Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, May 5, 2010

Tingkatkan kefahaman AUKU

ARKIB : 04/05/2010 - Utusan

Tingkatkan kefahaman AUKU

KUALA LUMPUR 3 Mei - Semua pihak perlu meningkatkan kefahaman mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2009 yang dikuatkuasakan 1 Februari tahun lalu kerana masih terdapat sesetengah pentadbir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak memahami semangat pindaan tersebut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lebih malang lagi ada pegawai IPTA yang melaksanakan tugas mereka dengan mentaliti AUKU lama.

Sedangkan tegasnya, kementerian telah mengambil langkah berani dengan meminda sebahagian besar peruntukan AUKU yang sebelum ini menyekat kebebasan ahli akademik dan mahasiswa untuk bersuara serta berfikir.

"Misalnya, dalam soal pentadbiran IPTA, pemilihan Naib Canselor adalah berdasarkan calon-calon yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dibentuk di peringkat kementerian dan tidak lagi menggunakan kuasa mutlak menteri.

"Pemilihan Dekan juga dilakukan secara perundingan antara Naib Canselor dan pihak fakulti berkenaan malah, di salah sebuah fakulti Universiti Malaya (UM), pemilihan dekan dibuat melalui proses pengundian.

"Malahan, profesor juga telah diberikan kuasa memilih wakil mereka ke peringkat Senat Universiti," katanya pada sesi penggulungan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Syed Husin Ali mengenai dakwaan berlakunya kongkongan kebebasan akademik di kalangan pensyarah dan mahasiswa lantaran dibelenggu undang-undang seperti AUKU.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pindaan yang dilakukan terhadap AUKU juga telah menyediakan 'padang permainan' yang lebih luas kepada mereka untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Katanya, Seksyen 15 akta berkenaan yang selama ini dikecam pelbagai pihak kerana mengongkong kebebasan mahasiswa telah dipinda bagi membolehkan lebih banyak ruang dan peluang diberikan kepada mereka.

"Cuma mahasiswa tidak dibenar melakukan tiga perkata iaitu menganggotai mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan pertubuhan yang dianggap tidak sah oleh Menteri," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, pihaknya komited memastikan autonomi universiti dilaksanakan dengan menjadikannya sebagai agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Katanya, bagi pelaksanaan autonomi itu, sebanyak tujuh bidang utama telah dikenal pasti iaitu perundangan, operasi serta pentadbiran, akademik, kewangan, sumber manusia, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan.

"Malahan untuk meningkatkan lagi autonomi itu, IPTA dibolehkan menjana pendapatan sendiri dan membelanjakan pendapatan tersebut mengikut keperluan mereka dari semasa ke semasa," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011