Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, June 22, 2010

Laman Web interaktif pertama USIMOnline

Laman Web interaktif pertama USIMOnline


Sebahagian pelajar USIM melayari laman web televisyen interaktif, USIMOnline selepas perasmian majlis Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 di Nilai, semalam.

UTUSAN 16/6/2010

SEREMBAN 15 Jun - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif, USIMOnline untuk kakitangan dan pelajar.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Muhammad Muda berkata, kewujudan laman web integrasi itu bagi memberi maklumat mengenai aktiviti kampus termasuk program yang dijalankan untuk semua penuntut dan kakitangan universiti berkenaan.

Katanya, melalui laman web televisyen itu segala maklumat mengenai USIM dapat diketahui oleh orang ramai dengan lebih mudah, tepat dan terperinci.

"Ia dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan dan tenaga pakar dari universiti ini sendiri bagi membina satu saluran interaksi antara pihak universiti dengan kakitangan serta pelajar.

"Ia membolehkan orang ramai mengaksesnya melalui Internet di mana sahaja mereka berada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Laman web berkenaan mengandungi empat program yang disediakan iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani dan USIM WebTV.

Dr. Muhammad berkata, laman web berkenaan juga turut dikendalikan oleh penuntut yang akan memuat turun pelbagai aktiviti mereka ke dalam USIMOnline.

''USIMOnline ini sebenarnya telah dilancarkan sejak awal tahun ini cuma pada hari ini kita melancarkannya secara rasmi.

"Kita berharap dengan adanya USIMOnline ini ia akan dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh kakitangan malah untuk kegunaan para pelajar bagi mengetahui sebarang aktiviti di universiti ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011