QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
PERTEMPURAN "PAINTBALL" PRAGMATIS
TEAM " PRAGMATIS" MAKLUMAN
Pragmatis sedang mengaturkan Siri "PERTEMPURAN PAINTBALL PRAGMATIS" dengan tarikh cadangan seperti berikut :-Tarikh : 17 April 2010 - Sabtu Masa : 2.30 petang
ATAU
Tarikh : 18 April 2010 - Sabtu Masa : 10.30 pagi
Maklumat PERTEMPURAN :-
Tempat : Taman Melawati, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Harga : RM 60 (250 Peluru) atau RM 75 (500 Peluru)
Termasuk : Peralatan 'Set Armor', Senapang/Pistol (bom belum ada lagi), Topi, Air Mineral
Kondisi Lapangan : Persekitaran Hutan (Jungle War)
MAKLUMAT LANJUT LAYARI : Web Kombat Zone Paintball
MOHON KEPADA YANG BERMINAT MENYERTAI UNTUK MEMBERIKAN NAMA DAN TARIKH BERKELAPANGAN UNTUK "BERTEMPUR" KEPADA
SAUDARA ZULFADLI EXT : 6005 UNTUK PENYELARASAN TARIKH & MASA PERTEMPURAN KITA...
Nota:
Sehingga 14 April 2010 seramai 14 pemain telah pun mendaftarkan diri confirm untuk bermain... 3 peserta wanita turut mendaftarkan diri diketuai Pn. Yusrina. Antara 'star' yang bakal berentap hari itu Mr. Zairul, Saiful (IT), Utz Hariri dan Che Din.
Rakan-rakan semua... jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman 'bertempur' pada hujung minggu ni... RM 60.00 sahaja - harga terhebat (murah tu) sebab dapat diskaun kengkawan... Hubungi segera Mr. Zul ya... lagi ramai lagi meriah... Terima Kasih
"Pragmatis Meneraju & Memimpin Perubahan"
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
-
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment