Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, June 23, 2010

USIM tubuh fakulti, hospital sendiri

USIM tubuh fakulti, hospital sendiri


UTUSAN-16/6/2010

Haliza Ibrahim menyerahkan sijil ISO 9001: 2008 dan MS 1900 : 2005 kepada Ir. Daim Saian sambil disaksikan oleh Mohd. Yusof Noor (tengah) pada majlis Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 di Nilai, semalam.


SEREMBAN 15 Jun - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bercadang membina Fakulti Perubatan dan Kesihatan selain mewujudkan hospital sendiri di Nilai dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, setakat ini pihaknya telah membeli tanah seluas 24.28 hektar untuk pembangunan fakulti berkenaan yang terletak berhampiran dengan kampus induk di Nilai.

Katanya, pihaknya kini menunggu kelulusan kerajaan untuk memulakan pembinaan hospital tersebut yang dianggarkan bernilai RM200 juta di tapak yang baru dibeli oleh USIM.

''Beberapa buah hospital akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan kita berharap salah sebuah daripadanya adalah hospital USIM.

''Perkara ini sedang dalam perbincangan kerana ketika ini Fakulti Perubatan beroperasi di luar kawasan kampus induk iaitu di Pandan Indah Kuala Lumpur dan menyebabkan kos pengurusan yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kecemerlangan dan Inovasi USIM di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda itu, universiti berkenaan turut melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 berdasarkan pengurusan kualiti mengikut perspektif Islam.

Wakil SIRIM, Haliza Ibrahim menyampaikan sijil kepada pengarah Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Fasiliti USIM, Ir. Daim Saian.

Mohd. Yusof berkata, apabila siap kelak, hospital USIM akan turut menempatkan Fakulti Pergigian yang mempunyai peralatan tercanggih.

''Kita mahukan sebuah bangunan yang moden bagi hospital tersebut iaitu menjimatkan kos dan perbelanjaan itu boleh diguna untuk membeli peralatan perubatan yang terkini," katanya.

Setakat ini seramai 400 pelajar mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan dan Kesihatan dan sekiranya bangunan berkenaan dapat dilaksanakan, ia akan menempatkan 1,000 pelajar dalam satu masa.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011