Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, April 9, 2010

Inisiatif USIM lahir teknokrat Islam

ARKIB : 07/04/2010

Inisiatif USIM lahir teknokrat Islam


ROSMAH MANSOR merasmikan Pusat Permata Insan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.


KATA pepatah Melayu, "melentur buluh biar dari rebungnya". Ia mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mendidik kanak-kanak sebagai khazanah modal insan tidak ternilai.

Sehubungan itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras dua Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.

Program itu bermula apabila USIM menerima tawaran kerajaan untuk melaksanakannya.

Justeru, pihak universiti memberi kepercayaan kepada pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan melibatkan kakitangan akademik, pengurusan dan profesional.

Program itu adalah kerjasama USIM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia juga usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuwan dan pemikir Islam yang berteraskan al-Quran dan as-sunnah.

Program berkenaan melibatkan kanak-kanak yang berusia lapan hingga 18 tahun.

USIM bersama-sama Jakim dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlibat dalam merancang dan menggubal modul program yang menekankan pendidikan ilmu wahyu di samping membimbing pelajar pintar itu mencapai cita-cita mereka.

Kerjasama juga diadakan dengan Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi yang sudah mempunyai program seumpama itu dalam memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan hingga ke peringkat antarabangsa.

Pusat Permata Insan USIM dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri yang juga Penaung program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor, di kampus USIM, Bandar Baru Nilai, bulan lalu.

Program Permata Insan itu akan mengambil pelajarnya menerusi proses saringan Ujian kecerdasan - UKM I yang sedang berlangsung dari Mac hingga Mei.

Selepas melepasi tahap itu, mereka akan disaring sekali lagi melalui saringan yang akan memperlihat kepintaran mereka dalam bidang pengajian agama.

Ia juga melihat kepada sahsiah peribadi dan keluarga dan komunikasi para pelajar. Buat pertama kali, Permata Insan akan mengambil 50 pelajar yang pintar agama dari seluruh negara.

Pemilihan terbuka terbuka kepada seluruh pelajar-pelajar pintar di Sekolah Rendah Islam, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama rakyat dan Swasta dan individu pelajar yang berminat.

Mereka akan diberi pembelajaran yang komprehensif bagi melahirkan generasi al-Quran. Tokoh-tokoh Islam yang terkemuka seperti al-Farabi, Ibn Sina, Al-Kharizmi, Ibn Khaldun dan lain-lain adalah contoh yang mendapat asas agama yang mantap terutama ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

Hasil Program Permata insan diharapkan dapat melahirkan bakal pelajar yang berorientasikan Al-Quran yang mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011