangani Islamophobia


UTUSAN : 26/09/2010

TEMERLOH 26 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi sedia menghantar pensyarah yang pakar dalam pelbagai bidang pengajian Islam untuk memberikan penerangan bagi menangani masalah Islamophobia di kalangan rakyat Amerika Syarikat dan dunia.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, negara ini mempunyai ramai tenaga pakar dalam bidang tersebut dan boleh membantu untuk memperbetulkan persepsi salah rakyat Amerika Syarikat dan Barat terhadap agama Islam.

Malah katanya, ramai pensyarah dari negara ini pernah menjadi pensyarah atau menjadi pensyarah undangan di beberapa universiti di Amerika Syarikat.

"Sama ada pihak-pihak tertentu di Amerika Syarikat dan Barat yang sengaja mewujudkan ketakutan terhadap Islam atau salah faham tetapi penting bagi kita menangani dan membetulkan persepsi tersebut.

"Jika tidak Islamophobia akan menimbulkan masalah kepada kita terutamanya berkaitan dengan syarikat atau produk milik umat Islam yang akan ditakuti oleh barat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Lebak Seberang di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011